Selasa, 5 Mei 2015

Fanpage Rasmi Restoran Pak Ya Nasi Pandan

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah...

Semalam saya berjaya juga menyiapkan Fanpage Rasmi Restoran Pak Ya Nasi Pandan, seperti yang dikehendaki oleh Ayah Mertua saya dan adik-adik ipar saya yang lain.


Sejak mula Restoran Pak Ya Nasi Pandan beroperasi, Ayah mertua saya dan adik-adik ipar saya telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mempromosikan restoran ini secara Online.. 

Saya rasa bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan.. Tapi disebabkan agak sibuk dengan bermacam-macam perkara, dari sehari ke sehari tak sempat-sempat lagi nak buat Fanpage ni.

Sebenarnya nak buat Fanpage ni, tak lama pun.. Kalau mengadap betul-betul, dalam masa dua tiga jam pun dah boleh siap.

Tapi, proses nak menyiapkan Fanpage Rasmi Restoran Pak Ya Nasi Pandan ni agak memakan masa.. disebabkan perlu mengumpul bahan untuk menulis isi kandungan fanpage, dan juga gambar-gambar yang bersesuaian.

Untuk makluman semua, Restoran Pak Ya Nasi Pandan mula dibuka pada 15 Mac 2015 (Ahad). Ini bermaksud pada 5 Mei 2015 ketika Fanpage Rasmi Restoran Pak Ya Nasi Pandan wujud di alam Cyber, Restoran ini telah berumur 1 Bulan 20 Hari.  

Kira ok lah tu kan.. Rasanya tidaklah terlalu lewat "Action" yang saya lakukan untuk mempromosikan Restoran ini secara online.  Ada restoran tu dah berpuluh-puluh tahun beroperasi, tapi sampai sekarang pun tak ada Fanpage lagi.. Tapi sales boleh sampai 4 hingga 5 angka sehari.. Walaubagaimanapun bergantung kepada rezeki, lokasi perniagaan, kelazatan makan dan servis yang disediakan.

Dalam tempoh satu bulan beroperasi, sebenarnya perniagaan Restoran Pak Ya Nasi Pandan masih terlalu muda... Seakan seperti bayi yang baru dilahirkan.. Kata orang "baru nak belajar bertatih" dalam bidang perniagaan berasaskan makanan..  

Jadi, kami perlu meningkatkan usaha promosi, supaya Restoran Pak Ya Nasi Pandan mula dikenali. Dan Fanpage Rasmi Restoran Pak Ya Nasi Pandan merupakan salah satu usaha mempromosikan  restoran kami secara Online.

Ini kali pertama saya buat Fanpage mempromosikan perniagaan berasaskan makanan.. Harap-harap hasil usaha saya dapat membuahkan kejayaan.. 

Jemput rakan-rakan sekalian untuk like Fanpage kami, disamping tu tolong ajak kawan-kawan lain juga, untuk like Fanpage kami juga yer.. Terutamanya kalau anda mempunyai kawan-kawan yang tinggal di kawasan Perak.. 

Terima kasih banyak-banyak ye...  

P/S : Kalau kebetulan saya ada di Restoran Pak Ya Nasi Pandan ketika anda singgah di sana, jangan segan silu nak tegur saya yer.. Bolehlah kita berborak bercerita tentang blog, Facebook, dan sebagainya.. ;) 


Info Berkaitan : 


0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra