Ahad, 25 Jun 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila difikirkan balik, sekejap betul masa berlalu.. Rasa seperti baru semalam kita mula berpuasa.. Dalam sedar tak sedar Bulan Ramadhan 2017 telah pun pergi meninggalkan kita.. 

Jauh di sudut hati terasa sangat sedih meninggalkan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini. Semoga ALLAH S.W.T masih memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Ramadan yang akan datang.

Semperna hari baik bulan baik ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger, para pembaca, serta semua umat Islam walau di mana jua anda berada. 

Gambar Raya di Rumah Kedua ibu bapa Saya


Gambar Raya di Rumah Kedua ibu bapa Mertua Saya

Kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan, kekasaran bahasa, terguris perasaan atau apa-apa yang terjadi yang mungkin menyebabkan anda berkecil hati. Semua yang berlaku bukanlah disengajakan dan kami memohon ampun dan maaf atas kelemahan kami.

Kami yang saya maksudkan di sini termasuk:
  • Seluruh ahli keluarga saya
  • Seluruh ahli keluarga mertua saya

Gambar Raya Keluarga di Rumah Kedua ibu bapa Saya

Gambar Raya Keluarga di Rumah Kedua ibu bapa Mertua Saya

Di samping kita meraikan Hari Raya Aidilfitri ini, janganlah kita lupa penderitaan saudara seagama kita di seluruh dunia yang terpaksa berperang di kala kita semua meraikan hari yang bermakna ini. Seandainya ada kemampuan, janganlah kita lupakan mereka yang tidak bernasib baik, jamulah mereka, raikan bersama-sama. 

Kepada mereka yang pulang ke Kampung Halaman, saya doakan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.. Berhati-hati semasa menmandu... Ingatlah orang yang tersayang dan orang-orang yang menanti kepulangan kita... Pandu cermat, jiwa selamat..  

Semoga jalinan Ukhuwah diantara kita akan terus berkekalan... Dan semoga kita dapat sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...

In Shaa Allah..

Taqaballahu mina waminkum.

Info Berkaitan:

3 ulasan:

  1. Selamat hari raya Aidilfitri tuan.

    Semoga terus ceria hendaknya.

    BalasPadam
  2. meriah..
    selamat hari raya & maaf zahir batin kot2 ada tersalah komen..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra