Rabu, 5 Ogos 2015

Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

KlikJer.com merupakan laman web yang tidak asing lagi kepada usahawan internet tempatan, blogger full time, dan blogger Part Time seperti saya..

Setiap bulan, ada sahaja usahawan internet tempatan atau blogger yang mendapat rezeki secara online menerusi laman web ini.. Sehinggakan ada seorang Top Affiliate Klikjer.com telah membongkarkan rahsia kerjayaan beliau, menjana pendapatan lumayan menerusi laman web ini.

Top Affiliate yang saya maksudkan ialah Bro Reezluv yang telah menulis sebuah ebook berjudul Rahsia Klikjer yang boleh anda perolehi menerusi laman web RahsiaKlikJer.com

Rahsia Klikjer.com padat dengan testimoni kejayaan penulis, yang telah berjaya mengungguli top 10 klikjer.com selama beberapa bulan berturut-turut... memang hebat seyyyy... kalau tak percaya, boleh klik pada laman web di atas... dan anda boleh saksikan sendiri hasilnya...


Dapat Duit Raya Daripada KlikJer.com

Syukur Alhamdulillah, pada dua hari lepas, saya juga ada  mendapat duit raya daripada  KlikJer.com . Dapatlah juga tumpang merasai kegembiraan dapat komisyen, seperti rakan-rakan blogger yang lain.. ;)

Pemberitahuan melalui email daripada Admin Klikjer.com

Pemberitahuan pembayaran Komisyen melalui email daripada Maybank2u.com

Walaupun duit raya yang saya dapat, taklah sebanyak mana.. Tapi, boleh juga digunakan untuk menampung keperluan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri... Syukur Alhamdulillah, di atas setiap rezeki kurniaan Allah S.W.T ...

Walaubagaimanapun, nama saya masih belum layak untuk berada dalam senarai dalam carta Top 10 Affiliate Klikjer.com untuk bulan Julai 2015..

Bukan senang ye nak masuk dalam Carta Top 10 ni... Mungkin komisyen yang dia orang dapat pada bulan ni antara 3 hingga 4 angka.... Tahniah diucapkan kepada mereka... 



Disamping Carta Affiliate Klikjer.com, Admin Klikjer.com juga ada mengeluarkan Carta Top 10 Ebook Klikjer.com untuk bulan Julai 2015..

Melalui carta Top 10 ini, secara tidak langsung dapat memberi hint kepada kita... tentang produk apa yang paling laris di jual di laman web Klikjer.com sepanjang bulan Julai 2015..

CARTA TOP 10 EBOOK @ KLIKJER.COM JULAI 2015
-------------------------------------------------------------
Kedudukan carta adalah berdasarkan bilangan unit yang terjual.
1. RahsiaTaobao.com oleh Nigel J. W. Ong
2. SistemSaham.com oleh Khairul Arifin Selamat
3. PikatLelaki.com oleh Dr HM tuah
4. RahsiaRumahLelong.com oleh Tarmizi Jusoh
5. PanduanMuet.com oleh Allahyarhamah Norehan Mohd Nooh
6. BisnesBurger.com oleh Afiq Rusly
7. TipsKereta.com oleh Nigel J. W. Ong
8. RahsiaKambing.com oleh Farid Sulaiman
9. RahsiaUnitTrust.com oleh Khairul Arifin Selamat
10. RahsiaSolat.com oleh Ustaz Hasnan

Jadi, lepas ni bolehlah kita sama-sama cuba mempromosikan 10 ebook yang tersenarai di atas... Manalah tahu ada rezeki kita pula selepas ini, dapat masuk dalam carta Top 10 Affiliate Klikjer.com pada bulan depan... Siapa tahu kan?

Tuah Ayam nampak di kaki, 
tuah manusia siapa yang tahu, 
Kalau kita tak cuba lagi, 
Macamana kita nak tahu...


Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan melalui laman web KlikJer.com, tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya?.

Saya syorkan anda dapatkan ebook berjudul Rahsia Klikjer, yang boleh anda perolehi di laman web RahsiaKlikJer.com 

Selamat Mencuba ;)... 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra