Isnin, 17 April 2017

RM100 ribu untuk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Program Santai : Penerangan Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan yang dianjurkan oleh GAPROF dengan Kerjasama SERANTA (Felda), Jabatan Perdana Menteri dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF)

Pada 23 Februari yang lalu, kami dikunjungi oleh Encik Anas wakil dari Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) untuk Program Santai : Penerangan Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan yang dianjurkan oleh GAPROF dengan Kerjasama SERANTA (Felda), Jabatan Perdana Menteri dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF).

Poster Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan yang dianjurkan oleh GAPROF dengan Kerjasama SERANTA dan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF)

Semasa program santai tersebut berlangsung, kami berjaya mengumpul seramai 19 orang anak Felda yang belajar di PSIS. 19 daripada 44 orang, kira oklah tu kan? (Ayat nak sedapkan hati)

Encik Anas (wakil dari GAPROF) bersama saya, Encik Mohamad dan 19 orang anak Felda yang belajar di PSIS
Encik Anas (wakil dari GAPROF) bersama saya, Encik Mohamad dan 19 orang anak Felda yang belajar di PSIS

Senarai Universiti yang terlibat dalam pertandingan Idea Perniagaan
Senarai Universiti yang terlibat dalam pertandingan Idea Perniagaan
Senarai Universiti yang terlibat dalam pertandingan ini


Senarai Universiti yang dijemput untuk menyertai Pertandingan ini:
  1. Universiti Malaya, KL
  2. Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
  3. Universiti Sains Malaysia
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia
  5. Universiti Putra Malaysia
  6. Universiti Teknologi Malaysia
  7. Universiti islam Antarabangsa Malaysia
  8. Universiti Utara Malaysia
  9. Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah
  10. Universiti Sains Islam Malaysia
  11. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  12. Universiti Malaysia Perlis
  13. Universiti Malaysia Pahang
  14. Universiti Sultan Zainal Abidin
  15. Universiti Pertahanan Malaysia
  16. Universiti Malaysia Kelantan
  17. Universiti Malaysia Terengganu
  18. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  19. Universiti Kuala Lumpur
  20. Management & Science University
  21. University College Of Science And Technology
  22. Politeknik Sultan Idris Shah 
Untuk makluman, Pertandingan ini sebenarnya dibuka kepada Universiti-Universiti di seluruh Malaysia. Tiada politeknik dijemput untuk menyertai pertandingan ini, kecuali Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor sahaja.

Tentu ada yang tertanya-tanya, kenapa PSIS yang dipilih untuk menyertai program ini? 
Apa istimewanya PSIS?

Sebenarnya Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail yang menjadi pengerusi GAPROF sekarang ni juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Itu sahaja sebabnya.
Untuk maklumat lanjut, boleh baca info di bawah:
Jadi, Tan Sri telah menggunakan kesempatan ini untuk memberi peluang kepada anak-anak Felda yang belajar di PSIS untuk menyertai pertandingan ini. 

Bagi pendapat saya, memang rugilah sekiranya anak Felda yang sedang belajar di PSIS tidak memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya. Bukan semua orang dapat peluang ini. Hanya yang dipilih sahaja.

Hasilnya, 2 kumpulan anak Felda dari PSIS telah bersetuju untuk menyertai pertandingan ini. Dan susulan daripada itu, mereka telah dijemput untuk menghadiri Taklimat Pembentangan Dan Penerangan Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan, Kluster Ekonomi Dan Keusahawanan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) Jabatan Perdana Menteri yang telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:  
  • Tarikh   : 15 April 2017
  • Hari      : Sabtu
  • Masa     : 8.30 Pagi - 1.00 Petang
  • Tempat : Auditorium High Impact Research (HIR), Universiti Malaya  

Taklimat Pembentangan Dan Penerangan Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan, Kluster Ekonomi Dan Keusahawanan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) Jabatan Perdana Menteri

Pada 15 April 2017 (semalam), saya berpeluang menghadiri Taklimat Pembentangan Dan Penerangan Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan, Kluster Ekonomi Dan Keusahawanan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) Jabatan Perdana Menteri bersama anak-anak Felda dari PSIS yang terpilih untuk menyertai pertandingan ini.


Para peserta dari PSIS yang akan menyertai Pertandingan ini 
2 Kumpulan pembentang yang akan membentangkan idea Perniagaan mereka pada hari tersebut

Taklimat tersebut disampaikan oleh Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail sendiri selaku pengerusi GAPROF.

Banyak input yang diberikan kepada para peserta dalam ucapan dan taklimat yang disampaikan oleh Tan Sri.


Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail
Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail berucap dan seterusnya menyampaikan taklimat Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan

Tan Sri sangat berharap supaya seluruh warga Felda yang terdapat di seluruh Malaysia dapat saling bantu membantu kerana mereka berasal dari rumpun yang sama. 

Ramai anak-anak Felda yang telah berjaya dalam kareer masing-masing diharap dapat membantu adik-adik atau anak-anak Felda Generasi baru supaya tiada anak-anak Felda yang tercicir tanpa pendidikan atau tanpa pekerjaan.

Ya! Itu antara harapan Tan Sri dalam ucapan beliau. Sekiranya ada anak-anak Felda yang ingin menghubungi "senior-senior" mereka, boleh layari Portal Gabungan Wawasan Generasi Felda menerusi url http://www.gwgf.org.my

Banyak lagi ilmu berharga yang dikongsikan oleh Tan Sri, tetapi tidak dapat untuk saya menulis kesemuanya di sini.

Ok.. Berbalik semula kepada agenda dalam program ini.

Semasa Program ini berjalan, terdapat dua kumpulan yang membentangkan Idea Perniagaan masing-masing. Para pembentang terdiri daripada komuniti Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF), manakala juri pembentangan terdiri daripada CEO-CEO syarikat yang telah dilantik oleh Tan Sri untuk memastikan program ini berjaya mencapai objektif seperti yang diharapkan.


Juri-juri Pertandingan Menciptan Idea Perniagaan terdiri daripada CEO-CEO Syarikat
Kriteria Pemarkahan Pembentangan Idea Perniagaan

2 Idea Perniagaan yang akan dibentangkan semasa program tersebut iaitu Smart Lock dan Tangan Panjang

Pembentangan Kumpulan 1 : Smart Lock



Idea perniagaan daripada Kumpulan 1 ni memang cukup menarik..

Gambar Smart Lock yang sedang dibentangkan oleh salah seorang ahli kumpulan kumpulan 1 

SWOT Analisi bagi Projek Smart Lock 
Analisis Kewangan bagi Projek Smart Lock 

Komen-komen daripada juri:
  • Bukan semua rumah kediaman menggunakan tong sampah 4 segi bersaiz besar. Pengguna terpaksa membeli tong sampah tersebut kalau nak menggunakan Smart Lock
  • Harga Smart Lock agak mahal
  • Golongan sasaran perlu lebih spesifik. Bukan semua orang hadapi masalah seperti yang dinyatakan oleh pembentang
  • Smart Lock tidak sesuai digunakan di kawasan rumah-flat di tingkat 1 ke atas. Lebih sesuai digunakan di rumah2 bertanah
  • Besi yang digunakan mungkin tak tahan lama.
  • Jenis cat yang digunakan perlu lebih spesifik dan kaji kesan terhadap alam sekitar
  • Ada kebarangkalian besi Smart lock di curi.

Pembentangan Kumpulan 2 : Tangan Panjang

Ahli Kumpulan 2 : Tangan Panjang

Masalah yang dikenalpasti sehingga tercetusnya idea untuk menghasilkan Idea Perniagaan Tangan Panjang.

Komen-komen daripada juri:
  • Projek yang bagus, ada nilai komersial, dapat menyelesaikan masalah dan menjimatkan kos
  • Tapi, ada kemungkinan produk ni dah ketinggalan zaman. 2 tahun lagi ada kemungkinan orang dah tak pakai bulb seperti yang dinyatakan.
  • Perlu buat survey terlebih dahulu terhadap permintaan produk ini. 
  • dll
Para peserta yang hadir mendengar taklimat dan pembentangan idea perniagaan
Para VVIP yang hadir mendengar taklimat dan pembentangan idea perniagaan


Bergambar kenangan dengan semua VVIP, peserta, Juri dan para tetamu yang hadir mendengar taklimat dan pembentangan idea perniagaan



Video Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan  Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF) dalam Berita di TV1

Program Mencari Juara Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)


Cabaran sudah bermula...

Pertandingan ini bermula pada 16 April - 16 Mei 2017.
Semua kertas kerja Cadangan Idea Perniagaan hendaklah dihantar kepada sekretariat pada 17 Mei 2017 melalui Soft Copy atau Hard Copy
"Untuk Pertandingan ini, bidang pertanian adalah keutamaan seperti mana dinyatakan oleh YBhg Tan Sri Pengerusi Kluster sebelum ini. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sektor lain yang boleh diketengahkan dan diinovasikan, ia juga boleh diterima. Apa yang penting ianya hendaklah dapat mengurangkan kos, menjimatkan masa pengguna dan kreatif lagi inovatif."

Setiap peserta sudah diagihkan mengikut mentor masing-masing yang terdiri daripada CEO-CEO syarikat. Diharapkan semua mentor dapat memberi tunjuk ajar kepada mentee masing-masing bagi penyediaan kertas Idea Perniagaan.

Pembentangan idea perniagaan ini akan dibahagikan mengikut zon. Pembentangan akan diadakan di Felda-felda Terpilih selepas Hari raya Aidilfitri.. 

Semasa pertandingan Idea Perniagaan ini di adakan, pihak urusetia akan menjemput semua sekolah-sekolah di kawasan felda untuk menyaksikan pertandingan ini secara live. Melalui cara ini, secara tidak langsung akan dapat menyuntik semangat generasi baru felda, terutamanya apabila melihat anak-anak felda yg mungkin terdiri daripada abang-abang atau kakak-kakak mereka membentangkan  idea perniagaan di hadapan panel-panel yang terdiri daripada ceo-ceo syarikat.

Idea Genius daripada Tan Sri untuk melihat anak-anak Generasi Baru Felda mempunyai semangat keusahawanan dalam diri masing-masing.

Pada pendapat saya, idea Tan Sri jini sangat bagus! dan sepatutnya kita sama-sama sokong idea beliau..

Dalam masa yang sama, Tan Sri juga berharap program ini dapat dijadikan sebagai salah satu program realiti TV. Kalau selama ni program-program berbentuk hiburan seperti nyanyian, raja lawak, game show boleh jadi program realiti TV... Takkanlah program yang boleh memberi manfaat kepada masa depan negara macam ni tak boleh dijadikan sebagai realiti tv.

Sekiranya program ini tidak dapat untuk dijadikan sebagai program realiti TV sepenuhnya, Tan Sri sangat berharap supaya pada peringkat pusingan akhir, pertandingan ini dapat dibuat siaran secara LIVE untuk tontonan seluruh rakyat Malaysia.

Sama-samalah kita doakan semoga pertandingan Menciptan Idea Perniagaan untuk anak-anak Felda ini dapat berjalan dengan lancar, dan berjaya mencapai objektif seperti yang diharapkan oleh Tan Sri dan para penganjur pertandingan ini. Amin..

Info Berkaitan :



9 ulasan:

  1. wow. besar pertandingan ni. harap ramai yang turut serta

    BalasPadam
  2. boleh tahan para peserta...

    ada tetamu yang berbaju kuning batik...paling win...masih menten muda tu..hehehe

    BalasPadam
  3. Aishhh... Boleh pulak terselit Politech... Terpaksa lah akur dengan kehendak organiser.. ngeh3 ... ;)

    BalasPadam
  4. bantuan khidmat nasihat dan modal..

    antara yang terbaik untuk anjakkan bisnes tu,,

    BalasPadam
  5. macam2 idea budak2 zaman sekarang nih...

    BalasPadam
  6. perghhh..100k bukan nilai yg kecil tu...

    BalasPadam
  7. Bayangkan berapa banyak gula gula dapat di beli dengan duit RM 100,000
    .
    Huhuhu

    BalasPadam
  8. tapi bagaimana jika terlambat!

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/09/26/tanggungjawab-dan-tanggungan-pengarah/

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra