Sabtu, 20 April 2013

Tips Berfikir Di Luar Kotak Untuk berpeluang mendapatkan Geran Perniagaan bernilai RM2 juta

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtara..

Begitu cepat masa berlalu.. Dah lama tak ikuti perkembangan blog ini, dan isu-isu menarik yang terdapat disekeliling saya disebabkan terlalu sibuk dengan kerja-kerja dipejabat... Syukur Alhamdulillah, kerja-kerja tersebut sebahagian besarnya telah berjaya disiapkan... Dan minggu depan pelajar-pelajar saya akan meduduki peperiksaan akhir semester.... Lega sangat-sangat.. Fuh!!. Lepas ni bolehlah curi-curi masa untuk menulis blog kembali...


Pada malam tadi saya menerima satu email daripada Irfan Khairi (Jutawan Internet).. Dalam email pada kali ini, beliau memberi beberapa tips tentang idea-idea menarik dalam perniagaan sebagai strategi yang perlu dipraktikkan untuk membolehkan kita menyertai   Rural Business Challenge (RBC) 

Apa dia Rural Business Challenge (RBC) ni?

Sekiranya anda ketinggalan membaca entri saya yang lepas, Rural Business Challenge (RBC) merupakan  satu PERTANDINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN (RP) yang memberi peluang kepada belia Malaysia khususnya di luar bandar untuk merealisasikan idea-idea bernas dan diterjemahkan kepada satu perniagaan yang berdaya maju.

Terdapat dua kategori hadiah disediakan, iaitu:

  1. Pengembangan Perniagaan: Menangi geran perniagaan sehingga RM2juta!
  2. Idea Perniagaan Terbaik: Menangi wang tunai sehingga RM10,000!


Jadi, kepada rakan-rakan belia yang mempunyai idea yang bernas dan menarik untuk diketengahkan sebagai satu perniagaan... Cubalah sertai pertandingan ini... Buat satu rancangan perniagaan yang menarik dan hantarkan Rancangan Perniagaan anda yang telah lengkap kepada:

Sekretariat RBC

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Bahagian Pengupayaan Ekonomi
Aras 19, No 47, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Anda boleh menghantara Rancangan Perniagaan anda, melalui kaedah berikut :
a. Pos Laju;
b. Pos Berdaftar; 
c. Kurier; atau
d. Serahan Tangan.

Tempoh tutup cabaran ini ialah pada 30 April 2013.. Cepat, tinggal 9 hari sahaja lagi..

Berikut antara pautan-pautan yang boleh anda layari untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pertandingan ini:
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang terma dan syarat pertandingan, sila klik di sini
  • Untuk mendapatkan Format Rancangan Perniagaan, klik di sini
  • Untuk mendapatkan Panduan Rancangan Perniagaan, klik di sini
  • Untuk mendapatkan Borang Penyertaan RBC, klik di sini

Untuk mendapatkan Tips perniagaan Berfikir Di Luar Kotak daripada Irfan Khairi, marilah kita bersama-sama menonton video berikut:



Semoga selepaas menonton Video ini, anda akan lebih bersemangat untuk menyiapkan rancangan Perniagaan, dan seterusnya menyertai cabaran Rural Business Challenge (RBC)..  Good Luck.... ;)

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra