Khamis, 14 Ogos 2014

Contoh Pengiraan Good And Service Tax (GST) mengikut rantaian transaksi kepada pengguna

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam kesibukan menjalankan tugas harian, menjadi penganjur Klinik UPSR Didik Berita Harian dan terlibat sebagai Atlet Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Kali ke 39 (SUKUM), UTM Skudai Johor dalam acara Catur, sempat lagi curi-curi masa nak update blog. ;)

Disebabkan tak sempat nak tulis entri baru, jadi saya pun carilah mana-mana Draft menarik yang belum sempat saya terbitkan sebelum ini..... 

Dan jumpa!!!! Draft 2 bulan yang lalu rasanya... 

Entri bertajuk Contoh Pengiraan Good And Service Tax (GST) mengikut rantaian transaksi kepada pengguna.


Contoh Pengiraan Good And Service Tax (GST) : transaksi-transaksi urusan jual beli yang berlaku bermula daripada pengilang sehingga sampai kepada pengguna


Keratan-keratan Akhbar Berita harian (maaf dah terlupa tarikhnya) yang menceritakan tentang transaksi-transaksi urusan jual beli yang berlaku bermula daripada pengilang sehingga sampai kepada pengguna

Good And Service Tax (GST) melibatkan 5 transaksi urusan jual beli

Sebanyak 5 transaksi urusan jual beli yang terlibat dalam Good And Service Tax (GST) iaitu:
  • Transaksi 1 : Pembekal kepada Pengilang
  • Transaksi 2 : Pengilang kepada Pemborong
  • Transaksi 3 : Pemborong kepada Peruncit
  • Transaksi 4 : Peruncit kepada Pengguna
  • Transaksi 5 : Harga Pengguna

Berikut merupakan rumusan Good And Service Tax (GST) :

Rumusan GST mengikut rantaian transaksi kepada pengguna

Contoh Pengiraan Good And Service Tax (GST)


Apabila Good And Service Tax (GST) mula dilaksanakan nanti, kita sebagai pengguna perlu membayar lebihan 6% daripada setiap perbelanjaan yang kita lakukan. kalau sebelum ini kita berbelanja RM50 seminggu, lepas ni kita kena berbelanja RM53 seminggu..

So, lepas ni kenalah merancang perbelanjaan betul-betul, supaya kita tidak menghadapi masalah kewangan dalam menjalani kehidupan seharian. 

Perbelanjaan kena seiring dengan pendapatan. Kalau teringin nak berbelanja lebih, kenalah cari pendapatan lebih.. 

P/s: Pesanan ini juga ditujukan buat diri saya yang agak boros ketika berbelanja.. huhuhu

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra