Isnin, 27 Februari 2017

Permohonan Kemasukan Ke UPU dan Politeknik Secara Online untuk Sesi Kemasukan Jun 2017

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Permohonan online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan IPTA telah dibuka bermula 6 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017. 

Pemohon perlu membeli no unik ID di BSN bagi proses permohonan di laman sesawang UPU. Dikepilkan bersama adalah poster kemasukan bagi rujukan anda. Semoga urusan anda dipermudahkan.

Permohonan UPU Online
Permohonan UPU Online


Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Jun 2017

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2017 bagi program Diploma, Pra Diploma dan Sijil Kemahiran telah dibuka.

Untuk makluman, bagi sesi Jun 2017 urusan kemasukan diuruskan sepenuhnya oleh pihak UPU, Politeknik hanya menerima pelajar dari UPU. Berbeza dengan sesi Disember dimana pihak politeknik sendiri menguruskan proses pemilihan kemasukan pelajar baru. Dikepilkan bersama adalah maklumat proses permohonan kemasukan calon bagi sesi Jun 2017 untuk rujukan anda.

Link permohonan telah dikemaskini di Portal Pengambilan (www.politeknik.edu.my).

Maklumat permohonan adalah seperti berikut:

Lepasan SPM 2014 ke atas:
Permohonan melalui laman web upu.mohe.gov.my. Pemohon perlu membeli No Pin berharga RM15.60 di BSN. Calon yang berminat untuk ke program Pra Diploma boleh mengisi permohonan di laman web www.politeknik.edu.my.

Lepasan SPM 2013 ke bawah:
Permohonan melalui laman web www.politeknik.edu.my. Pemohon perlu membeli No Pin berharga RM15.60 di BSN.

Lepasan selain SPM (Sijil Kolej Komuniti/SKM/ILKA):
Permohonan melalui laman web www.politeknik.edu.my. Pemohon perlu membeli No Pin berharga RM15.60 di BSN.

Lepasan Sekolah Pendidikan Khas:
Permohonan melalui laman web www.politeknik.edu.my. Permohonan adalah percuma (tidak perlu beli No Pin).

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2017.

Terima kasih sekiranya ada yang membaca entri ini berminat untuk menyambung pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor. Jumpa di PSIS semasa Minggu Suai Kenal nanti.. ;)

Good Luck!!

Info Berkaitan:

3 ulasan:

  1. Ayoo...yang mau mendaftarkan diri ke Politeknik segera merapat... Jangan sampai lupa tanggalnya ya!!

    BalasPadam
  2. Wah, rasa nak masuk universiti balik

    BalasPadam
  3. Kepada mereka yang nak memohon, semoga alert dengan tarikh tutup dan selamat berjaya

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra