Khamis, 28 Julai 2016

Pendaftaran MUET dan Tarikh Exam MUET 2016

with 10 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam entri sebelum ini saya ada kongsikan satu info bertajuk Pendaftaran Kelas Persediaan MUET di PSIS (1 dan 5 Ogos 2016). Tujuan Kelas persediaan MUET diadakan adalah untuk membatu calon-calon MUET terutamanya Student-student PSIS membuat persediaan, sebelum menduduki Peperiksaan MUET pada tarikh-tarikh seperti berikut:

  • Speaking Test  : 11 hingga 19 Oktober 2016
  • Listening, Reading anda Writing Test : 5 November 2016

* Nota : Tarikh-tarikh ini tertakluk kepada perubahan bergantung kepada keputusan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)


Tapi sebelum tu, saya tertanya-tanya juga.... Sudahkah student-student PSIS mendaftar sebagai calon Peperiksaan MUET? 

Kalau mereka belum mendaftar jadi calon MUET, sudah pasti mereka tak akan mengikuti Kelas Persediaan MUET. Betu tak?

So, langkah pertama kenalah daftar jadi calon dulu..

Macamana nak daftar jadi Calon peperiksaan MUET?

Dalam poster di bawah ini terdapat Prosedur nak daftar Peperiksaan MUET.


Pendaftaran MUET 2016
Prosedur Pendaftaran Peperiksaan MUET 2016

Simple jer caranyakan?..

Tapi, yang penting sekali kena ingat... Esok (29 Julai 2016) merupakan tarikh akhir Pendaftaran EXAM MUET di PSIS. Pendaftaran boleh dilakukan di Makmal Bahasa 1, Jabatan Pengajian Am PSIS.

Sebelum daftar, pastikan anda sudah membuat pembayaran sebanyak RM101.06 di Bank Simpanan Nasional (BSN) terlebih dahulu. 

Semasa pendaftaran nanti,  sila bawa salinan Slip Pembayaran BSN dan Salinan Kad Pengenalan. Lekatkan kedua-dua salinan ini pada sehelai kertas (Rujuk gambar di atas). Dalam helaian kertas yang sama  anda perlu menulis No. Telefon untuk dihubungi, Bangsa, dan Keputusan Subjek English semasa SPM.


Jangan lupa yer!


Saya cuma tolong sampaikan maklumat ini, supaya dapat memudahkan urusan anda untuk membuat pendaftaran bagi mengikuti EXAM MUET kali ini. Good Luck! 


10 ulasan:

  1. Tak pernah ambil MUET ni...masa belajar dulu belum diwajibkan. Apapun goodluck pada calon nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita... Masa belajar dulu pun saya terlepas daripada kena ambil MUET..

      Padam
  2. Apa lagi jomlah kita bersedia sepenuhnya

    BalasPadam
  3. Dah lama tak lalui kenangan hadapi muet ni.. Haha..

    BalasPadam
  4. tak sempat la saya ambik MUET masa sekolah dulu

    BalasPadam
  5. muet terlepas dari kene ambil..huhu..

    BalasPadam
  6. replica bags toronto browse around this web-site f1l19j6u22 replica bags karachi dig this w0x76t1u61 replica louis vuitton bags best replica bags online 2018 p4h64d0y57 replica bags in bangkok fake gucci c6o67w4d50 7a replica bags

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra