Isnin, 13 Julai 2015

Kelas Persediaan MUET di PSIS dan Malam Lailatul Qadar

with 0 Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari yang ke 26 kita berpuasa di Bulan Ramadhan. Ini bermaksud tinggal tak sampai seminggu lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Begitu pantas masa berlalu. Pasti ada yang rasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Terutamanya kepada mereka yang rajin beribadah, rajin buat solat sunat, rajin membaca Al-Quran, Rajin pergi Solat terawikh. Golongan-golongan ini pasti akan rasa sedih, apabila Ramadhan pergi meninggalkan kita tidak lama lagi.



Malam Lailatul Qadar


Malam ni merupakan malam yang ke 27 Ramadhan.. Salah satu malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.. Merupakan malam yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.

Kerana berkemungkinan adanya Malam lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ada ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T bagi mereka yang berjaya menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan amal Ibadah.

Semoga kita berjaya menjadi salah seorang daripada insan yang terpilih untuk menghayati Malam lailatul Qadar pada tahun ini. dan semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T pada malam tersebut. In Shaa Allah.

Klik Di Sini untuk mengetahui kelebihan Malam lailatul Qadar


Ujian Speaking dan Bertulis MUET 2015


Ujian Speaking MUET untuk Sesi Julai 2015 telah diadakan pada 15, 16, 22, 23, 24 dan 25 Jun 2015. Dah lepas dah. Diharapkan calon yang telah menduduki exam tersebut berjaya menjawab soalan dengan baik, dan lulus dengan cemerlang.

Tarikh exam bertulis MUET bagi sesi Julai 2015 akan diadakan pada 1 Ogos 2015. Tentu calon berasa lega, sebab jawab Ujian MUET selepas raya. Masa tu dah puas makan kuih raya. 

Rendang, Lemang, Dodol, ketupat tentu semua dah habis masa tu.. Lega no.. Boleh Fokus untuk menduduki Ujian Bertulis MUET 2015.  

Good Luck ye semua.. Jawab elok-elok supaya dapat lulus dengan cemerlang.

Kelas Persediaan MUET di PSIS


Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), kami ada menganjurkan Kelas Persediaan MUET, untuk membantu calon-calon membuat persediaan sebelum menduduki ujian tersebut.



Sasaran peserta kelas persediaan ini ialah calon-calon yang akan menduduki Ujian MUET bagi sesi November 2015.

Tarikh tutup pendaftaran untuk mengikuti Kelas ini ialah pada 27 Julai 2015.. Iaitu pada hari yang sama sebelum Kelas Persediaan MUET di PSIS bermula.

Untuk urusan pendaftaran dan maklumat lanjut, boleh hubungi nombor telefon seperti yang tertera pada banner di atas.

Tarikh Ujian MUET Sesi November 2015


Merujuk kepada Kalendar MUET 2015, Tarikh Ujian Speaking MUET untuk sesi November 2015, akan diadakan pada 7, 8, 9, 10, 14 dan 15 September 2015.  

Kemudian diikuti Ujian Bertulis MUET Sesi November 2015 yang akan diadakan pada 7 November 2015. Tarikh siri Ujian MUET terakhir bagi tahun 2015. 



Panduan MUET 2015 


Sekiranya anda tidak dapat untuk menghadiri Kelas Persediaan MUET yang kaim anjurkan di PSIS, saya syorkan anda mendapatkan sebuah panduan MUET yang disediakan di laman web PanduanMUET.com

Ramai calon Peperiksaan MUET sebelum ini telah mendapatkan rujukan tersebut. Dan mereka berpuas hati dengan isi kandungannya..

Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET 2015
Isi Kandungan Ebook Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET
Sumber : Klik Di Sini


Saya doakan semoga calon-calon Ujian MUET 2015 dapat membuat persediaan dengan secukupnya, berpandukan rujukan yang tepat. Dan seterusnya berjaya lulus dengan cemerlang. Good Luck!!




P/s : Jangan lupa Qiamulail malam nanti. Manalah tahu ada rezeki, dapat berdoa di malam Lailatul Qadar. Dan doa anda untuk lulus Ujian MUET dimakbulkan. In Shaa Allah.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra