Jumaat, 6 Februari 2015

Tarikh-tarikh Penting Exam MUET 2015

with 3 comments
Waktu ni Musim Ujian Speaking MUET 2015. Patutlah ramai pelajar IPTA tengah sibuk sekarang ni. Masing-masing tengah sibuk belajar speaking.


Merujuk kepada Kalendar Muet 2015 yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia, Exam MUET 2015 akan dilaksanakan sebanyak 3 sesi iaitu sesi Mac 2015, Sesi Julai 2015 dan Sesi November 2015.

Kalendar Ujian MUET 2015
Kalendar MUET 2015
Sumber Rujukan : Klik Di Sini


Setiap sesi akan diikuti oleh dua ujian, iaitu ujian Speaking dan Ujian Bertulis. Biasanya calon akan menduduki Ujian Speaking MUET terlebih dahulu, kemudian baru diikuti oleh Ujian Bertulis MUET.

Tarikh Ujian MUET Sesi Mac 2015


Tarikh Exam Speaking MUET untuk sesi Mac 2015 akan diadakan pada 4, 5, 9, 10, 11 dan 12 Februari 2015.  

Kemudian dalam tempoh sebulan berikutnya, iaitu pada 7 Mac 2015 akan diikuti  pula oleh Ujian Bertulis MUET 2015.

Beruntunglah calon yang dapat menduduki Exam Muet sesi Mac 2015. Sebab mereka telah memohon menduduki ujian ini pada 16 Oktober 2014. Mereka mempunyai masa selama 4 bulan untuk membuat persediaan sebelum menduduki ujian.

Bagi saya ia satu tempoh masa yang cukup ideal untuk membuat persediaan.

Lagipun ketika tempoh ujian diadakan, tidak bertembung dengan apa-apa musim perayaan. Semua calon boleh fokus untuk menduduki Ujian. ;)





Tarikh Ujian MUET Sesi Julai 2015



Ujian Speaking MUET untuk Sesi Julai 2015 nampaknya agak mencabar buat calon yang beragama Islam. Ini kerana Exam tersebut akan diadakan pada 15, 16, 22, 23, 24 dan 25 Jun 2015. 

Calon (beragama Islam) yang dapat ambil Ujian Speaking MUET pada tarikh 15 dan 16 Jun tu kira beruntunglah, sebab belum masuk bulan Ramadhan lagi. Tapi bagi calon yang terkena tarikh  22, 23, 24 dan 25 Jun 2015, terpaksa ambil Ujian Speaking MUET pada bulan Ramadhan. 

So, siapa yang dapat tarikh ni kena jaga kesihatan. Minum air yang secukupnya ketika berbuka puasa dan bersahur supaya tidak menghadapi masalah kesihatan ketika ingin menduduki Ujian Speaking MUET nanti.

Tarikh exam bertulis MUET bagi sesi Julai 2015 akan diadakan pada 1 Ogos 2015. Tentu calon berasa lega, sebab jawab Ujian MUET selepas raya. Masa tu dah puas makan kuih raya. 

Rendang, Lemang, Dodol, ketupat tentu semua dah habis masa tu.. Lega no.. Boleh Fokus untuk menduduki Ujian Bertulis MUET 2015.

Tarikh Ujian MUET Sesi November 2015


Bagi pelajar IPTA yang masih lagi belum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan MUET 2015, dan taknak ambil Peperiksaan MUET sesi Julai 2015. Ujian MUET sesi November 2015 merupakan pilihan terakhir yang anda ada. Sekiranya anda terlepas peluang ini, anda terpaksa menduduki Peperiksaan MUET pada tahun 2016 pula.

Tarikh pendaftaran dibuka untuk menduduki Ujian MUET sesi November 2015 ialah pada 5 Mei 2015 sehingga Jun 2015. Ingat tu.. Jangan lupa set tarikh ini pada reminder anda.

Tarikh Ujian Speaking MUET untuk sesi November 2015, akan diadakan pada 7, 8, 9, 10, 14 dan 15 September 2015.  

Kemudian diikuti Ujian Bertulis MUET Sesi November 2015 yang akan diadakan pada 7 November 2015. Tarikh siri Ujian MUET terakhir bagi tahun 2015. 


Panduan MUET 2015 


Sekiranya anda memerlukan rujukan untuk menduduki Exam MUET 2015, saya syorkan anda mendapatkan sebuah panduan yang disediakan di laman web PanduanMUET.com

Ramai calon Peperiksaan MUET sebelum ini telah mendapatkan rujukan tersebut. Dan mereka berpuas hati dengan isi kandungannya..

Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET 2015
Isi Kandungan Ebook Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET
Sumber : Klik Di Sini


Saya doakan semoga calon-calon Ujian MUET 2015 dapat membuat persediaan dengan secukupnya, berpandukan rujukan yang tepat. Dan seterusnya berjaya lulus dengan cemerlang. Good Luck!!



3 ulasan:

  1. Good luck kepada semua calon MUET 2015

    BalasPadam
  2. Huhu..bukan suatu yang sukar lagi dengan adanya panduan hebat macam ni..

    BalasPadam
  3. utk mac 2016 bila boleh daftar? sila jawab segera ya

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra