Selasa, 26 Julai 2016

Pendaftaran Kelas Persediaan MUET di PSIS (1 dan 5 Ogos 2016).

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Rasanya macam baru semalam rakan-rakan sekerja saya jaga exam MUET di sekolah-sekolah sekitar daerah Sabak Bernam. Rupa-rupannya dah dekat setahun dah peristiwa tu berlaku.

Sekejap betul masa berlalu kan?

Dalam tak sedar, Exam MUET akan kembali lagi...

Seperti biasa, rakan-rakan sekerja saya yang mengajar Kursus English di Jabatan Pengajian Am akan buat kelas MUET untuk calon-calon yang akan menduduki peperiksaan ini tidak lama lagi.

Berikut merupakan tarikh pendaftaran untuk mengikuti kelas MUET serta tarikh dan masa kelas MUET akan diadakan:-
Tarikh pendaftaran untuk mengikuti kelas MUET serta tarikh dan masa kelas MUET akan diadakan (Pendaftaran dibuka pada 1 dan 5 Ogos 2016)

Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas MUET di PSIS.. Sila lakukan pendaftaran pada 1 dan 5 Ogos 2016.

Cara nak daftar mengikuti Kelas MUET di PSIS

1. Buat pembayaran sebanyak RM90 di Unit Kewangan PSIS

2. Simpan Slip Pembayaran

3. Bawa Slip pembayaran semasa pendaftaran di Jabatan Pengajian Am (JPA) pada:
  • 1 Ogos 2016 (Isnin) : 10.30 pagi hingga 1.00 Petang
  • 5 Ogos 2016 (Jumaat) : 10.30 pagi hingga 12.30 Tengahari
  • 5 Ogos 2016 (Jumaat) : 3.00 petang hingga 4.30 Petang


Tarikh dan Masa Kelas MUET di PSIS

Kelas MUET di PSIS akan berlangsung selama 7 minggu (bermula pada 15 Ogos 2016 sehingga 4 Oktober 2016).

Kelas MUET ini akan diadakan dalam 2 sesi iaitu:-
  • Sesi 1 : Isnin dan Rabu (5.15 ptg - 6.45 ptg)
  • Sesi 2 : Selasa dan Khamis (5.15 ptg - 6.45 ptg)

Setiap pelajar boleh pilih nak mengikuti kelas dalam sesi yang mana satu mengikut kesesuaian masing-masing. Nak duduk satu kelas dengan partner masing-masing pun boleh.

Semoga selepas mengikuti Kelas MUET di PSIS, para pelajar boleh lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan MUET nanti. In Shaa Allah..

Rujukan Peperiksaan MUET yang Lain

Selain mengikuti Kelas MUET di PSIS, calon-calon peperiksaan MUET juga boleh mendapatkan Panduan MUET yang boleh diperolehi secara Online menerusi laman web www.panduanmuet.com

Rujukan Peperiksaan MUET

Tentu kebanyakan calon tertanya-tanya... Apa yang terkandung dalam ebook Panduan MUET ini?

Untuk makluman anda, ebook panduan MUET ini terdiri daripada 8 bab seperti berikut:
Kandungan Ebook Panduan MUET
Sumber : Klik Di Sini

Sehingga kini, ramai calon Peperiksaan MUET dari seluruh Malaysia telah pun mendapatkan rujukan ini..

Alhamdulillah... mereka berpuas hati dengan isi kandungan ebook ini.. dan ramai calon yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan MUET tahun-tahun sebelum ini. Tahniah diucapkan kepada mereka. 

Kepada calon-calon Peperiksaan MUET 2016, Good Luck saya ucapkan! 

Buat persediaan bermula dari sekarang. Semoga berjaya lulus dengan  cemerlang dalam Peperiksaan MUET nanti.. In Shaa Allah..


5 ulasan:

  1. Inilah rujukan terbaik buat calon2 MUET..rugi tak memiliki panduan ni

    BalasPadam
  2. Info yang senang dirujuk buat mereka yang memerlukan.. thanks bro..hehe

    BalasPadam
  3. Good luck kepada mereka yang nak ambik exam MUET ni

    BalasPadam
  4. bagus ini untuk adik saya yang tengah nak ambil muet..thanks.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra