Rabu, 9 Mac 2011

Kem Alapong (Siri 4) - LDK 2

with 0 Comment

Atas permintaan para peserta kem Alapong yang teringin sangat nak tengok koleksi gambar-gambar yang saya tangkap sepanjang program tersebut berlangsung, maka saya pun menulis entri selanjutnya tentang kem ini..

Pada kali ini saya ingin berkongsikan tentang sesi LDK yang menarik.. LDK ini tidak terkandung dalam modul yang saya paparkan pada entri pertama tentang kem ini..

LDK ini merupakan modul pihak kem.. Nak gunakan modul ini kenalah bayar beberapa hengget.. ;).. Kebetulan pula bayarannya tak terlalu mahal, jadi kami bersetuju untuk menggunakan 2 modul daripada pihak kem ini iaitu:- 
  1. Modul Tongkat Amanah
  2. Modul berjalan malam berserta sesi rifleksinya sekali..
Kedua-dua modul ini dikendalikan dengan bantuan beberapa fasilitator kem yang mahir tentang selok-belok keadaan persekitaran kem ini.. Jadi untuk melaksanakan aktiviti "out door" yang menggunakan fasiliti yang terdapat di kem ini, adalah disyorkan untuk menggunakan modul pihak kem.. ;)

Untuk makluman anda, fasilitator kem alapong ini iaitu Tuan Haji Reduan bin Tuah merupakan seorang yang cukup berpengalaman dan berpengetahuan dalam mengendalikan kem-kem motivasi atau kepimpinan.. Terdapat beberapa modul yang boleh dilaksanakan di kem ini dengan menggunakan kepakaran beliau, iaitu:
  • Program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan Semangat Berkumpulan
  • Program Kepimpinan Pelajar
  • Program Motivasi Pelajar dan Jati Diri
  • Program Kecemerlangan Sahsiah Pelajar
  • Summer Camp
Untuk maklumat lanjut tentang kem ini dan fasiliti yang sediakan, anda boleh layari: http://alapong.blogspot.com/

Peta Kedudukan kem Alapong dari laman web Google..

Jadi pada entri kali ini saya ingin berkongsikan cabaran-cabaran menarik yang dialami peserta sepanjang mengikuti LDK 2 yang bertajuk tongkat Amanah..

Sebelum LDK ini bermula Tn Hj. Reduan ada memberi sedikit taklimat kepada para peserta.. Taklimat yang begitu menarik saya kira untuk modul team biulding dan kepimpinan.. Masih jauh lagi perjalanan dan pengalaman yang perlu saya timba untuk menjadi seorang fasilitator yang berbakat seperti beliau..

Sedikit taklimat oleh Tn Hj. Reduan..

Para peserta bersemangat mendengar taklimat

Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut warna kumpulan masing-masing.. Setiap peserta diberikan satu amanah iaitu sebiji belon yang ditiup oleh diri sendiri ;)..

Ini belon saya.. Saya jaga belon saya..

Saya sayang belon saya.. Ummuaahh..

Kemudian setiap kumpulan dibekalkan oleh dua amanah iaitu tongkat sepanjang 3 meter dengan berat lebih kurang 5 kilogram dan sebiji belon yang berisi air..

Belon berisi air yang dipegang oleh ketua kumpulan..

Setiap kumpulan bersama tongkat amanah masing-masing..

Ada 3 amanah.. Belon, belon besar dan tongkat amanah..,

Setiap amanah yang diberikan perlu dijaga sehingga berakhir LDK ini.. Tongkat amanah perlu sentiasa di pegang/sentuh oleh setiap ahli kumpulan sepanjang berlangsungnya LDK ini.. bagi mana-mana peserta yang sengaja atau tidak sengaja untuk tidak memegang tongkat amanah, satu kumpulan akan didenda.. Denda yang biasanya dikenakan adalah mengulangi semula setiap tugasan yang telah selesai mereka lakukan..

Awas jangan tersentuh tongkat amanah pada pokok itu..

Jalan baik-baik.. jatuh kena ulang semula..

Jaga belon dan jaga tongkat amanah, jangan sampai tersentuh..

Apa yang peserta buat ni.. ;)
Selain itu, tongkat amanah juga tidak boleh jatuh ke tanah atau tersentuh dengan setiap laluan berhalangan yang mereka tempuhi.. Sekiranya tongkat amanah tersebut tersentuh dengan mana-mana objek laluan berhalangan yang mereka tempuhi, fasilitator berhak untuk mendenda semua peserta dalam kumpulan tersebut..

Naik jambatan tu elok-elok..

Jangan lupa minta laluan ye ;)

Tayar pun kena redah..

Awas, berhati-hati jangan sampai terkena tanah..
Ada orang luar cuba mengganggu..

Semangat berpasukan seperti ini yang kita mahu..

Berikut merupakan gambar-gambar lain yang sempat saya ambil


Begitu cekal peserta ini..

Awas bola pingpong tersebut jangan sampai terjatuh..

Peserta yang paling bijak menjaga amanah..

Amboi sempat lagi berposing cik adik ni..

Bolehke aku masuk ni?..

Sanggup ku redah walau selautan api sekalipun..

Hujan gerimis di negeri orang..

Tugas utama kami adalah sentiasa mencari ruang untuk "mencuri" amanah-amanah yang diberikan..
Gambarajah berikut merupakan amanah yang sempat saya "curi" daripada dua orang peserta.. ;)


Antara amanah yang dapat saya "curi"

Kumpulan hijau memang saya dah aim lama, nak curi belon mereka..



Awas.. Jaga-jaga belon anda..

Kumpulan kuning pun macam tu juga.. Dah lama tenang.. Bila masa ada peluang untuk curi belon mereka..




Amboi.. Sempat lagi berposing.. Abang-abang dekat bawah tu dah tak tahan..;)

Saya tidaklah zalim sangat.. Saya bagi balik amanah tersebut kepada tuan empunya.. tapi ada denda yang saya kenakan kepada mereka.. ;) hehehe..

Nyanyi jangan tak nyanyi.. nak dapat balik amanah tak?

Gambar-gambar lain lagi..

Ni apa ke halnya lalu bawah meja pingpong..


Susahnya nak keluarkan tayar sambil pegang kayu amanah..

Ada yang kena denda pula tu..

Semua peserta sanggup bawa tayar ke mana sahaja untuk mengelakkan tayar
mereka daripada dimasukkan semula ke tempat asalnya..

Tetap ku jaga belon ini walaupun ianya telah pecah..
Saya sayang belon saya..

Nak ringankan kayu ini kena minta kebenaran..

Awas jangan terjatuh kelapa itu.. nanti kena ulang semula..

Cik Farhana pun berjaya dapat 2 biji belon.. Dari kumpulan yang sama pula tu..

Awasi kepala anda..

Peserta semuanya begitu "spotting".. Tak ada seorang peserta pun yang marah dengan penuh emosi dengan setiap denda atau krisis yang kami kenakan ke atas mereka..
Saya cuba minta tayar daripada mereka..
Tapi takder sorang pun yang sudi nak bagi.. ;(


Mereka mahu membawa tayar dengan rela hati..
Takder siapa pun yang suruh..

Siap berkalung lagi tayar di leher mereka..
Dengan rela hati pula tu.. ;)

Malah mereka boleh tersenyum walaupun terpaksa makan dengan membaya kayu amanah bersama mereka..
Dengan bangganya berposing di meja makan bersama kayu mereka..

Nak basuh tangan pun bawa kayu.. Ish.. Ish.. Ish..

Beratur ambil makanan pun nak bawa kayu.. Ish.. Ish.. Ish..

Syabas diucapkan kepada semua para peserta.. Anda memang tenang, sabar dan ceria-ceria selalu..



Tetapi ada kelemahannya.. iaitu dari segi pendirian mempertahankan sesuatu.. Mereka kekurangan ciri-ciri tersebut.. Ini dapat dilihat melalui krisis atau kesalahan yang tidak dilakukan oleh mereka, tetapi mereka dipertanggunggjawabkan untuk memikul kesilapan/kesalahan tersebut..

Ada kalanya mereka cuba untuk membantah dan mempertahankan kebenaran.. Tetapi dalam kebanyakan konflik yang sengaja diwujudkan oleh para fasilitator, mereka menuruti sahaja tanpa membantah dan cuba mempertahankan hak mereka..


Admin blog

Anda Juga Mungkin Meminati:

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra