Khamis, 14 April 2016

Takwim Cuti Sekolah 2016 dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016 untuk Rujukan Pengusaha Homestay

with 14 comments
Takwim Cuti Sekolah 2016 dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016 merupakan antara rujukan yang perlu diketahui oleh Pengusaha-pengusaha Homestay di Malaysia.

Ini disebabkan, kedua-dua rujukan ini diperlukan oleh setiap keluarga (terutamanya bagi suami/isteri yang bekerja di sektor kerajaan) untuk merancang aktiviti percutian mereka. 

Cuba anda letakkan diri anda di tempat saya, sebagai bakal penyewa Homestay... Sudah pasti anda memerlukan kedua-dua rujukan ini, untuk dibincangkan bersama pasangan anda... Betul tak?

1. Takwim Persekolahan Tahun 2016

Takwim Cuti Sekolah 2016  Kumpulan A
Takwim Persekolahan Tahun 2016 bagi negeri-negeri Kumpulan A

Takwim Cuti Sekolah 2016  Kumpulan B
Takwim Persekolahan Tahun 2016 bagi negeri-negeri Kumpulan B

Sebagai pengusaha Homestay, kita perlu peka dengan tarikh-tarikh cuti persekolahan. Kemudian, kita perlu mempergiatkan aktiviti mempromosi homestay, dalam tempoh seminggu sebelum cuti sekolah dan seminggu sebelum kakitangan kerajaan dapat gaji. 

2. Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016


Biasanya, mood seseorang akan menjadi lebih baik pada hari mereka menerima gaji.. 

Cuba anda perhatikan... Kebanyakan syarikat-syarikat pengiklanan Online yang besar seperti Lazada.com.myAgoda.com, Groupon.com, bookcafe.com.my, dan lain-lain. Antara strategi pemasaran yang telah mereka lakukan ialah dengan melipat gandakan usaha promosi produk jualan mereka, pada hari kakitangan kerajaan menerima gaji.
"Macam Tahu-tahu jer hari ni aku dapat Gaji... Masa ni lah macam-macam iklan keluar... Buka facebook, keluar iklan itu dan ini.. Buka email pun sama.. Macam-macam tawaran meleleh keluar.. huhuhu"- Anuar 2016 -
Hasilnya.. Lihat jualan syarikat mereka. Ada yang boleh mencapai sehingga 7 angka pada hari-hari tersebut. Jadi, sekiranya kita cuba praktikkan teknik ini dalam usaha mempromosikan homestay kita.. In Shaa Allah, bilangan pengunjung homestay juga dapat dipertingkatka,n terutamanya pada musim-musim cuti sekolah.

Sekian sahaja info ringkas daripada saya kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu. ;)

Info Berkaitan:

14 ulasan:

  1. mak bapak yang ada anak bersekolah pun memang nak perlu tahu takwim ni, senang nak plan sesiap :)

    BalasPadam
  2. Cocok la macam ni, boleh lah plan cuti ke malaysia :)

    BalasPadam
  3. Wah boleh plan sesiap nak pergi mana. Walaupun Zuyyin Zayra belum sekolah, tapi kalau pergi holiday time school holiday, memang pengsan terperap dalam jem huhu

    BalasPadam
  4. Siap dengan jadual cuti sekolah dan gaji senang nak merancang percutian dan perbelanjaan.

    BalasPadam
  5. senang kalau ada takwin boleh ada rujukan nanti. lagi2x nak bercuti dengan family.

    BalasPadam
  6. wah banyaknya cuti. hehe kena avoid bercuti waktu ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuh, kompem ramai orang kalau taim2 gini.

      Padam
  7. Bukan setakat pengusaha homestay, peniaga2 pun tengok jadual gaji.. Hehe

    BalasPadam
  8. Memang membantu takwim2 nih, boleh lah mak & ayah rancang apa yang patut

    BalasPadam
  9. Kalau time cuti memang banyak sungguh promosi homestay ni...

    BalasPadam
  10. masa gaji masuk dan cuti sekolah adalah masa sesuai tuk pemilik homestay buat promosi

    BalasPadam
  11. Adakah anda memerlukan pinjaman? atau memerlukan pinjaman untuk membayar dept atau bil-bil anda bimbang tiada lagi, dan jika ya, sila hubungi kami secara langsung pada: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

    nama: ....
    Jumlah Pinjaman yang diperlukan: .......
    menyatakan: ....
    negara: ...
    nombor telefon:.....

    NOTA: SEMUA MAIL PERLU DIKEMUKAKAN KEPADA EMAIL INI: jeffersoncarsonloanfirm@hotmail.com

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra