Selasa, 2 Disember 2014

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan bagi tahun 2015 dan Perincian Takwim Persekolahan Tahun 2015

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Maaf yer.. Tajuk entri kali ni agak panjang sikit.. Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan bagi tahun 2015 dan Perincian Takwim Persekolahan Tahun 2015

Entri ini dihasilkan bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat rujukan secara Online... Terutamanya bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang akan bersekolah pada tahun 2015 nanti.

Jadi, lepas ni dah boleh mula buat perancangan budget untuk perbelanjaan anak-anak nak masuk ke sekolah.. dan dalam masa yang sama, boleh buat perancangan budget untuk meluangkan masa bercuti bersama anak-anak sepanjang tahun 2015 nanti.. ;)


1. Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan bagi tahun 2015



Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan bagi tahun 2015

Pada tahun 2015 nanti, nampaknya ada 4 bulan gaji penjawat awam di bayar awal daripada kebiasaannya. Iaitu pada bulan Februari (Gaji di bayar awal pada 12 Februari 2015, sebagai persiapan menyambut Tahun Baru China), bulan Julai (Gaji di bayar awal pada 9 Julai 2015, sebagai persiapan menyambut Hari Raya Puasa), bulan September (Gaji di bayar awal pada 17 September 2015, sebagai persiapan menyambut Hari Raya Haji) dan pada bulan Disember (Gaji di bayar awal pada 17 Disember 2015, sebagai persiapan menyambut Hari Krismas)

Saya cukup risau bila gaji masuk awal. Sebab kadang tu terover budget. Sampai tak cukup perbelanjaan untuk sampai ke gaji bulan berikutnya.. Huhuhu.. Sangat mencabar untuk menguruskan wang dengan baik.. Harapnya tahun 2015 nanti, semuanya terkawal seperti yang diharapkan..


2. Perincian Takwim Persekolahan Tahun 2015


Berikut merupakan perincian Takwim Persekolahan bagi Tahun 2015 untuk sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A dan Kumpulan B.

Perincian Takwim Persekolahan Tahun 2015, bagi sekolah-sekolah kumpulan B

Perincian Takwim Persekolahan Tahun 2015, bagi sekolah-sekolah kumpulan A


Hmmmm.. Lepas ni bolehlah buat perancangan aktiviti semasa bersekolah dan semasa cuti sekolah bersama anak-anak.. 

Setakat ini saya dan isteri belum buat sebarang perancangan lagi.. 

Cuma ada satu perancangan wajib.. iaitu bawa Haikal pergi ke Legoland sebab dapat nombor satu dalam kelas, masa peperiksaan akhir tahun tempoh hari... ;)

Dah janji, kenalah turuti.. Betul tak? 

6 ulasan:

  1. Huhu..seronok aje tengok cuti macam tu..leh rancang apa yang patut nihhh..

    BalasPadam
  2. bagus juga ada takwim gaji ni.. mudah nak tahu bila gaji masuk..

    BalasPadam
  3. tarikh-tarikh penting nie..huhuhu

    BalasPadam
  4. yeah.. terbaik takwim gaji ni

    BalasPadam
  5. satu Malaysia semua tahu dah..ohoho..tak best pun ada..:P

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra