Isnin, 14 Mac 2016

Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Dah lama sebenarnya entri ini tersimpan rapi dalam Draft Blog Coretan Anuar... Seingat saya, program Cerdik Elektronik PSIS-SAMTAJ ini diadakan sehari sebelum kami menganjurkan Line Following Mobile Robot Challenge pada bulan Mac 2015.

Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ

Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ melibatkan rakan-rakan pensyarah dari Jab. Kej. Elektrik Politeknik Sultan Idris Shah, beberapa orang pelajar JKE, guru-guru sekolah SAMTAJ, dan para pelajar tahun 3 Sekolah Agama Menengah Tuanku Ampuan Jamaah (SAMTAJ).


Gambar Kenangan bersama para peserta dan Fasilitator Program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ



Majlis Perasmian Pembukaan Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ

Program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ dimulakan dengan Majlis Perasmian yang disempurkanan oleh PK PENTADBIRAN / KURIKULUM iaitu Pn. Hjh. Siti Salmah Bt. Hj. Ahmad Marzuki mewakili guru besar SAMTAJ.

Gimik Majlis Perasmian Program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ.. Robot membawa sesuatu untuk diberikan kepada Hjh. Siti Salmah

Hjh. Siti Salmah merasmikan Program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ.

Saling bertukar Cenderamata diantara wakil PSIS (Puan Robiah Zakaria ketua Program DEP, JKE, PSIS) dan  pihak SAMTAJ


Taklimat Kepada Para Peserta

Selepas selesai Majlis Perasmian Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ, program diteruskan dengan sesi Taklimat daripada pensyarah PSIS En. Helmi Bin Jamaludin berkaitan dengan litar elektronik dan satu demo yang melibatkan litar power supply, relay dan sensor.

Para peserta tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Helmi.

Para Fasilitator yang terdiri daripada pelajar PSIS

Para Peserta Mula Memasang Komponen elektronik di atas Board

Selepas para peserta mendengar taklimat daripada encik Helmi, para peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan.


Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang fasilitator. Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan, fasilitator bersedia untuk membantu para peserta.

Dalam masa yang sama, Encik Helmi masih lagi memberi penerangan demi penerangan dihadapan untuk membantu pemehaman para peserta.

Encik Helmi memberi penerangan dihadapan sambil para peserta dibantu oleh fasilitator kumpulan masing-masing.

Mas Nasabila (Fasilitator Pelajar) memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam kumpulan beliau

Puan Ruhiyah (Fasilitator Pensyarah) memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam kumpulan beliau

Cik Noraini (Fasilitator Pensyarah) memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam kumpulan beliau

Encik Azizi (Fasilitator Pensyarah) memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam kumpulan beliau

Puan Wan Robiah (Fasilitator Pensyarah) sedang memeriksa susunan komponen dan litar para peserta dalam kumpulan beliau

Firdaus (Fasilitator Pelajar) memberi tunjuk ajar kepada para peserta dalam kumpulan beliau
Fasilitator pelajar yang lain bersama para peserta dari kumpulan masing-masing


Gambar-gambar lain di sepanjang berlangsungnya program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ


Salah seorang Fasilitator yang sering menjadi tumpuan Lensa Kamera..


PRO PSIS Tn. Hj. Mohamed Rizal B. Mohd Tayab bersama pengarah program sedang menyiapkan Teks Ucapan Penutup


Seorang peserta sedang tekun memasang komponen pada board
Sedang Solder kaki Komponen

Guru Kemahiran Hidup Sekolah Agama Menengah Tuanku Ampuan Jamaah (SAMTAJ) sedang memerhatikan para peserta menyiapkan projek masing-masing

Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta

Contoh Hasil Projek yang telah disiapkan oleh salah seorang peserta.. TAHNIAH!!

Keceriaan jelas terpancar di wajah peserta setelah projek yang mereka siapkan berjaya dihidupkan

Terima kasih di atas jamuan istimewa yang disediakan kepada kami - Punten

Majlis Perasmian Penutup Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ

Alhamdulillah... dengan izin Allah S.W.T Program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.

Cik Azlina selaku MC Majlis Perasmian Penutup Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ


Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.. Tahniah kepada Pengarah program, semua fasilitator, guru-guru sekolah SAMTAJ dan tahniah juga kepada semua peserta program ini..

Majlis Perasmian Penutup Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ

Peserta Terbaik dalam Program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ

Gambar Kenangan Program Cerdik Elektronik PSIS - SAMTAJ

Kalau ada Sumur Di landang,
Boleh kita menumpang Mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra