Khamis, 31 Disember 2015

Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016... Syukur Alhamdulillah...

with 11 comments
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Ahmad Faiz atau lebih juga dikenali sebagai Faiz Alias merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan blog dan dunia keusahawanan Internet (IM).

Beliau merupakan pemilik laman web BuatDuitBlog.com yang berkisarkan tentang kejayaan seorang anak muda, yang berjaya  menjana pendapatan melalui blog.

Laman web tersebut ternyata dapat dijadikan rujukan atau sumber inspirasi kepada blogger-blogger lain yang berminat untuk menjana pendapatan melalui blog samada secara full time atau secara sambilan seperti saya.. 

Sekiranya anda belum pernah mengunjungi laman web beliau, saya syorkan anda kunjunginya sekarang juga.. Supaya rezeki anda melalui blog pada tahun 2016 nanti lebih masyuk berbanding tahun-tahun sebelumnya... 

KLIK DI SINI => BuatDuitBlog.com




Rezeki Menang Wang Tunai pada Malam Tahun Baru 2016...

Untuk makluman anda.. Di blog Peribadi beliau AhmadFaiz.com ada menganjurkan Contest "Komen Dan Menang"..

Hadiah wang tunai disediakan untuk seorang pemenang yang banyak memberikan komen di blog ahmadfaiz.com.

Syukur Alhamdulillah...

Setakat ini saya dah berjaya memenangi hadiah wang tunai tersebut 2 bulan berturut-turut.. Iaitu pada bulan November 2015 dan Disember 2015.



Dan hadiah wang tunai yang berjaya saya menangi adalah seperti berikut:

Wang Tunai RM25 yang berjaya saya menangi pada bulan ini..

Syukur Alhamdulillah... Wang yang berjaya saya menangi telah pun saya terima sebentar tadi.... Kebetulan pula pada malam tahun baru 2016... Memang pantas!


Dan hadiah wang tunai yang berjaya saya menangi adalah seperti berikut:
Wang Tunai RM50 yang berjaya saya menangi pada bulan lepas..

Walaupun wang tunai yang saya menangi mungkin tidaklah sebanyak mana... Tapi, sedikit sebanyak ia telah dapat memotivasikan saya untuk terus aktif menulis komen di blog beliau...

Berminat nak menang Wang Tunai seperti saya? 

Bolehlah join contest ini pada bulan depan dan bulan-bulan berikutnya... Saya difahamkan contest ini akan diadakan pada setiap bulan!

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Terma dan Syarat Contest ini..



"Sekarang ni tengah seronok nak blogwalking dan menulis komen di blog rakan-rakan dengan bantuan talian internet berkelajuan tinggi.... Kelajuan data internet ONEXOX sangat membantu memudahkan kerja saya.... Masa yang saya perlukan untuk aktiviti blogwalking dan menulis komen dapat dikurangkan berbanding sebelum ini. Terima kasih ONEXOX!.. ;)"


11 ulasan:

  1. Tahniah.. aku selalu nampak ko komen kat blog orang lain.. ehehe

    BalasPadam
  2. terbaiklah dapat rezeki pertama 2016 

    BalasPadam
  3. Memang ini satu cara menarik trafik ke blog. Kena pertimbangkan untuk buat di blog sendiri...

    BalasPadam
  4. Blog yang meraih pendapatan boleh melakukan contest berbantuk hadiah wang tunai ni. Kalau tidak kena guna duit poket dari sumber lainlah...

    BalasPadam
  5. tahniah...rezeki kan.. semoga terus berjaya..

    BalasPadam
  6. tak berapa rajin nak komen banyak-banyak.

    komen biasa aje.

    sibuk sikit sekarang.

    BalasPadam
  7. rajin bro komen ye..

    Alhamdulillah rezeki tu..

    BalasPadam
  8. tahniah! thanks jgk sudi berkunjung komen di blog ciktom..
    semoga rezeki dimurahkn lg utk thn 2016 ni..amin..

    BalasPadam
  9. Tahniah Tuan Anuar kerana berjaya dslam segmen komen terbanyak. Saya tak tahubpula ada contest komen terbanyak.

    Jom kunjungi entri saya:
    Pengalaman Bersama ONEXOX

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra