Ahad, 27 Disember 2015

Alhamdulillah... Jimat Bayar Bil Telefon untuk bulan Depan!

with 14 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Saya dan isteri merupakan antara pengguna line DiGi (Postpaid). Kami mula menggunakan perkhidmatan ini pada tahun 2006 sehinggalah sekarang. Tak sangka, dah dekat 10 tahun rupanya kami bersama DiGi..

Nombor telefon Isteri saya merupakan pengguna main line, manakala nombor telefon saya merupakan pengguna Subline dengan kontrak bayaran RM28 sebulan. Setiap bulan samada guna atau tak guna, saya wajib kena bayar RM28 sebulan. Dan biasanya setiap bulan saya kena bayar antara RM40 hingga RM90 sebulan (Paling maksimum)..

Kira oklah kan? Takdelah mahal sangal bil penggunaan Handphone saya setiap bulan...


TAPI, bagi saya itupun dah kira mahal... Sebab saya sentiasa berusaha untuk menjimatkan penggunaan Bil telefon saya setiap bulan...  

Bermacam-macam usaha telah saya lakukan.... Sehinggalah akhirnya saya berjaya melakukannya.... Dah 3 bulan, saya berjaya mengurangkan penggunaan bil telefon saya di bawah RM50 sebulan...

Walaupun bil penggunaan Handphone saya dah berkurang, tapi saya maintain juga bayar RM50 sebulan... Hasilnya bil terkumpul yang perlu saya bayar pada bulan Disember ialah -RM107.31.

Bil terkumpul yang perlu saya bayar pada bulan Disember ialah -RM107.31.


Atau dengan erti kata lain, saya dah terlebih bayar sebanyak RM107.31 kepada DIGI.. Untuk mengelakkan lebih banyak saya terlebih bayar kepada DiGi, pada bulan ni dan beberapa bulan berikutnya saya tak nak membayar satu sen pun bil telefon saya... Sehinggalah keadaan kembali seperti sedia kala.


Macamana saya dapat menjimatkan bil telefon saya dengan cukup Drastik?

Line DiGi yang saya guna sekarang ni, kadar SMS dan kadar panggilan memang murah. Tapi saya dah lupa berapa ratenya.. TAPI penggunaan data internet memang mahal. Saya pernah bayar Bil DiGi sampai RM90 sebulan, disebabkan penggunaan data internet yang maksimum pada masa tu.

Untuk mengatasi masalah tersebut, saya cuba menggunakan alternatif lain untuk menggunakan internet. Saya pernah cuba menggunakan beberapa prepaid sebelum ini, tetapi masih perlu spend duit yang agak mahal...

Sehinggalah saya berjumpa dengan ONEXOX... Simkad yang Murah dan menjimatkan!

ONEXOX... Simkad yang Murah dan menjimatkan


Serius! Memang puas hati pakai Simkad ni.. Terutamanya siapa yang nak pakai Simkad semata-mata menggunakan data internet... Memang saya rekemenkan anda pakai SIMKAD ini..

Antara keistimewaan Simkad ONEXOX ialah anda boleh melanjutkan tempoh sah SIMKAD (Tempoh Expired) sehingga 28 bulan.. Tetapi dengan syarat, anda perlu TOPUP sebanyak RM50 sekaligus pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari selepas pengaktifan Simkad..

Tempoh Expired simkad sehingga 28 bulan apabila pengguna TOPUP sebanyak RM50 sekaligus pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari selepas pengaktifan Simkad..


Sebelum tu saya nak tanya anda menggunakan Simkad apa?

Tak kisahlah anda menggunakan Simkad apa pun... Tapi yang pasti.. kebanyakan Simkad mempunyai tempoh expired selama sebulan selepas anda melakukan sebarang tambah nilai (TOPUP) betul tak?

Sekiranya anda terlewat TOPUP atau Bayar Bil walau satu hari, Simkad anda sudah tidak boleh digunakan lagi. 

Tetapi... Sebagai pengguna ONEXOX, tempoh Expired SIMKAD saya bukan sebulan.... Sebaliknya dilanjutkan kepada 28 bulan... Kalau tak percaya, jom tengok tarikh Expired Simkad saya..

Tempoh Expired Simkad saya ialah pada 18/8/2018 (Dilanjutkan 28 bulan)

Jadi, lepas ni kalau saya tak TOPUP selama 2 tahun sekalipun, SIMKAD saya masih boleh digunakan lagi... Saya masih boleh menerima SMS atau panggilan telefon walaupun tiada kredit dalam Simkad saya selama lebih 2 tahun... 

Jadi, dalam tempoh tersebut, kalau anda teringin nak dapatkan TOUP percuma ada caranya...


Perkenalkan Progam User Get User untuk mendapat Insentif 6% ke atas Nilai TOPUP user baru yang anda perkenalkan. 

Anda boleh perkenalkan kepada kawan anda untuk menjadi pengguna ONEXOX sama seperti anda! Setiap kali kawan anda TOPUP, anda akan mendapat komisyen 6%.

Ajak kawan anda jadi USER ONEXOX dan anda akan mendapat insentif 6% daripada setiap nilai TOPUP yang kawan anda lakukan.

Katakan setiap bulan kawan anda TOPUP RM50 pada setiap bulan. Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM3 (6%) daripada nilai tersebut.

Itu baru seorang kawan... Kalau anda dapat perkenalkan 10 user baru sebulan, dan masing-masing TOPUP RM50 sebulan. Anda boleh dapat komisyen RM30 sebulan.. 

Oklah tu kan? Siapa nak bagi TOPUP Percuma RM30 sebulan?

Inilah yang sedang saya usahakan sekarang ni...

Tengok Gambar Di Bawah!

Komisyen ONEXOX pada bulan ini RM29.85... Syukur Alhamdulillah!

Pada bulan lepas saya dapat komisyen RM9.00 sahaja... Pada bulan ni dah meningkat jadi RM29.85... Syukur Alhamdulillah... 

Pada bulan ni saya TOPUP RM30.00 dan dapat komisyen RM29.85. Duit komisyen ini boleh saya gunakan untuk membeli TOPUP pada bulan Depan... Jadi, bulan depan saya tak perlu keluarkan duit TOPUP... Syukur Alhamdulillah...


Bagaimana saya gunakan TOPUP RM30.00 Sebulan bersama ONEXOX?

Saya gunakan RM30 tersebut untuk membeli data internet 1.5G pada harga RM28.00 sebulan.

Data Internet Berkelajuan Tinggi pada harga Yang cukup Berbaloi!

Data ni saya gunakan untuk whatss App, Update Status Facebook, blogwalking dan tinggalkan komen dekat blog rakan-rakan..

Setakat ni memang puas hati dengan kelajuan data internet yang disediakan oleh perkidmatan ONEXOX..

Puas hati dengan kelajuan data internet yang disediakan oleh perkidmatan ONEXOX

Sebelum ni kalau nak buat Blogwalking atau nak tinggalkan komen dekat blog rakan-rakan rasa malas... Sebab internet slow... Kemudian lambat loading... Tulis satu komen mengambil masa sampai lebih satu minit baru nak loading... Memang menghampakan dan membazirkan masa saya untuk menunggu... huhuhu...

Tapi, dengan kelajuan data ONEXOX..... 

Boleh lihat salah satu hasilnya.... seperti dalam gambar di bawah...

Antara Testimoni Kelajuan Data ONEXOX... Berjaya jadi Top Komen di blog Denaihati.com

Alhamdulillah... Data Internet berkelajuan tinggi sangat membantu saya untuk menjadi Top Komen di blog Denaihati.com... Macam tak percaya, apabila saya dah berjaya menulis lebih 600 komen untuk mendahului persaing terdekat yang pernah menang hadiah top komen blog Denaihati sebanyak 3 kali berturut-turut sebelum ini...


Kesimpulannya..

Bulan ni memang rezeki saya... dapat Jimat Bayar Bil Telefon untuk kedua-duanya iaitu Line Digi dan Prepaid ONEXOX.
  1. Line DiGi saya dapat jimat apabila bil terkumpul saya menunjukkan angka -RM107.31
  2. Prepaid ONEXOX pula saya dapat jimat sebab bulan depan saya dapat TOPUP Percuma sebanyak RM29.85 (Setakat ini)

Jadi, untuk bulan depan saya tak perlu keluarkan duit ke atas penggunaan bil/topup telefon saya... Syukur Alhamdulillah...


Berminat nak tahu lebih lanjut tentang ONEXOX? Boleh klik link-link yang saya kongsikan di bawah:
  1. Laman Utama ONEXOXStore
  2. Link Daftar Jadi Pengedar ONEXOX
  3. Link daftar Affiliate ONEXOX
  4. Link Pembelian Simkad ONEXOX
  5. Link Pembelian Simkad SP ONEXOX (untuk pendaftaran nombor baru)
  6. Link Pembelian Simkad MNP ONEXOX (untuk kekal nombor telefon anda sedia ada)


Nota : 

1. Simkad SP ONEXOX adalah untuk pendaftaran nombor baru.
  • Kredit tersedia RM5.00 (Akaun MA).
  • PERCUMA 1800 SMS untuk setahun.
  • Kadar panggilan dan SMS istimewa untuk 10 kenalan anda bagi semua rangkaian.
  • Berpeluang menerima tempoh sah kredit sehingga 2 tahun 4 bulan (*).
  • Layak menerima insentif 6% bagi program User-Get-User (UGU).

2. Simkad MNP ONEXOX adalah untuk kekal nombor telefon anda sedia ada.
  • Kredit tersedia RM5.00 (Akaun MA).
  • PERCUMA 1800 SMS untuk setahun.
  • Kadar panggilan dan SMS istimewa untuk 10 kenalan anda bagi semua rangkaian.
  • PERCUMA tempoh sah kredit sehingga 2 tahun 4 bulan tanpa sebarang syarat.
  • Layak menerima insentif 6% bagi program User-Get-User (UGU).


14 ulasan:

  1. tahniah. 

    boleh jimat sikit. teruskan usaha. 

    hoho 

    BalasPadam
  2. memang nak cuba untuk isteri bulan depan.. 
    kalau ok mungkin boleh berubah . 

    BalasPadam
  3. nemang radelab onexox ni
    den baru belikan utk mak abah den
    tgk mcm mana nanti apa beza dgn prepaid lama dan baru. memang banyak bezanya.. dan untung kaut 6% dr beli topup tu memang bagus. dapat pakai dapat duit.. hahhaha

    BalasPadam
  4. saya pun pengguna digi, tapi still ada kontrak lagi

    BalasPadam
  5. terbaik la cara bro..mmng best la 2 bulan gune free walau dah byr awal2..

    BalasPadam
  6. aku pakai Digi..nak tunggu abis kontrak..haha..dah dua tahun dah duk renew jek

    BalasPadam
  7. maaf, saya tak paham. saya sekarang pakai line, kalau nak pakai ni, saya kena tukar kepada topup ek? line saya sekarang xde internet

    BalasPadam
    Balasan
    1. tolong jawab. rasanya tukar service telco sahaja. kalau sebelum ni pakai celcom, dah tukar tu maknanya pakai onexox.

      Padam
  8. Saya pun antara pengguna DIgi dan sampai sekarang masih dengan DiGi. :D

    BalasPadam
  9. untung dpt jimat byr bil telefon..
    kn byk bjimat thn 2016 ni..
    pergh byknye komen smpi 500lebih..
    dahsyat dan kagum !

    BalasPadam
  10. Patutlah banyak komen di Denaihati rupanya guna data Onexox ya.Tahniah

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra