Sabtu, 2 Januari 2016

Reaksi wajah Adam pada hari pertama persekolahan masuk tahun 1

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sesi persekolahan untuk tahun 2016 sudah hampir bermula..

Pada 31 Disember 2015, secara rasminya anak kedua saya Adam dah masuk tahun 1. Pagi tu ada pendaftaran dan juga ujian untuk menentukan kelas tahun 1.

Anak sulung saya Haikal tak turut sama pergi ke sekolah pada pagi tu.. Jadi, saya bawa Adam sorang-sorang jer pergi ke sekolah...

Bila tengok Abang dia tak pergi ke sekolah, Adam nampak agak murung pagi tu... 

Wajah Adam pada waktu pagi sebelum mendaftar masuk tahun satu..


Bila dah bersiap nak pergi ke sekolah pun... Wajah Adam tetap sugul... Nampak moodi jer... 

Wajah Adam sebelum naik kereta..

TAPI...

Apabila sampai jer ke sekolah.... Perangai Adam mula menunjukkan perubahan... 
Daripada moodi, bertukar kepada ceria..

Dia rasa seronok bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan...

Reaksi wajah Adam bila mula berjumpa dengan kawan-kawan..

Dia rasa seronok sebab apa... Sebab nak tunjuk beg dia yang besar tu pada kawan-kawan... 

Nampak besar lagi beg daripada tuannya... Huhuhu

Adam bersama beg besarnya... 

Syukur Alhamdulillah... 

Gembira tengok reaksi Adam pada pagi tu..

Cuma, saya berasa agak risau dengan Adam... semasa dia menduduki ujian penentuan kelas tahun satu...

Rakan-rakan lain dah selesai menjawab soalan, tapi dia tak siap-siap lagi...
Malah, bila masa menjawab dah tamat... Masih ada satu muka surat yang Adam tak habis jawab...

Adam antara pelajar yang lambat selesai menjawab soalan ujian penentuan kelas tahun satu..

Tak apalah Adam... Nak buat macamana...
Masa cuti sekolah asyik nak main je... Sekarang kan dah tak boleh nak jawab soalan dalam masa yang ditetapkan....

Apabila balik dari sekolah... Adam bagi tau, dia seronok sangat dapat pergi ke sekolah hari ni... Saya nak tolong angkatkan beg dia pun dia tak bagi... Dia kata, "biar Adam buat sendiri"...

Isteri saya pun cukup gembira melihat reaksi Adam... 

Syukur Alhamdulillah... Doakan semoga Adam rajin belajar bila tiba musim persekolahan nanti...  



9 ulasan:

  1. Macam mana la bila turn anak gua masuk sekolah nnt.

    BalasPadam
  2. esok memang hari yang membahagiakan.

    hehe..

    BalasPadam
  3. Wahh...bersemangat Adam..! Selamat menempuh alam persekolahan ye Adam. Moga dipermudahkan semuanya.. :)

    BalasPadam
  4. haha..suka tgk anak2 masuk skolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelbagai ragam kan boleh tengok, ada yang tarik baju mak ayah sebab tak nak masuk kelas

      Padam
  5. seronok tgk muka adam happy jumpa kawan2...
    pasni makin semangat hari2 nak ke sekolah..
    semoga adam belajar rajin2 dan jadi anak yg soleh dan pandai..amin

    BalasPadam
  6. Kalau dah biasa ke sekolah@taska memang senang sikit nak ke sekolah kan

    BalasPadam
  7. Biasalah tu muka nampak hepi dan ceria bila berjumpa dengan kawan2 baru dan boleh ajak bermain bersama2 dgn kawan baru (respon baik). Masa mula2 datang sekolah tu muka nmpak moody pasal Adam tak dapat expect ape yg akan berlaku nanti.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra