Jumaat, 25 Disember 2015

Aktiviti dan Kejutan Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Adam yang ke 6

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah... Sekarang ni tengah tunggu hari sahaja lagi untuk menyambut kelahiran anak kami yang ke 4..

Sebelum isteri saya bersalin, dia ingin meluangkan banyak masa bersama anak-anak... Maklumlah.. lepas ni bila dah lahir anak kami yang ke 4, isteri akan berpantang dan perlu memberi sepenuh perhatian kepada baby baru.. Jadi, sebelum kasih sayang terhadap anak-anak berbahagi 4, eloklah dia luangkan lebih banyak masa kepada 3 orang yang ada sekarang ni....  

Kebetulan pula, pada 23 Disember merupakan hari ulang tahun kelahiran anak kami yang kedua, iaitu Adam..

Isteri saya kata.. "Jarang kita sambut hari Lahir Adam sama seperti kita sambut Hari Lahir Haikal dan Naila" 

Ya.. Memang saya akui akan kebenaran kata-kata isteri saya...

Haikal dan Naila mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu pada 5 Oktober (2007 dan 2013)... Kebetulan tarikh lahir mereka sama dengan tarikh lahir ayah mertua saya iaitu 5 Oktober 1958.. 

Jadi, setiap tahun kami akan sembut hari lahir mereka bertiga secara serentak di rumah ayah mertua kami... Memang meriahlah sambutan hari lahir mereka, sebab seisi keluarga akan berkumpul meraikannya...

Tapi, anak kami Adam... Dia sambut hari lahir sorang-sorang... Biasanya tak semeriah mana... Tapi kali ni kami cuba berusaha untuk meraikan hari lahir beliau dengan memberikan sedikit kejutan sebagaimana yang beliau harapkan...

Kecik-kecik pun dah pandai nak minta kejutan tahu... hehehe... Adam.... Adam...

Sehari sebelum hari lahir Adam, kami bawa mereka pergi berjalan-jalan... Luangkan masa sehari suntuk bersama mereka... Tak jauh pun dari rumah kami.... Waktu ni memang tak dapat nak pergi jauh-jauh, sebab isteri dah tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama..

Pergi ke kawasan Manjung dan Lumut sahaja... hehehe

Pergi Aeon Manjung... Makan Chicken Rice Shop, Shopping sikit-sikit, bagi mereka main sikit-sikit, tengok wayang dan beli hadiah Birthday Adam.. 

Makan-makan, tengok wayang cerita Star Wars dan mandi-mana di Teluk Batik Perak..

"One day spend time ngan anak2...kitorg bjalan dekat je tp rs hepi sgt. wpon mak buyong ni da menyeret kasut da bjalannye,tp tgk muke gembira diorg,terubat segala sakit...Terima kasih Allah...."

Ok... Cukup untuk cerita hari sebelumnya... Tak nak cerita panjang-panjang...

Pada malam Hari kelahiran Adam.... Kami tempah Orio Chesse Cake... Kek kesukaan Adam...

Tempah kek melalui telefon... Kemudian Saya ambil kek tersebut pada sebelah malam, untuk mengelakkan anak-anak tahu rancangan kami..

Orio Cheese Kek Kegemaran Adam..

Tepat jam 12.00 malam, kami suruh anak-anak kami tidur... Tutup lampu semua...

Lepas tu saya dan isteri pergi ke dapur, sediakan mana yang patut....

Kemudian....

Kami masuk ke bilik bersama kek dan air minuman... 

Jeng... Jeng... Jeng...



Reaksi Haikal, Adam dan Naila sempena kejutan hari lahir Adam yang ke 6 tahun... 


"Sambutan hari lahir Adam yang simple.......Semalam Adam request, minta kami (saya dan isteri, Norsuzana Zakaria) buat surprise sempena hari ulang tahun kelahiran yg ke 6 .....Kami cuba juga buat surprise mana yg termampu... tapi terkantoi.... hehehe...Semoga Adam jadi Anak yang Soleh.... panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..."



Syukur Alhamdulillah... Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang... Yang penting anak-anak happy... Isteri pun Happy... Syukur Alhamdulillah...

P/S : Nampaknya Naila yang terlebih Excited daripada Adam... hehehe ;)



1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra