Khamis, 24 Disember 2015

Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada  3 dan 4 Oktober 2015 pasukan catur PSIS telah menyertai Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED) yang diadakan di Politeknik Muadzam Shah, Pahang..


KEJOHANAN CATUR TERBUKA ANTARABANGSA POLITEKNIK MALAYSIA 2015 (FIDE RAPID RATED)


Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED) telah berjaya diadakan di Perpustakaan, Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Kejohanan ini telah disertai oleh 61 peserta untuk kategori Open, 67 peserta untuk kategori Politeknik,  71 peserta untuk kategori Under 18 dan 70 peserta untuk kategori Under 12. 

Kejohanan ini juga turut diserikan dengan kehadiran 11 pemain profesional dari Philiphina yang bermain dalam kategori open. Penyertaan mereka secara tidak langsung telah melayakkan kejohanan ini diiktiraf sebagai Fide Rapid Rated, yang membolehkan para peserta kategori Open mendapat Fide Rating setelah selesai menyertai kejohanan ini. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada pencapaian setiap peserta. 

Bagi kategori Politeknik pula, sebanyak 8 buah politeknik yang menyertai kategori berkumpulan lelaki manakala hanya 3 buah politeknik sahaja yang menyertai kategori berkumpulan wanita. 

Walaupun hadiah yang ditawarkan melibatkan 2 kategori yang berbeza, tetapi pemain lelaki dan pemain wanita bertanding dalam satu kategori sahaja disebabkan bilangan peserta wanita yang menyertai kejohanan ini terlalu sedikit bilangannya. Pemenang ditentukan berdasarkan mata tertinggi yang berjaya dikumpul oleh setiap peserta mengikut kategori pemain.

Ringkasan keseluruhan perjalanan kejohanan ada dinyatakan dalam jadual 1 di bawah:

TARIKH/
TEMPAT
MASA
BUTIRAN AKTIVITI

3 Okt
2015 /
Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah

7.30-9.30 pagi
Pendaftaran
10.00-11.30 pagi
Pusingan Pertama
12.00-1.30 petang
Pusingan Kedua
1.30 – 2.30 petang
Berehat
2.30 – 4.00 ptg
Pusingan Ketiga
4.20 -5.50 ptg
Pusingan Keempat
4 Okt
2015 /
Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah

9.00 pagi – 10.30 pagi
Pusingan Kelima
11.00 ptg – 12.30 ptg
Pusingan Keenam
12.30 ptg – 2.00 ptg
Berehat
2.15-4.45 petang
Pusingan Ketujuh
5.00 ptg – 6.30 ptg
Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah






















Jadual 1: Jadual Perlaksanaan Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)

Promosi kejohanan Catur kali ni lebih menarik berbanding edisi Pertama pada tahun lepas... Tahniah!! ada sedikit Improvement, apabila pihak penganjur mengadakan Promosi melalui Television dan Radio.. Masuk TV tu dalam Channel Astro Arena... TERBAIK!!

Rakan Saya, Faiz (Orang Kuat Chess KPT dan PMS) sedang ditemuramah dalam Astro Arena... Rasanya video promosi ini ada diupload dekat Youtube... Tapi tak sempat saya nak cari.. hehehe

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Muadzam Shah (Duduk pertama dari kiri) selaku orang kuat dalam penganjuran kejohanan ini...

Berdiri di sebelah kanan ini pula Encik Huzairi Husin, orang kuat Chess dan bakal mengantikan Faiz untuk menggerakkan kejohanan catur di peringkat KPT dan PMS

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN CATUR TERBUKA ANTARABANGSA POLITEKNIK MALAYSIA 2015 (FIDE RAPID RATED)  


1. KATEGORI TERBUKA

a. Senarai pemenang tempat pertama hingga ke 30 

Rk.
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
1
Manaog Stewart
PHI
2117
7.5
56
2
Pascua Haridas
PHI
2411
7
55
3
Azman Hisham Nur Najiha
MAS
1932
7
50
4
Bagamasbad Efren
PHI
2197
6.5
53
5
Udani Ian
PHI
2325
6.5
51
6
Mas Hafizulhelmi
MAS
2337
6.5
51
7
Azman Hisham Mohd Nabil
MAS
2024
6
51
8
Zulkifli Muhd Syazwan
MAS
2031
6
49
9
Lorena Carlo
PHI
2125
6
49
10
Cheah Kah Hoe
MAS
1493
6
43
11
Erowan Masrin
MAS
2008
5.5
50
12
Alidani Leonardo
PHI
1985
5.5
50
13
Abdul Khalid Musa
MAS
1775
5.5
49
14
Yusof Kamaluddin
MAS
2012
5.5
46
15
Ramli Abdul Rahim
MAS
1939
5.5
45
16
Lim Sin Leong
MAS
1463
5.5
43
17
Mohd Nor Nor Azmi
MAS
1719
5.5
40
18
Abd Majid Muhd Uthman Fikri
MAS
1587
5
45
19
Yusoff Fairul
MAS
1869
5
44
20
Che Doi Azman Hisham
MAS
1728
5
42
21
Mat Noor Zainal Abidin
MAS
1477
5
39
22
Aminullah Asman
MAS
1514
5
37
23
Mohd Adib Ali
MAS
1723
5
36
24
Lim Kian Hwa
MAS
1809
4.5
46
25
Pascua Gilbert
PHI
1523
4.5
43
26
Ramani Prashant Raj
MAS
1512
4.5
40
27
Ruslan Haslindah
MAS
1602
4.5
40
28
Wahiduddin Nurul Huda
MAS
1897
4.5
40
29
Loo Kian Sing
MAS
1458
4.5
39
30
Zulkarnain Safri
MAS
1447
4.5
37
Jadual 2 : Kedudukan Pemain mengikut Ranking Tempat Pertama hingga ke 30 untuk kategori Terbuka

b. Senarai pemenang terbaik IPTA/IPTS

Rk.
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
1
Ramani Prashant Raj
MAS
1512
4.5
40
2
Loo Kian Sing
MAS
1458
4.5
39
3
Dzul Hakam Mustafa
MAS
1417
4.5
35
Jadual 3 : Senarai pemenang pemain terbaik IPTA/IPTS dalam kategori terbuka


c. Senarai pemenang terbaik Staf Politeknik

Rk.
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
1
Mohd At-Tarmizi Abu Hassan
MAS
1424
4
37
2
Mohd Faiz Razali
MAS
1499
4
33
3
Amizan Yahya Jamil
MAS
1429
3.5
38
4
MOHD NAZRUL EFFENDY BIN MOHD IDRUS 
MAS
0
3
37
5
Mohd Zarilfaizi Bin Mahyun 
MAS
0
2
27
Jadual 4 : Senarai pemenang pemain terbaik staf Politeknik dalam kategori terbuka

d. Senarai pemenang terbaik Veteran

Rk.
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
1
Abdul Rahim Ramli
MAS
1939
5.5
45
Jadual 5 : Senarai pemenang pemain terbaik Veteran dalam kategori terbuka

e. Senarai pemenang terbaik Wanita

Rk.
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
1
Haslindah RuslanMAS16024.5  
Jadual 6 : Pemenang pemain terbaik Wanita dalam kategori terbuka


2. KATEGORI POLITEKNIK


a. Senarai pemenang tempat pertama hingga ke 5 bagi kategori Individu Lelaki 

Rk.
Name
TEAM
Rtg
Pts.
TB1
1
Muhd Afiqal Mohd Shamsir
PMK
1343
6.5
34
2
Chuah Jing Ing
POLIMAS
1315
6.5
32
3
Muhd Derman Roslie
PMS
1293
5.5
33
4
Mohammad Syahril Azri Bin Ali 
PSA
0
5.5
30
5
WAN SYAFIQ SYAHIR BIN WAN ZAINAL 
POLISAS
0
5.5
28
Jadual 7 : Senarai pemenang tempat Pertama hingga ke 5 bagi kategori individu lelaki

b. Senarai pemenang tempat pertama hingga ke 5 bagi kategori Individu Wanita

Rk.
Name
TEAM
Rtg
Pts.
TB1
1
Farah Amirah Farizal-G
PSA
1171
5
26
2
RADHIYAH BINTI HAMAT 
PMS
0
4.5
28
3
NOR HAFIZAH BT MOHD BASRI 
PPJ
0
4
26
4
NIK NOR AISYAH LIYANA BINTI ROSL 
PSA
0
4
25
5
Neverita Nazarius-G
PSIS
1186
3.5
29
6
NOR HASANAH BINTI HASSAN 
PSIS
0
3.5
23
Jadual 8 : Senarai pemenang tempat Pertama hingga ke 5 bagi kategori individu Wanita

c. Senarai pemenang tempat pertama hingga ke 3 bagi kategori Berpasukan Lelaki 

1
Politeknik Sultan Salahuddian Abdul Aziz Shah  (PSA)
20.5 Mata
2
Politeknik Muadzam Shah Pahang (PMS)
20.0 Mata
3
Politeknik Kota Melaka   (PMK)
18.5 Mata



Jadual 9 : Senarai pemenang tempat Pertama hingga ke 3 bagi kategori berpasukan lelaki





d. Senarai pemenang bagi kategori Berpasukan Wanita

1
Politeknik Muadzam Shah Pahang (PMS)
14.5 Mata
2
Politeknik Sultan Salahuddian Abdul Aziz Shah  (PSA)
13.5 Mata
3
Politeknik Sultan Idris Shah   (PSIS)
11.0 Mata
Jadual 10 : Senarai pemenang bagi kategori Berpasukan Wanita



3. KATEGORI PELAJAR SEKOLAH

a. Senarai pemenang tempat pertama hingga ke 10 bagi kategori Under 18

Rk.
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
1
Meor Adib Rusyaidi Ayib Rosdi
MAS
1512
6.5
34
2
Meor Airil Rahimi Ayib Rosdi
MAS
1615
6.5
29
3
Ahmad Ahlami Muzakkir Azman
MAS
1360
6
33
4
Muhd Khairul Naim Che Fauzi
MAS
1213
5.5
33
5
Muhd Farihin Mohd Fuaad
MAS
1217
5.5
27
6
MOHD SYAHID ZULKIFLY 
MAS
0
5
34
7
Muhd Najwan Azman Hisham
MAS
1408
5
30
8
Ummu Hani Safri-G
MAS
1243
5
29
9
AMAL HAWARIS BIN MOHAMAD TELIDI 
MAS
0
5
27
10
Ahmad Haikal Khairunnizam
MAS
1175
5
26
Jadual 11 : Senarai pemenang tempat Pertama hingga ke 10bagi kategori Under 18

b. Senarai pemenang tempat pertama hingga ke 10 bagi kategori under 12

Rk.
Name
FED
Rtg
Pts.
TB1
1
Muhd Haziq Rhozisham
MAS
1395
6.5
34
2
Nur Farah Hasanah Sophian-G
MAS
1252
6
30
3
Yusnizal Yusri
MAS
1251
6
28
4
Muhd Izwan Adnan
MAS
1253
5.5
30
5
Ummu Habibah Safri-G
MAS
1235
5.5
28
6
Muhd Nur Daie Masli
MAS
1423
5
36
7
Muhd Aliff Nor Amli
MAS
1339
5
31
8
Mahaasri Santhran-G
MAS
1264
5
31
9
Nurul Najwa Hidayah Bahri-G
MAS
1105
5
29
10
LIN LIN A/P LOW YOKE THONG 
MAS
0
5
28
Jadual 12 : Senarai pemenang tempat Pertama hingga ke 10 bagi kategori Under 12

Berikut pula merupakan gambar-gambar sekitar Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED).. maaf yer, kebanyakan gambar merupakan gambar-gambar pasukan Catur PSIS.. Sebab saya tak ada ambil gambar-gambar orang lain.. Hanya ini sahaja gambar-gambar koleksi yang saya ada..

Ariffin selaku ayam tambatan PSIS hanya berjaya berada di tempat ke 7 dalam Kategori Lelaki Individu Politeknik...

Hanif Ikhwan sedang bersaing dengan seorang peserta lelaki dalam kategori Politeknik

Ariffin sedang bersaing dengan seorang peserta Wanita dalam kategori Politeknik

Ariffin sedang bersaing dengan seorang peserta lelaki dalam kategori Politeknik

Rakan sekerja saya Encik Tarmizi sedang bersaing dengan seorang peserta dalam kategori Open

Hasanah dan Neverita... Terpaksa berlawan sesama rakan sepasukan dalam kategori Politeknik... Rasanya tak sepatutnya berlaku macam ni... 

Encik Mohd Zarilfaizi menang tempat ke 5 kategori Staf Politeknik..

Neverita menang tempat ke 5 kategori Individu Wanita Politeknik..

Encik Mohd Faiz, selaku Abang Long Kawasan... menang tempat ke 2 kategori Staf Politeknik..

Gambar kenangan Pasukan Catur PSIS di Kejohanan Catur Terbuka Antarabangsa Politeknik Malaysia 2015 (FIDE RAPID RATED)

Encik Tarmizi menang hadiah paling besar sekali dalam Rombongan PSIS ke Muadzam pada kali ini... Menang wang tunai RM300 selaku Johan kategori Staf Politeknik..

Secara keseluruhannya, kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Catur yang hebat ini... Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang kerana telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi hadiah-hadiah yang dipertandingan..

Kepada yang tidak berjaya, jangan berkecil hati.. Mungkin bukan rezeki anda pada kali ini.. Anda boleh cuba lagi dalam mana-mana kejohanan catur yang diadakan di seluruh Malaysia.. gunakan pengalaman yang berjaya ditimba dalam kejohanan ini, untuk memperbaiki kualiti pemainan... 

Diharap kejohanan seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan untuk mempertingkatkan kualiti permainan catur dalam sistem Politeknik di Malaysia.. ;)

3 ulasan:

  1. Syok pula tengok adik-adik ni main catur. Saya dah lebih 20 tahun kut tak pegang buah catur. Karat habis skill

    BalasPadam
  2. Terima qaseh tuan atas laporan kejohanan. Memang terbaek!! ^.^

    BalasPadam
  3. tak berapa pandai main catur ni

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra