Selasa, 24 November 2015

Emas Jatuh Ke Paras Harga Paling Rendah Dalam Tempoh 5 Tahun...

with 14 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak kongsikan satu berita gembira... Pasti ramai orang suka dengar berita ni.. ;)

Untuk pengetahuan semua... Hari ni betul-betul harga emas Jatuh ke paras paling rendah dalam tempoh 5 tahun..

Sumber : Klik Di Sini


Bila difikirkan balik... Macam tak percaya, harga emas boleh jatuh serendah ini.. 

Kini saya mengakui kebenaran kata-kata tokey emas berbangsa Cina, yang pernah saya ceritakan dalam beberapa entri pelaburan emas sebelum ini... Termasuk entri bertajuk Pelabur emas jangan tersilap langkah - Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia)


Sumber : Klik Di Sini

Hari ni harga emas dunia jatuh ke paras USD 1067.75 per Ounce.. 

Walaupun harga emas dunia dah jatuh teruk, Tapi kita tak dapat nak merasai perbezaan tersebut dengan baik, disebabkan duit Ringgit Malaysia dah jatuh teruk berbanding US Dollar.. 

Jom kita kira berapa sepatutnya anggaran harga emas dengan nilai Ringgit Malaysia sekarang ni...


1 Oz ( atau Troy Ounce) bersamaan 31.10 gram.


Harga pertukarang USD dengan Ringgit Malaysia sekarang ni (Rujuk Bank Negara Malaysia)
1 USD = RM4.3


maka harga emas di pasaran spot gold New york pada 23/11/2005 ialah:

RM4591.33 untuk 1 Oz/31.10 gram... 

atau bersamaan RM147.63 /gram

Itu anggaran harga sahaja, yang saya kira berdasarkan nilai ringgit semasa dengan nilai Mata Wang Dollar..

Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan harga emas yang sebenar di tempat anda... Anda perlu mengunjungi kedai emas berhampiran...

Sekian... Semoga bermanfaat..

P/S : Kalau ada wang simpanan lebih, inilah masa terbaik untuk membeli emas..


Info Berkaitan:

14 ulasan:

  1. Kenapa la waktu macam nie baru nak turun,tengah pokai nie

    BalasPadam
  2. Wahhh siapa ada modal leh la beli emas time ni ... awal tahun depan, dijangka harga emas akan naik ... :)

    BalasPadam
  3. ala tak tau pulak..petang tadi baru je kedai emas..tak terasa nak tanya harga emas semasa berapa..

    BalasPadam
  4. kalau ada modal memang nak melabur dalam emas ni..

    BalasPadam
  5. oh kiranya harga emas dah agak murah la ya

    BalasPadam
  6. harga emas jatuh adalah peluang untuk membeli sebanyak yang boleh dan jual untuk pada masa harga emas naik..

    BalasPadam
  7. adakah masa yang terbaik untuk membeli? atau terus menunggu ni tuan?

    BalasPadam
  8. Ini peluang untuk beli emas banyak-banyak. Bila emas naik nanti, jual balik dan dapat untung berganda-ganda.

    BalasPadam
  9. Ini lah masa nya kalau nak buat pelaburan emas.

    BalasPadam
  10. Kalau harga emas turun dan mata wang kita stabil mesti ramai yang membeli emas ni

    BalasPadam
  11. Good info, happy tengok harga emas turun gitu byk skali. Tp saya x ikuti harga emas sbb selagi nilai ringgit masi lemah, susah nak buat keputusan. Tapi kalau kaya raya, mmg lebih baik beli emas dr beli benda2 lain. Kalau bagi emas kat emak mesti dia lebih suka dr bagi gajet2 mahal. :D

    BalasPadam
  12. terbaik ni.. boleh try tengok kedai emas ni..

    BalasPadam
  13. biasa harga emas turun bila harga mata wang kita naik, ia bekadaran camtu

    BalasPadam
  14. br baca dr blog juatwanemas..katanya jan 2016 pn bakal turun harga emas..lama jgk dh bertahun xstabil harga emas ni..ptt la yg bt pelaburan jongkong emas xsenang duduk..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra