Sabtu, 22 November 2014

Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat

with 15 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 2 hari lepas saya pergi ke Pejabat Pos menemani isteri pergi memajak emas..

Semasa berada di Pejabat Pos tersebut... sambil menunggu giliran untuk memajak emas, sempat saya bersembang dengan  seorang uncle berbangsa India.. Beliau merupakan seorang Juruteknik Telekom Malaysia.. 

Kehadiran beliau ke Pejabat pos tersebut dengan tujuan yang sama iaitu untuk memajak emas ... Punyalah banyak stok emas yang beliau bawa..


Saya bertanya kepada beliau untuk memulakan perbualan, "Hai Uncle.. Banyaknya emas yang uncle bawa"..

Dengan ramahnya Uncle tersebut berkata, "ya.. Saya bawa semua emas kepunyaan anak -anak dan isteri saya"

Saya bertanya, "Macamana Uncle boleh kumpul emas banyak macam ni?"

Uncle menjawab .. "Macam inilah mahu hidup.. Ada duit sikit saja, saya beli emas, bagi anak dan isteri.. Beli sikit-sikit lama-lama jadi banyak.. Kalau nak harapkan bantuan kerajaan memang tak dapat.. Jadi bila kumpul emas macam ni, esok bila anak saya mahu kahwin, senang.. Sebab sudah ada simpanan"


Apabila saya tanya kepada beliau, "kenapa uncle nak pajak begitu banyak emas?"..

Uncle berkata "Sebenarnya saya mahu beli Saham.. Ini hari sebelum jam 2 petang saya kena bayar itu duit saham.. malam tadi puas saya tanya pada kawan-kawan mahu pinjam duit.. Tapi sampai jam 2 pagi, saya cari punya sari sama kawan.. Tapi tak ada orang mahu kasi pinjam duit sama saya.. Lepas tu ada kawan saya suruh saya pergi pajak emas dekat pejabat pos.. Ini pagi juga saya kumpul semua emas isteri dan anak-anak kasi pajak juga" 

Saya bertanya "Banyak ke duit yang uncle perlukan untuk membeli saham?"

Uncle " Banyak.. Saya perlukan RM32,000"


Saya membalas "Banyak tu Uncle.. Patutlah tak ada orang mahu kasi pinjam.. tentu tak ada orang mahu kasi wang tunai banyak macam tu"

Uncle "Itulah pasal.. Mujur saya ada emas isteri dan anak-anak punya"

Tak lama kemudian, urusan Uncle tersebut selesai... Betapa gembiranya hati uncle tersebut, apabila emas-emas yang beliau pajak melebihi daripada jumlah yang diperlukan.. Dengan gembiranya beliau membawa wang tunai melebihi RM32 ribu keluar dari Pejabat Pos..

Hmmm.. Tak sempat nak tanya, Saham apa yang beliau nak beli sampai sanggup pajak emas sebanyak itu... Sudah tentu saham tersebut dapat memberikan pulangan yang jauh lebih lumayan.. 





Opppsss.. Sibuk bercerita tentang kisah uncle... Sampai terlupa tentang tajuk entri ini iaitu Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat... Hehehe.. Sorry.. Sorry..

Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat


Ramai orang memajak emas dengan sebab-sebab tertentu.. Biasanya saya memajak emas sekiranya memerlukan wang tunai dengan segera.. 

Pada tahun lepas saya memajak emas disebabkan nak bagi isteri berpeluang bersalin dekat Hospital Swasta.. Bila bersalin dekat Hospital swasta ni kena stand by duit dalam lingkungan RM3K hingga RM7K.. Malah ada hospital swasta yang mengenakan bayaran jauh lebih mahal daripada itu...

Jom baca -->> Pengalaman Bersalin di Hospital Swasta

Pada ketika itu saya memajak emas di Ar Rahnu Pejabat Pos..


Pengalaman memajak emas di ArRahnu Pejabat Pos

Pada masa itu, saya dapat wang tunai sebanyak RM5,049.00 (75% daripada nilai marhum) dengan kos upah menyimpan emas sebanyak RM300.39 selama 6 bulan. Bersamaan RM50.065 sebulan, atau 0.75% daripada nilai marhum.

Ya! itu pengalaman saya memajak emas di ArRhnu Pejabat Pos.. 

Kemudian, untuk membuat perbandingan di antara ArRahnu Pos Malaysia dengan Ar Rahnu Bank Rakyat.. Saya memajak emas yang sama di Ar Rahnu Bank Rakyat pula..

Kali ni saya memerlukan modal untuk membeli secara Borong Cadar Patchwork Cotton.. 

Pengalaman memajak emas di Ar Rahnu Bank Rakyat

Hasilnya, saya dapat wang tunai sebanyak RM4,800.00 (65% daripada nilai marhum) dengan kos upah menyimpan emas sebanyak RM336.77 selama 6 bulan. Bersamaan RM56.128 sebulan, atau 0.75% daripada nilai marhum.

Apabila saya membuat perbandingan semasa memajak emas di Ar Rahnu Pos Malaysia dan Ar Rahnu, Bank Rakyat.. Saya dapati memajak emas di Ar Rahnu Pos Malauysia lebih menguntungkan.. 

Ini disebabkan nilai wang tunai yang berjaya kita perolehi lebih tinggi (75%), dangan kadar kos upah yang sama iaitu 0.75%.. Untuk berniaga atau apa-apa keperluan pinjaman, biasanya kita memerlukan nilai pinjaman yang besar daripada emas yang kita pajak..

Dari segi tempoh pajakan.. Di Ar Rahnu Pejabat Pos, anda boleh membuat pajakan selama 6 bulan.. Kemudian tempoh pajakan boleh dilanjutkan selama 6 bulan lagi, Tetapi sebelum itu anda perlu menyelesaikan upah simpan selama 6 bulan..

Walaubagaimanapun, terpulang kepada penilaian masing-masing... Bagi mereka yang hanya nak menggunakan sedikit sahaja wang daripada nilai marhum emas yang mereka pajak, mungkin anda merasakan memajak emas di Ar Rahnu Bank Rakyat lebih menguntungkan berbanding memajak emas di ArRahnu Pos Malaysia...

Tepuk dada tanyalah selera... ;)

Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..


15 ulasan:

  1. He he...terima kasih kongsikan..sya tak ada pengalaman lagi tentng ni..huhu

    BalasPadam
  2. Dah ramai dah cakap yang pajak di pejabat pos lagi untung.. mungkin saya pun akan turut buat benda sama jika perlu. Btw, yang jadi lagi untung sebab pajak masa harga emas murah. nanti tebus dgn harga emas dah mahal

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian ni, pengetahuan baru untuk saya :)

    BalasPadam
  4. Untung juga simpan emas.boleh gunakan time terdesak.

    BalasPadam
  5. tak minat pajak.

    suka beli je. hehe

    BalasPadam
  6. Tak pernah ada pengalaman memajak emas. Thanks for the info.

    BalasPadam
  7. Barang sangat bernilai tak risau simpan, lebih baik dr simpan cash. Boleh tahan uncle tu pandai melabur.

    BalasPadam
  8. ayah saya seorang posmen yang kerja kat Pos Malaysia. Tapi saya tak pernah sekali pun tahu perkara ni.

    cara nak cegah demam

    BalasPadam
  9. Memang kt pos lebih mahal..sebabnya ialah mereka tetap menilai emas sebagai 916,tetapi di bank rakyat tidak..mereka menilai emas anda mungkin dah susut gred menjadi samada 875 atau lebih rendah lagi.Ini trjadi semasa proses menimbang isipadu emas dlm air.Tetapi cuba anda perhatikan nilai 1 gram di pos sebenarnya lebih rendah dari bank.

    BalasPadam
  10. Info yang bermanfaat thanks ya

    BalasPadam
  11. As salam. Terima kasih utk info di atas.. Insya Allah akan Cuba pajak di ar rahnu Pos pulak sbb goldbar PG lbma seal x boleh dibuka kalau pajak di ar rahnu kowamas dinar n goldbar yg berseal akan di buka...menyebabkan susut nilai bila jual nnti jdi lebih tinggi kalau xsilap 10%...tp harga pajak di kowamas adalah lbh tinggi jika dbandingkn dgn ar rahnu pos cuma seal tak dbuka saja...betul x tuan admin?
    Tuan admin, kalau nak tgk harga ar rahnu pos dlm website www.hargaemas.com.my tu ikut harga mana ye?

    BalasPadam
  12. As salam. Terima kasih utk info di atas.. Insya Allah akan Cuba pajak di ar rahnu Pos pulak sbb goldbar PG lbma seal x boleh dibuka kalau pajak di ar rahnu kowamas dinar n goldbar yg berseal akan di buka...menyebabkan susut nilai bila jual nnti jdi lebih tinggi kalau xsilap 10%...tp harga pajak di kowamas adalah lbh tinggi jika dbandingkn dgn ar rahnu pos cuma seal tak dbuka saja...betul x tuan admin?
    Tuan admin, kalau nak tgk harga ar rahnu pos dlm website www.hargaemas.com.my tu ikut harga mana ye?

    BalasPadam
  13. As salam. Terima kasih utk info di atas.. Insya Allah akan Cuba pajak di ar rahnu Pos pulak sbb goldbar PG lbma seal x boleh dibuka kalau pajak di ar rahnu kowamas dinar n goldbar yg berseal akan di buka...menyebabkan susut nilai bila jual nnti jdi lebih tinggi kalau xsilap 10%...tp harga pajak di kowamas adalah lbh tinggi jika dbandingkn dgn ar rahnu pos cuma seal tak dbuka saja...betul x tuan admin?
    Tuan admin, kalau nak tgk harga ar rahnu pos dlm website www.hargaemas.com.my tu ikut harga mana ye?

    BalasPadam
  14. (Merithope6@gmail.com)

    Hello am Mrs, Merit. pemberi pinjaman kredit yang sah dan dapat diandalkan untuk pemberi pinjaman, eh tawaran pinjaman rumah, kredit mobil, pinjaman Hotel, tawaran komersial, yang harus memperbarui semua situasi keuangan di dunia / perusahaan untuk membantu mereka yang terdaftar pemberi pinjaman uang pinjaman pribadi, hipotek, kredit konstruksi , suku bunga rendah dari 2% dll modal, pinjaman usaha dan pinjaman kredit buruk kerja, start up. Kami membiayai proyek di tangan dan perusahaan Anda / mitra dan saya ingin menawarkan pinjaman pribadi untuk klien mereka dari USD $ 12.000 sampai $ 8.000.000 euro dan pound saja. Aku memberikan pinjaman usaha,
    pinjaman pribadi, pinjaman mahasiswa, kredit mobil dan pinjaman untuk membayar tagihan. jika kamu
    membutuhkan pinjaman yang harus Anda lakukan adalah untuk Anda untuk menghubungi saya secara langsung
    Dalam: (merithope6@gmail.com)
    Tuhan memberkati Anda.
    Hormat kami,
    Mrs: jasa Harapan
    Email: (merithope6@gmail.com)

    Catatan: Semua respon harus dikirim ke: (merithope6@gmail.com). hubungi kami melalui e-mail untuk informasi lebih lanjut

    BalasPadam
  15. Kami adalah badan kewangan di atas, kita memberi pinjaman kepada individu di seluruh dunia, adakah anda pada masa ini mengalami kewangan dalam keupayaan? Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda ingin mewujudkan anda sendiri, jika jawapan anda adalah ya kepada perkara di atas maka anda hanya selangkah lagi untuk mengatasi mereka hitches kewangan?

    Kami memberikan individu dan organisasi pinjaman peribadi dan perniagaan, perkhidmatan ini boleh meregangkan tempoh masa tertentu yang terdiri antara tempoh yang diberikan dan lima tahun dengan kadar faedah maksimum 3%.

    Sila hubungi e-mel di bawah untuk jika anda berminat.

    bestloanscompany231@gmail.com

    Yang ikhlas,
    James Weddle.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra