Sabtu, 11 Julai 2015

Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semasa menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger pada bulan Jun yang lalu, saya berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada Tuan Aqif Azizan , yang lebih dikenali sebagai pakar CopyWriting dan Penulis Jutawan di Malaysia. Tuan Aqif Azizan berjaya menjadikan hasil penulisan beliau menerusi blog, laman web, buku, ebook, dan media sosial sebagai sumber pendapatan utama beliau.

Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau telah banyak bekerjasama dengan individu-individu terkenal seperti Dr Azizan Osman (Pakar Motivasi yang telah membantu ramai usahawan di Malaysia), Puan Ainon Mohd (Pengasas Syarikat PTS), Encik Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia), Adly Mokhtar (Pengasas Flarebiz Network Sdn Bhd), Hasbul 'Aqill (Pengasas Majalah Niaga), Gero Azrul (Presiden Persatuan Usahawan Internet Malaysia), Ammar Zahar (Usahawan Internet) dan lain-lain termasuk syarikat-syarikat terkemuka tempatan dan luar negara.

Kejayaan terkini beliau dalam bidang penulisan Blog ialah beliau berjaya menjual sebuah blog kepada sebuah syarikat di US pada harga 6 angka Dollar US... Apabila ditukar ke duit Malaysia, beliau hanya mampu tersenyum melihat sejumlah wang yang cukup besar dalam akaun bank beliau.. Berminat untuk mengenali Tuan Aqif Azizan dengan lebih lanjut? Saya syorkan anda KLIK DI SINI

Perkongsian Kejayaan Tuan Aqif Azizan telah menaikkan semangat Ramai Penulis Blog termasuk saya


Sejarah Penglibatan saya dalm dunia penulisan Blog...

Saya mula menulis blog pada 15 Disember 2009... iaitu beberapa hari sebelum anak kedua saya (Adam) dilahirkan.

Hmmm... Sedar tak sedar, dah lebih 5 tahun rupanya saya menceburkan diri dalam bidang penulisan blog... Bidang yang nampak biasa-biasa sahaja, tetapi banyak juga cabarannya... 

Semasa saya mula berjinak-jinak menulis blog, saya mempunyai 2 tujuan utama iaitu:

Siapa sangka... Daripada 2 tujuan tersebut, telah menjadikan saya terus aktif dalam penulisan blog sehingga ke hari ini.. 

In Shaa Allah, selagi terdaya, saya akan terus menulis blog selagi hayat dikandung badan... Itu pun mengikut kemampuan masa yang saya ada..
..
...
...
Sekarang... Setelah mendengar perkongsian kejayaan tuan Aqif Azizan, Sudah sampai masanya untuk memandang lebih jauh kehadapan.. membawa misi yang berbeza.. Inilah masanya untuk berfikir di luar kotak demi untuk mencapai Misi yang baru dalam pernulisan blog iaitu:

"Menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat"

Misi : Menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat

Untuk mencapai misi ini, bukannya mudah... Boleh jadi bahan ketawa orang ramai kalau tak kena gayanya... 

Hahahaha.... Hahaha... Hahaha...

Hah.. Kan dah kena gelak dek orang ramai... Siapa suruh meletakkan misi tinggi melangit... 

Ahhh... Peduli apa orang nak kata... Ini misi saya... Untuk blog-blog saya... Jangan terus membuat andaian melulu, sebelum membaca entri ini sehingga habis...

Misi : Menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat


Misi untuk menjadi Penulis Jutawan Dunia dan akhirat ini ada 3 peringkat, iaitu: 
  1. Peringkat Pertama : Misi Untuk Menjadi Jutawan Perkataan
  2. Peringkat Kedua : Misi Untuk Menjadi Jutawan di dunia
  3. Peringkat ketiga : Misi Untuk Menjadi Jutawan di Akhirat

Tidak semestinya saya akan berjaya mencapai ke tiga-tiga peringkat tersebut. Tapi Aim saya, peringkat Pertama mesti saya boleh capai..


Peringkat Pertama : Misi Untuk Menjadi Jutawan Perkataan

Bukan susah pun nak jadi jutawan perkataan, bagi sebuah blog yang dah berumur lebih 4 tahun macam blog saya ni.. 

Setakat ni blog saya dah ada lebih 1000 entri yang telah diterbitkan.

Terdapat Lebih 1000 entri yang telah diterbitkan di blog Coretan Anuar.

Saya akui penulisan saya tidak konsisten.. Ada masa saya rajin, saya akan menulis panjang berjela sehingga boleh capai 1000 patak perkataan.. Kalau tengah malas, kadang tak sampai pun 300 patah perkataan.. 


Sumber : Klik Di Sini


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Hahaha... Seronok membaca komen diaorang yang keletihan bila membaca entri saya yang panjang lebar...

Katakanlah purata bilangan perkataan yang saya hasilkan untuk satu entri adalah 500 patak perkataan..

Untuk 1000 entri, saya sudah mempunyai 500,000 bilangan patah perkataan.. Nak dapatkan 1 juta patah perkataan, saya perlu menulis sekurang-kurangnya 2000 entri.. 

Ataupun nak cepat cukupkan 1 juta patah perkataan, saya perlu menulis lebih banyak entri-entri yang mempunyai 1000 patak perkataan.... Tentu keletihan pembaca-pembaca blog saya membaca entri-entri saya yang seterusnya selepas ini....  

Lepas ni lebih banyak komen seumpama ini yang akan saya terima.. ;)

Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Sebenarnya tulis entri panjang-panjang ni bagus... Ada kelebihannya yang tersendiri.. Kalau korang masuk Contest, entri yang panjang biasanya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menjadi pemenang... 

Itu pendapat saya... Pendapat orang lain tak semestinya sama dengan pendapat saya.. 


Peringkat Kedua : Misi Untuk Menjadi Jutawan Di Dunia

Hmmm.. Peringkat kedua ni sebenarnya agak susah untuk dicapai..

Tapi kalau Cikgu TitanTuan Aqif AzizanBro Reez Luv, Ammar Zahar dan ramai lagi boleh dapat income yang konsisten setiap bulan melalui penulisan blog... Takkan kita tak boleh buat? Betul tak?

Saya yakin semua orang boleh melakukannya... Cuma kena rajin berusaha, rajin belajar dan sanggup bersabar sehingga misi tersebut berjaya menjadi kenyataan...

Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk bersabar?

Hanya Allah sahaja yang tahu... Sebab rezeki merupakan ketentuan Allah S.W.t..

Kita hanya mampu merancang dan berusaha... Selebihnya terserah kepada Allah S.W.T..

Sekarang ni yang penting, selesaikan dulu peringkat PERTAMA.. Bila Peringkat Pertama dah selesai, In Shaa Allah peringkat kedua akan menyusul satu hari nanti... 


Peringkat Ke tiga : Misi Untuk Menjadi Jutawan Di Akhirat.

Peringkat ke tiga nampak macam senang... Tapi mungkin tak semudah seperti yang kita sangka..

Hanya Allah sahaja yang dapat menentukan sejauh mana hasil penulisan kita dapat memberi manfaat kepada orang lain...

Sejauh mana nasihat yang kita berikan berguna kepada orang lain?

Sejauh mana perkongsian hasil penulisan kita dapat dijadikan rujukan kepada orang lain? 


Sumber : Klik Di Sini

Kalau betul dengan caranya... In Shaa Allah, setiap perkongsian kita dapat menjadi pahala dan sebagai bekalan kita di akhirat nanti...

Tetapi kalau sebaliknya, kita terpaksa menjawab di hari pengadilan nanti...

Bagi saya, apa yang penting... Kita usahakan yang terbaik mengikut kemampuan kita...

Kalau kita nak berdakwah.. Belum tentu kita mampu bercakap di khalayak ramai seperti seorang Ustaz... Sebab kita tidak mempunyai ilmu dan kepakaran tersebut...

Namun begitu harus diingat...  sebagai umat Islam, kita dituntut supaya berdakwah... Walaupun cuma sepotong ayat...

Jadi, melalui blog dapat menjadi salah satu platform untuk kita berdakwah melalui penulisan... Secara tidak langsung kepada para pembaca blog kita.... 

Antara contoh usaha Dakwah yang pernah saya lakukan menerusi blog ini adalah seperti berikut:

Oklah.. Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini...

Sempena keberkatan Bulan Ramadhan ini, saya memohon kepada anda supaya mendoakan saya supaya berjaya menjadi Penulis Jutawan Dunia dan Akhirat...

Terutamanya dapat berjaya jadi jutawan di peringkat satu dan tiga pun jadilah... Saya benar-benar berharap semoga ianya dapat menjadi kenyataan... In Shaa Allah... Doakan ye... ;)

3 ulasan:

  1. Amin...semoga bro menjadi jutawan dan banyak memberi manfaat kepada ramai orang.

    BalasPadam
  2. Semoga dapat apa yang dicitakan Amin :D

    BalasPadam
  3. Terbaik bro...mudahan2 Tuan berjaya mencapai misi tersebut.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra