Isnin, 15 Jun 2015

Belajar Al-Quran Bersama Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bulan Ramadhan kembali lagi.. Pastinya kehadiran bulan Ramadhan sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia..

Bulan yang menguji keimanan dan ketakwaan seluruh umat Islam.. Bulan yang lebih baik daripada seribu bulan... Setiap amal ibadah yang kita lakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala berkali-kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain... Subhan Allah..

Bagi orang-orang yang beriman, biasanya keghairahan untuk melaksanakan amal ibadah meningkat berkali-kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Kalau sebelum ini kita jarang mendirikan solat secara berjemaah.. tetapi bila masuk bulan Ramadhan, kita pasti ada sekurang-kurangnya satu waktu menunaikan solat secara berjemaah.. 


Sekiranya sebelum ini kita jarang melaksanakan solat-solat sunat, tetapi bila masuk sahaja bulan Ramadhan secara automatik kita rasa berkeinginan untuk melaksanakan solat-solat sunat.... Termasuk solat Qiamullail... 

Kalau sebelum ini kita jarang mengaji Al-Quran... Apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, masing-masing dah berazam untuk membaca Al-Quran sehingga Khatam.. 

Ya.. Itulah azam saya setiap kali masuk bulan Ramadhan... Walaupun kebanyakannya tak berjaya baca Al-Quran sehingga Khatam, tetapi sekurang-kurangnya kita dapat meluangkan masa untuk membaca Al-Quran pada setiap hari... 

Oklah... Berbalik kepada tajuk entri saya Belajar Al-Quran Bersama Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz

Belajar Al-Quran Bersama Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz


Rasanya ramai orang yang dah mengenali Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz.. Beliau merupakan Pengarah Urusan Syarikat Furqanworks Sdn Bhd yang sedia berkhidmat khusus dalam pembangunan manusia dan Al-Quran.

Sebelum ini beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran beliau di pusat hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu DARUL QURAN JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al- Quran melalui corak hafazan yang sistematik.


Sumber : Klik Di Sini

3 Matlamat utama Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz dalam pembangunan manusia dan Al-Quran.

1# Memantapkan bacaan Al-Quran
Beliau mahu mantapkan para pelajarnya di dalam ilmu tajwid hingga ke tahap pakar seperti para Qari Al-Quran dari tanah Arab. Atas desakan itu, beliau berusaha ke Mesir (Universiti Al-Azhar) untuk menuntut ilmu daripada pakar-pakar Al-Quran. Ketika berada di sana beliau sempat berguru dengan 3 orang masyayikh terkemuka & tersohor iaitu Syeikh Hassan Rajab, Syeikh Sayyid & Syeikh Nabil Mohd sehingga mendapat ijazah & sanad Al-Quran yang diiktiraf. Kesempatan berada di bumi Mesir itu tidak disia-siakan olehnya lantas beliau mendalami lagi ilmu Qiraat Al-Quran, yang bukan hanya Qiraat Hafs 'An A'sim atau Qiraat tujuh tetapi hingga Qiraat sepuluh di Mesir. Di sana juga, beliau berpeluang menguasai kebanyakan ilmu lain berkaitan Al-Quran ini seperti : Dabtul Quran, Fawasil, Rasm Al-Quran, Tarikh Qurra', Hifzul Mutun dan lain-lain.


2# Menghafaz Al-Quran
Setelah menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah, beliau telah mula menghafaz AL-Quran. Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7 tahun di Maahad Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang menggabungkan sistem tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN – Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan).  Hafazan yang kuat hasil latihan berterusan telah dibuktikan dengan kemampuan beliau dilantik sebagai imam jemputan solat tarawih 30 juz di masjid terkenal dan pencapaian terbaik beliau ialah ketika diberi kepercayaan untuk digandingkan bersama Syeikh Jibril, imam terkemuka antarabangsa dari Mesir untuk mengetuai solat tarawikh 30 juz di Masjid Wilayah pada tahun 2007. 


3# Kefahaman Al-Quran
Subjek tafsir Al-Quran memang menjadi minat beliau sejak dari awal lagi. Segala poin induk tafsir telah dipelajari dari kitab induknya seperti Al-Itqan Fi Ulumil Quran, Usul tafsir, Tafsir Ibn Katsir, Tafsir Tabari dan sebagainya. Beliau juga turut mengkaji isi kandungan Al-Quran sebagai satu buku yang penuh dengan 'tips & teknik' untuk menjadikan manusia lebih kaya, berjaya, bahagia dan hidup luarbiasa. Beliau mengaitkan isi kandungan Al-Quran dengan manusia : manusia sebagai makhluk Allah berstatus mulia iaitu hamba & khalifah. Semuanya itu perlu dikongsikan agar manfaatnya tersebar ke serata alam.

Untuk berkongsi ilmu yang telah beliau miliki, beliau telah menghasilkan 2 produk utama menerusi syarikat beliau Furqanworks Sdn Bhd 

Produk tersebut berupa DVD iaitu:

1. DVD Tajwid Aman Hatiku -->> Klik Di Sini
Sumber : Klik Di Sini

2. DVD Pakej Inspirasi Qurani --> Klik Di Sini
Sumber : Klik Di Sini

Jangan lupa juga dapatkan DVD '24 Kesalahan Tajwid' oleh Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz secara PERCUMA menerusi link ini (Klik Di Sini)

Semoga dengan perkongsian ini, secara tidak langsung akan dapat membantu kita mendekatkan diri dengan Al-Quran... Menjadikan Al-Quran sebagai teman, sumber rujukan dan penawar kepada segala permasalahan yang berlaku di dunia ini.. Sebagaimana keistimewaanya sebagai mukjizat yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W untuk umat akhir zaman.  

Yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri... Terima kasih kerana sudi membaca.. 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra