Selasa, 3 Mac 2015

Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad

with 40 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hmmm.. Cepat betul masa berlalu..

Dalam tak sedar, Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad yang saya anjurkan telah pun sampai ke penghujungnya. 

Semasa saya menerbitkan entri contest ini pada 3 Disember tahun lepas, tempoh 3 bulan tu rasa lama... 

Rasa macam lama sangat 3 bulan tu kan?.. 

Tapi bila dah sampai masanya, macam tak percaya pula 3 bulan dah berlalu pergi dengan begitu cepat.. hehehe


Jom-Aktifkan-Mykad
Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad


Kepada semua peserta Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menyahut cabaran untuk memeriahkan Contest ini.

Dalam tempoh 3 bulan, pastinya terdapat beberapa strategi SEO yang telah dipraktikkan oleh para peserta. Terutamanya bagi mereka yang bersungguh-sungguh nak menang dalam cabaran ini.

Ya!! Inilah adat pertandingan. Kalau nak menang kenalah berusaha. Kalau boleh, berusahalah sehingga ke titisan peluh yang terakhir (Erk.. Ada keluar peluh ke main SEO ni?)..

Selepas anda dah berusaha habis-habisan, tapi kalau tak berjaya juga, anda kena redha. Mungkin tak ada rezeki anda dalam contest ini. Mungkin rezeki anda ada di tempat lain, atau mungkin rezeki anda ada dalam Contest SEO yang lain.

Malaysia-Best-Blog-2015



Keputusan Contest SEO Jom Aktifkan Mykad


Baiklah.. Tanpa melengahkan masa lagi, dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad.


Keputusan Contest SEO Jom Aktifkan Mykad yang diambil menerusi hasil carian Google di Incognito Window bertarikh 3 mac 2015, pada jam 8.00 pagi.

Senarai Pemenang Contest SEO Jom Aktifkan Mykad bersama hadiah yang berjaya dimenangi:
  1. calrasepatrick.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM500
  2. www.hasrulhassan.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM300
  3. www.malaysiatercinta.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM200
  4. https://www.rossaimi.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  5. murnimohdyusof.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  6. nidiron.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  7. relakssminda.blogspot.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  8. kertaspaper.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  9. ahmadfaizal.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50
  10. www.bloggerlelaki.com Berjaya Memenangi Wang Tunai RM50


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Sila emailkan kepada nuargto[at]gmail.com, butiran-butiran berikut untuk tujuan penghantaran hadiah:
  • Nama Penuh
  • url blog (penyertaan)
  • Hadiah yang berjaya dimenangi
  • Nama Bank dan nombor akaun (pastikan ada tertera nama anda pada akaun bank yang anda berikan) 

Bagi peserta yang berada dalam senarai nombor pendaftaran ke 10, 20, 30, 40, 50, 60 dan 70 pula berjaya mendapat hadiah istimewa daripada saya iaitu berupa sebuah buku Pelaburan Hartanah Abang Ensem : Malaysia Best Blog 2015.


Malaysia Best Blog 2015

Berikut merupakan senarai blog yang bertuah:

10. Pengguna Bijak Jom Aktifkan Mykad | Wira Merah (Pos Ekspres Track No: LD19 054 332 3MY)

20. Jom Aktifkan Mykad | Zaza Zehra (Pos Ekspres Track No: LD19 054 309 3MY)

30. Jom Aktifkan Mykad Untuk Diskaun Membeli Belah | Akma Omar (Pos Ekspres Track No: LD19 054 310 2MY)

40. Jom Aktifkan Mykad | AUC News (Pos Ekspres Track No: LD19 054 308 0MY)

50. Jom Aktifkan Mykad | Dulu Lain Sekarang Lain 

60. Malaysia Best Blog 2015 | YangBaik : Jom Aktifkan Mykad (Pos Ekspres Track No: LD19 054 351 3MY)

70. Cikgunaman.com | Jom Aktifkan Mykad (Pos Ekspres Track No: LD19 054 352 7MY)

Hadiah-hadiah telahpun dihantar kepada semua pemilik blog bertuah yang terdapat dalam senarai di atas, kecuali pemilik blog Dulu Lain Sekarang Lain. Kepada pemilik blog tersebut, sila email kepada saya butiran yang diperlukan menerusi nuargto[at]gmail.com:
  • Nama Penuh
  • Alamat
  • No. Telefon
Untuk tujuan penghantaran hadiah.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada peserta lain yang tidak berjaya dalam contest pada kali ini, jangan bersedih. Seperti yang saya janjikan sebelum ini, ada hadiah yang disediakan untuk setiap peserta iaitu berupa 2 buah ebook yang bertajuk:
  • 7 Strategi Tambah Wang Saku
  • Mencari Sumber Pendapatan di Internet

Hadiah yang disediakan untuk setiap peserta Contest SEO Jom Aktifkan Mykad

Macamana nak tuntut hadiah-hadiah tersebut?

Caranya mudah sahaja. Sila emailkan url blog penyertaan anda kepada nuargto[at]gmail.com, dengan email bertajuk "Nak Hadiah Ebook untuk Peserta Contest SEO Jom Aktifkan Mykad"

Nanti saya akan balas email anda, untuk memberikan hadiah-hadiah tersebut.



Perkongsian Seni Bermain SEO 


Saya suka menyertai Contest SEO disebabkan, melalui contest seumpama ini dapat memberi kepuasan yang tersendiri kepada setiap peserta. Kepuasan menyertai Contest SEO tak sama dengan kepuasan ketika anda menyertai contest/segmen blog yang lain seperti Segmen Blogwalking, Giveaway, Segmen Mudah : Kira dan menang wang tunai dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Dalam Contest SEO memerlukan anda mempraktikkan ilmu SEO yang perlu anda pelajari terlebih dahulu. Seni tersebut boleh anda pelajari secara PERCUMA melalui link ini, ataupun secara berbayar melalui link ini  

Nak belajar seni bermain SEO, jangan takut untuk keluarkan sedikit modal. Anggaplah modal yang anda keluarkan sebagai satu pelaburan kepada blog anda. Hari ini anda keluarkan sedikit modal pelaburan, In Shaa Allah selepas itu anda akan berjaya mendapat pulangan berkali-kali ganda berbanding modal yang telah anda keluarkan. Percayalah!!

Bagi saya bermain SEO sama seperti kita memancing ikan. Apa yang kita perlukan ialah:
  • Set memancing ikan seperti Joran(rod) + Tali Pancing + Mesin Spinning Casting (Diumpamakan seperti Themplete Blog anda)
  • Umpan yang digunakan (Diumpamakan seperti Keyword yang anda gunakan)

Malaysia-Best-Blog-2015
Saya hanya menggunakan set memancing ikan yang basic
Sumber : Klik Di Sini

Saya lebih menitik beratkan "umpan" yang saya gunakan berbanding "Set memancing ikan". Saya berusaha untuk memilih umpan yang terbaik, tetapi hanya menggunakan Set Memancing ikan yang basic sahaja. (Harap anda faham apa yang saya maksudkan).



Malaysia Best Blog 2015
Saya berusaha untuk memilih umpan yang terbaik
Sumber : Klik Di Sini

Permasalahannya sekarang ini, untuk membawa ikan sampai ke darat merupakan satu tugas yang cukup sukar bagi "pemancing online" seperti saya. Terutamanya untuk memancing ikan yang menggunakan umpan "Malaysia Best Blog 2015" .  Rasa macam pancing ikan jerung atau ikan paus jer, tahap kesukarannya.

Nak menukar umpan tiada masalah. Nak menambah perasa pada umpan yang sedia ada supaya kelihatan lebih sedap, lebih harum, lebih menggiurkan. Itupun tak ada masalah. Tapi nak "menarik ikan ke darat" dengan menggunakan set memancing yang basic, agak mencabar. Perlu banyak bersabar. Perlu main tarik, lepas, tarik, lepas, tarik, lepas secara berulang-ulang kali. 

Jangan tarik kuat sangat. Nanti Joran(rod) boleh patah dan tali pancing boleh terputus menyebabkan "ikan" yang dipancing terlepas. Bila dah terlepas nanti, dah tentu ikan akan berenang secara bebas ke page ke 2, ke 3, ke 4, ke 5 dan seterusnya semakin jauh daripada kita. 

Eloklah tarik tali pancing tu perlahan-lahan, supaya ikan masih nampak dihadapan mata kita. Biarkan ikan keletihan terlebih dahulu, sebelum kita tarik balik tali pancing tu dan lepaskannya semula secara berulang kali.

Anda ingat senang ke nak jadi "pemancing online" ni?

Sabar sahajalah kuncinya. 

Harap sedikit tips ini dapat sama-sama kita praktikkan dalam Contest SEO yang lain iaitu Malaysia Best Blog 2015

P/s: Jangan lupa juga untuk sertai Segmen Mudah : Kira dan menang wang tunai. ada hadiah menarik menanti anda tau!

40 ulasan:

  1. Tahniah kpd semua pemenang
    Syg ambe no 11...hehe

    BalasPadam
  2. alhamdulillah ada jugak rezeki utk menang wlpn ni first time murni join contest SEO.
    terima kasih kpd penganjur contest :)

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada pemenang contest SEO. :D

    BalasPadam
  4. Taniah untuk pemenang contes jom aktifkan mykad ini, pergh hebatlah calrase patrick nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergh mengembang terus hidung saya apabila dipuji hehe :)... Terima kasih,,

      Padam
    2. kagum saya dengan blogger muda kita...Calrase..telah mengungguli kontest SEO ini.

      Padam
  5. Tahniah kepada pemenang. Next time bolehlah buat peraduan lagi :-)

    BalasPadam
  6. Tahniah kepada para pemenang Kontest SEO Jom Aktifkan Mykad dan kepada yang kurang bernasib baik semoga anda menang untuk kontest-kontest yang akan datang.. Terima kasih kepada penganjur kontest Seo jom aktifkan mykad.. :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh .. bila nak belanja ni? Menang tempat pertama tu ....

      Padam
  7. fuhhh.... sengit juga saat2 terakhir penentuan pemenang ni.

    merasa la juga dok SERP page 1, no. 1 tp tak bertahan ... kena usaha lagi ni.

    thanx penganjur wlupun sy x menang apa2

    BalasPadam
  8. tahniah pada yang menang ye.

    BalasPadam
  9. Alhamdulilah ada juga rezeki :)

    BalasPadam
  10. Tahniah semua terutama Calrase Patrick...saya kagum dgn blog dia yg power SEO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak kenal siapa Calrase Patrick ni, bila kamil salleh kata macam ni memang kena terjah la blog dia ni :)

      Padam
  11. Tahniah kepada semua pemenang. Anda semua memang hebat. Saya mampu tengok jer.

    BalasPadam
  12. hehe... seronok dapat sama-sama menjoinkan diri dalam contest ni... sila buat lagi ye ;)

    BalasPadam
  13. Tahniah kepada semua pemenang, senarai pemenang ni memang blogger top Malaysia :)

    BalasPadam
  14. Tahniah kepada semua pemenang .. hebat2 belaka ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro memang hebat tetapi sayang kecundang di tangan pemuda. Lepas ini jangan guna tenaga, gunalah pengalaman untuk menjatuhkan pihak lawan. Tahniah semua.....

      Padam
  15. tahniah kepada penganjur contest..tahniah juga buat pemenang.rezeki anda..

    BalasPadam
  16. anak muda hebat dalam seo bisa juara mengalahkan legend yang lain

    BalasPadam
  17. Tahniah semua. Blog otai2 semua kat depan tu. Mampu tengok dari jauh je la..huhu

    BalasPadam
  18. tahniah kepada semua pemenang
    dan tuan penganjur

    BalasPadam
  19. tahniah kepada pemenang, semoga selalu membeikan prestasi yang baik ..........................

    BalasPadam
  20. tahniah kepada pemenang, semoga selalu membeikan prestasi yang baik ..........................

    BalasPadam
  21. Tahniah pihak penganjur dan tahniah juga kepada semua peserta... terutama kpd semua pemenang!

    BalasPadam
  22. Tahniah kepada para pemenang contest yang tak berjaya boleh cuba dilain masa dan contest.. Tahniah kepada Coretananuar yang memberikan hadiah bukan saja kepada pemenang malahan kepada perserta yang lain...Ohsemmm

    BalasPadam
  23. tahniah pada yang menang ye.

    BalasPadam
  24. Wah!!.. Tahniah2 semua.. rugi Aya xikut..huhuhu

    BalasPadam
  25. alaaa.. lupe nak kemaskini entry.. hahahah bz kerja rank jatuh pun tak prasan.. tahniah kpada pmenang..

    BalasPadam
  26. Hmmm harapnya kontest SEO Malaysia Best Blog 2015 adalah hasil lebih sedikit ... :) saingan kuat betul kali ini.

    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
  27. Hmm... yang ni tak join tp ada join Malaysia Best Blog, tapi tak sempat bagi tumpuan penuh untuk contest. Apa pun tahniah kepada para pemenang

    BalasPadam
  28. tak sempat nak join. huhuhuh

    BalasPadam
  29. The best countries to study are UK, Canada, America and Saudi Arabia. There are some world best universities in Saudi Arabia.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra