Isnin, 19 Januari 2015

Malaysia Best Blog 2015

with 102 comments
Bagaimana nak menentukan Malaysia Best Blog 2015?

Persoalan ini sentiasa berlegar-legar di fikiran saya, sewaktu ingin menyertai Contest SEO "Malaysia Best Blog 2015" anjuran blog Ohduit.com.. 

Untuk menyertai Contest ini, saya perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 Malaysia Best Blog 2015.. [Boleh senaraikan lebih daripada 10 blog... Itu yang best tu.. ;)]

Untuk membuat senarai tersebut bukannya satu tugas yang mudah.. Bukannya senang nak buat penilaian.. Sebab kebanyakan blog mempunyai kelebihan dan kekuatannya tersendiri.. 

Jadi, cara terbaik untuk menentukan Malaysia Best Blog 2015.. Saya telah mewujudkan 8 kriteria yang wajar untuk dinilai bagi menentukan Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya. 
  1. Page Rank (PR) sesebuah blog (Bukan senang nak dapat PR yang tinggi. Tetapi page Rank sesuatu blog kurang dibincangkan sejak akhir-akhir. Mungkin disebabkan banyak PR blog telah jatuh, tanpa ada sebab yang jelas.
  2. Bilangan komen yang kerap diterima untuk sesebuah entri/artikel
  3. Info yang diberikan boleh memberi impak yang besar kepada individu/masyarakat/negara
  4. Penulis blog merupakan seorang yang pakar dalam sesuatu bidang/seorang yang berpengaruh
  5. Pengikut/jaringan blog
  6. Mempunyai pelbagai kaedah untuk mendekati dan berinteraksi dengan pembaca contohnya Video, ebook, buku dan sebagainya
  7. Blog kemas dan dapat menarik hati pembaca
  8. Mempunyai ranking Alexa yang baik di peringkat Global dan Malaysia (Sekadar sebagai rujukan, untuk menguatkan 7 kriteria di atas)
  9. Walaubagaimanapun, terdapat 3 blog VVIP yang dikecualikan daripada kesemua syarat di atas
Berdasarkan 8 kriteria di atas dengan sukacitanya, saya ingin mengumumkan... Malaysia Best Blog 2015 berdasarkan pilihan saya ialah.. 


Malaysia Best Blog 2015


1) Dr. Fatin Liyana (VVIP1) - honeykoyuki.blogspot.com

Blog VVIP pertama pilihan saya merupakan blog kepunyaan si cantik manis yang bernama Dr Fatin Liyana. Walaupun menggunakan platform blogspot dan domain percuma, tetapi blog Fatin Liyana berjaya mendapat Rank yang baik dalam Malaysia ataupun diperingkat global. 


Malaysia Best Blog 2015
Dr Fatin Liyana bersama tunangnya Dr Anwar Fazal - Malaysia Best Blog 2015


Perjalanan hidup Dr Fatin Liyana sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan golongan remaja yang sangat meminati blogger popular ini.  

Buktinya, anda boleh lihat bilangan pengikut blog Dr Fatin Liyana. Sehingga kini blog tersebut mempunyai 56,995 pengikut.. saya kira antara blog individu yang mempunyai pengikut tertinggi setakat ini.

Saya suka dengan cara penulisan beliau yang sempoi, dan sentiasa menggambarkan keseronokan ketika berkongsi info tentang kecantikan, penjagaan diri, penampilan, jalan-jalan dan sebagainya...  Dahlah orangnya cantik, tulisan menarik, bijak pula tu.. Pastinya dapat membuatkan orang ramai tertarik untuk mengunjungi blog beliau... 

Semenjak beliau melangsungkan majlis Pertunangan pada 21 Disember 2014, blog saya telah mendapat limpahan trafik melalui beberapa keyword seperti berikut: 


Malaysia Best Blog 2015
Antara Keyword berkaitan Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar fazal yang menerjah masuk ke blog Coretan Anuar

Ini menunjukkan beliau sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai senarai VVIP Malaysia Best Blog 2015. ;)



2) Abang Ensem (VVIP2) - Abangensem.com

Blog Abang Ensem berkisarkan tentang pelaburan hartanah dan pengurusan kewangan. Saya suka membaca blog beliau, disebabkan mempunyai gaya penulisan yang unik berbanding blog-blog pelaburan hartanah yang lain.

Setiap artikel blog beliau biasanya turut diselitkan dengan ayat-ayat nakal yang pastinya dapat menceriakan (Ceria ke geram!) para pembaca blog beliau. Beliau cukup bijak menyusun ayat-ayat menggoda  manis dalam artikel yang ditulis, untuk memastikan setiap info dapat disampaikan dalam keadaan santai. 

Strategi tersebut nampak menjadi, sehingga membuatkan ramai orang ketagih membaca blog beliau sehingga kini.   



Malaysia Best Blog 2015
Stok buku abang Ensem yang masih berada dalam simpanan saya. Hubungi saya, sekiranya berminat untuk mendapatkan buku ini pada harga diskaun sebanyak 20%


Berikut merupakan sedikit maklumat tambahan yang perlu anda tahu tentang Abang Ensem:
  • Seorang bekas pegawai Bank yang kini menjadi Full Time Blogger dan pelabur hartanah berjaya
  • Pernah ditemuramah dalam satu rancangan Televisyen terbitan ASTRO
  • Telah menulis beberapa buah ebook dan sebuah buku Fizikal 
  • Menjadi penulis jemputan untuk Majalahniaga.com dan di beberapa akhbar
  • Menjadi Penceramah utama untuk Mini Seminar Sembang Subsale Bersama Abang Ensem dan penceramah-penceramah jemputan untuk beberapa seminar pelaburan Hartanah
  • Menjadi Penulis Jemputan majalah Apartment Impiana terbitan Karangkraf
  • Dan lain-lain.


3) Oh! Duit (VVIP3) - ohduit.com

Oh! Duit merupakan sebuah blog yang menfokuskan tentang cara buat duit secara online ini telah berumur melebihi 5 tahun. Sekiranya anda nak tahu cara buat duit secara online melalui eBay, Clickbank, Ads4bucks, Dropship dan sebagainya, saya syorkan anda kunjungi blog ini. Saya yakin anda akan berjaya mendapatkan maklumat yang anda perlukan di sana.

Selain itu, melalui blog ini juga anda boleh mendapatkan info tambahan tentang SEO, Tema Wordpress, Google Webmaster, paypal, Virtual Credit card (VCC) dan sebagainya.

Ada berita gembira...

Sekarang ni blog Oh! Duit sedang menganjurkan Contest SEO : Malaysia Best Blog 2015



Malaysia Best Blog 2015
SEO Contest : "Malaysia Best Blog 2015"

Hadiah contest ini sangat lumayan:
  • Tempat Pertama: RM1500
  • Tempat Kedua hingga ke Sepuluh : RM50

Disebabkan itu, sekiranya anda mempunyai sebuah blog, saya syorkan anda menyertai Cotest ini... Menang kalah adat pertandingan.. Kita cuba sahaja.. Manalah tahu ada rezeki boleh menang salah satu hadiah yang disediakan dalam Contest ini...  ;)


4) Malaysia Kini (PR7) - malaysiakini.com

Malaysiakini.com merupakan blog/portal 4 bahasa yang mempunyai PR7.. Bukannya senang untuk sampai ke tahap ini.. Kebanyakan blog-blog popular di Malaysia sekadar dapat mencapai PR3 dan PR4 sahaja.. Dapat capai PR4 pun dah kira hebat, inikan pula sebuah blog yang mampu memperolehi PR7..  

Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 19 Januari 2015 menunjukkan Malaysiakini mempunyai Rank ke 28 dalam Malaysia dan Rank ke 5,763 secara global.. 

Dalam blog Malaysiakini.com anda mempunyai pilihan membaca dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil. Jadi, semua rakyat Malaysia boleh membaca blog ini mengikut kesesuaian bahasa masing-masing..  

Maklumat yang terdapat dalam Malaysiakini lebih terarah kepada isu-isu terkini serta perkara yang berkaitan dengan politik di Malaysia. 


5) Beautifulnara (PR3) - beautifulnara.com

Blog mengenai gosip artis dan hiburan di Malaysia ini mempunyai status PR3.. Blog ini berada di kedudukan ke 65 ranking Alexa Malaysia dan kedudukan ke 15,800 ranking Alexa Global.. 

Niche area blog beautifulnara yang berkisarkan tentang dunia hiburan dan gosip artis. Disebabkan itu, ramai orang yang suka membaca blog ini. Terutamanya golongan remaja, belia dan suri rumah tangga yang kebiasannya suka membaca cerita-cerita berkaitan dengan dunia artis dan hiburan tanah air.  

Ada sahaja cerita baru atau berita terkini tentang dunia artis dimuatkan di blog beliau.. Kadang tu cerita tersebut belum sempat lagi keluar dalam mana-mana akhbar, tetapi telahpun dipaparkan di blog Beautifulnara.. 

Macamana Beautifulnara boleh dapat gosip dengan pantas? itu saya tak tahu.. Sekiranya anda berminat nak tahu, anda boleh bertanya sendiri dengan Bro Nara.. 


6) Paultan.org (PR4) - paultan.org

Paultan.org merupakan sebuah blog automotif yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Blog berstatus PR4 ini mempunyai Rank ke 98 di Malaysia dan 14,102 di peringkat global.. 

Saya rasa tentu ramai peminat kereta di Malaysia suka membaca blog ini.

Dalam blog ini ada mengandungi pelbagai gambar kereta yang cukup cantik.. Bila tengok gambar-gambar tersebut, boleh membuatkan saya rasa teringin nak memiliki salah sebuah kereta mewah pada satu hari nanti.  ;)


7) Amanz.my (PR4) - amanz.my

Pada 2 tahun yang lepas Blog Amanz.my berstatus PR5, mempunyai Rank ke 118 di Malaysia dan 23,689 diperingkat global. 

Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 19 Januari 2014 menunjukkan blog Amanz.my mempunyai Rank ke 179 dalam Malaysia dan Rank ke 37,768 secara global. Jauh juga rank blog ini jatuh, dalam tempoh 2 tahun. Walaubagaimanapun, blog ini masih kekal sebagai blog informasi dan teknologi dalam Bahasa Melayu terbaik di Malaysia

Artikel-artikel yang ditulis banyak memfokuskan tentang dunia IT di dalam mahupun luar negara. Termasuklah ulasan-ulasan berkenaan gajet-gajet terkini seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan lain-lain.

Seronok membaca Blog Amanz.my, lebih-lebih lagi sekiranya anda berhajat nak membali gadget atau komputer baru.. ;)


8) Denaihati  (PR3) - denaihati.com 

"Hidupkan Untuk Memberi" merupakan tagline yang cukup dikenali oleh kebanyakan blogger di Malaysia.

Daripada tagline tersebut telah menjadikan Blog Denaihati begitu dikenali oleh blogger-blogger di Malaysia, Brunei dan di Indonesia. Bila sebut sahaja blog Denaihati, orang akan teringat sifat pemurah yang dimiliki oleh Founder blog tersebut. Ada sahaja hadiah yang disediakan untuk pembaca blog berstatus PR3 ini.

Dalam blog ini, pembaca boleh mendapatkan beberapa info seperti tips-tips motivasi, perniagaan, isu semasa, pengalaman kembara, serta kisah peribadi yang dapat memberi inpirasi. 

Hasil semakan Rank Alexa bertarikh 19 Januari 2014 menunjukkan blog Denaihati mempunyai Rank ke 369 dalam Malaysia dan rank ke 38,966 di peringkat global.

Blog ini pernah memenangi beberapa anugerah seperti Best of The Best Blog of The Year 2012 (MSMW 2012),  MSMW Most Creative blog 2013, MyNic Best Personal blog 2013 dan MSMW Best micro blog 2014. Kemudian Blog Denaihati juga telah berjaya memasuki pusingan akhir untuk anugerah DiGi Best personal blog 2013 dan MITBCA Best personal blog 2013.



9) chedet.cc (PR5) - chedet.cc

Chedet.cc merupakan blog peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 4. Blog ini berkisarkan isu-isu semasa di Malaysia, isu-isu berkaitan dengan negara-negara Jiran, isu-isu Politik, ekonomi dan pelbagai cerita lain lagi sehingga ke peringkat Antarabangsa.

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan blogger veteran yang wajar dihormati oleh golongan blogger muda seperti saya (Blogger veteran pun boleh dapat PR5). Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam mentadbir sebuah negara. Dan sebagai seorang rakyat Malaysia, pastinya saya berlapang dada membaca pandangan dan pengalaman yang beliau ada dalam menikmati kehidupan melebihi 80 tahun. 

Adakalnya pandangan beliau tentang isu-isu politik di Malaysia masih releven untuk dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin di Malaysia. Jadi, blog beliau terus menjadi ikutan golongan pihak atasan dan pemimpin negara kita mahupun pemimpin negara luar.

Selain menulis blog, Tun juga turut ada menulis buku dan ebook. Saya percaya, terlalu banyak info yang ingin dikongsikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui hasil-hasil penulisan beliau. Jadi, rugi kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk membaca blog beliau.


10) RotiKaya.com (PR2) - rotikaya.com

Blog yang terakhir sekali dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya ialah Blog rotikaya.com yang juga merupakan Blog Hiburan dan gosip artis.

Walaupun blog ini sekadar mempunyai PR2, tetapi berjaya mendapat ranking ke 138 Malaysia dan ranking ke 27,008 global, berdasarkan hasil semakan yang telah dibuat pada 19 Januari 2015.

Blog Hiburan dan gosip artis ni memang ramai orang suka baca. Disebabkan kebanyakan orang yang suka melayari internet terdiri daripada golongan remaja, belia dan surirumah tangga yang suka kepada cerita-cerita tersebut. Jadi, tak hairanlah sekiranya blog ini mempunyai ramai pembaca.

Malaysia Best Blog 2015



Syukur Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya juga menyenaraikan 10 Malaysia Best Blog 2015 dan sedikit info bagi setiap blog seperti yang dikehendaki oleh pihak penganjur Contest ini. Diharap penganjur dapat menerima penyertaan saya. ;)

Selain 10 blog yang saya senaraikan di atas. Sebenarnya terdapat banyak lagi Blog terbaik Malaysia pilihan saya. Tapi apaka daya. Saya hanya mampu menyenaraikan 10 Malaysia Best Blog 2015 sahaja pada kali ini.

Bagaimana dengan pendapat anda pula? Adakah anda setuju dengan senarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan saya? 

Sekiranya anda tidak bersetuju, saya harap anda sudi mencadangkan Malaysia Best Blog 2015 pilihan anda, dengan menyertai Contest ini.

Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, berupa wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.

102 ulasan:

  1. Tak sabar pula saya nak senaraikan 10 best blogger. Tengok di list atas memang sesuai sebab semua nama2 besar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak sabar nak tunggu senarai Malaysia Best Blog 2015 dari akak.. Tentu akak akan pilih blogger yang hebat-hebat belaka.. ;)

      Padam
    2. semua power2 senarai bro anuar...terbaik!

      Padam
    3. Semua blog yang tersenarai memang layak sebagai best blog.. Kena usaha lebih ni untuk tersenarai

      Padam
  2. blogger yang hebat-hebat semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila agaknya kita nak ada sebuah blog sampai ke tahap seperti mereka?

      Padam
  3. blog yg saye suke, fatin liyana, dah lame folo die. memang die lawak. cantik n sweet, blog lain xamik port sgt huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huda ni peminat Setia Dr Fatin Liyana yer... Kalau macam tu jom support FL dengan menyenaraikan FL dalam Malaysia Best Blog 2015

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih Hairul Hafiz.. Jemput join contest ni sekali...

      Padam
  5. Wah begitu banyak huraian setisp blog yang dipilih. Semuanya power2 semua. Semoga berjaya bro....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamil Salleh, saya cuba untuk membuat huraian mana yang saya tahu jer... ;)

      Padam
  6. Yeah! blog chedet.cc pun ada. Tokoh negara yang sangat Mrs. A kagumi tak nampak lagi siapa yang boleh ganti Chedet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya juga berharap pada satu hari nanti, Malaysia akan ada seorang Perdana Menteri yang bijak dan berfikiran jauh ke hadapan seperti beliau.. Sama-samalah kita doakan yer..

      Padam
  7. fuhh..

    majoriti memang gua baca setiap bulan nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu Titan memang hebat... Ada jer masa nak update begitu banyak blog dan membaca vegitu banyak blog... ;)

      Padam
  8. ===Tapi sekarang ni macam takde lagi semakan PR yang terbaru ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya PR terbaru belum keluar... Tapi dalam 10 blog di atas.. PR blog Tun Dr M yang meningkat...

      Padam
  9. memang top blogger semuanya tuh..hohoho..dasat dasat belaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Bukan senang nak buat pemilihan ni..

      Padam
  10. ini memang senarai blogger hebat..blog chedet tu memang gempak bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul... Chedet blogger veteran yang terbaik di Malaysia.. ;)

      Padam
  11. Blog Tun M... baru dapat tahu... selalu tak pernah cuba untuk mencari... list diatas merupakan blogger2 yang agak gempak jugak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemputlah baca blog Tun M... Secara tidak langsung boleh baca pengalaman seorang perdana menteri paling lama di Malaysia

      Padam
  12. senarai yang luar biasa semoga bisa menag bro dalam kontes ini

    BalasPadam
  13. Amanz tu setiap kali buka browser mesti cari blog dia dulu. Terbaik blog amanz! Memang patut disenaraikan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya satu Malaysia pernah membaca blog Amanz, terutamanya golongan muda-muda yang suka kepada gadget terkini...

      Padam
  14. Akak Vitamin.. Jemput join Contet ini kak.. Saya pun tak sabar nak tahu senarai malaysia Best Blog 2015 pilihan akak.. Mungkin ada yang sama dengan pilihan saya.. ;)

    BalasPadam
  15. memang PR dah tak dikemaskini sejak last year rasanya...

    anyway, senarai blog ini memang mantap2 belaka..dan kebanyakannya biasa saya kunjungi..

    good luck untuk contest ini..

    BalasPadam
  16. Ctfand, tahu tak kenapa PR dah tak dikemaskini.. Tapi saya rasa kagum dengan PR blog Tun Dr M.. Walaupun PR blogger lain kebanyakannya jatuh, tapi PR blog beliau boleh meningkat naik pula berbanding 2 tahun lepas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pernah beberapa terbaca random artikel dari blogger antarabangsa tentang perkara ini..kalau saya jumpa nanti saya kongsikan...

      Padam
  17. Saya terima penyertaan anda :) Semoga berjaya & dapat bersaing dengan sihat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menerima penyertaan saya..

      Padam
  18. Memang pening nak pilih yang terbaik di dalam yang terbaik kan...Semoga berjaya dalam contest ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Hanny... Bukan senang nak buat pemilihan ini... Ada 8 perkara yang saya nilai daripada beberapa blog yang saya pilih sebelum ini... Harapnya tepat pilihan saya..

      Padam
  19. CheDet punya blog dah dua blog yang senaraikan ... memang bagus sekali.

    BalasPadam
  20. Betul tu Bro Hasrul Hassan.. Saya rasa memang wajar blog Tun Dr M disenaraikan dalam Malaysia Best Blog 2015, sebab beliau merupakan blogger yang jauh lebih berumur dan lebih berpengalaman dari kita.. ;)

    BalasPadam
  21. Sungguh teliti cara penyenaraian blog.
    Mengikut ranking untuk semua niche blog.
    Terbaik.
    Rasa macam adil dan saksama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Saya cuma berusaha untuk menghasilkan entri terbaik untuk menyertai contest ini... ;)

      Padam
  22. Balasan
    1. Beruntungkan kalau ada blog yang boleh dapat PR tinggi macam tu...

      Padam
  23. Huhu..terbaiklah..ada gak blog yg saya tak pernah singgah.semuanya terbaik lahhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bro... Hah... Kalau macam tu, inilah masanya nak singgah dekat blog yang saya senaraikan di atas... ;)

      Padam
  24. ketat sungguh kriteria yang bro letakkan.

    semua blog yang tersenarai itu hebat. semoga berjaya dengan contest ini

    BalasPadam
  25. Moshi Moshi
    Saya CEO Mr Mike Sanchez 'Pinjaman Sanchez dan Pajak Perusahaan (Miliarder Pinjaman Perusahaan). Seorang pemberi pinjaman pinjaman swasta yang terdaftar dan sah. Kami menyediakan jasa keuangan (LOAN) dan kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga rendah dari 2% untuk membiayai cacat, individu, perusahaan, industri, perusahaan dan orang-orang di masyarakat. Dan juga mensponsori Anda untuk melepaskan bakat Anda dan mencapai tujuan Anda, kami menyediakan pinjaman mulai dari £ 2000 dan di atas ... Kami siap memenuhi kebutuhan Anda, dan bagaimana Anda bisa mendapatkan pinjaman ini secara online dan akses account online. Hubungi kami melalui Email: sanchezloanandtaxcompany@gmail.com

    BalasPadam
  26. Moshi Moshi
    Saya CEO Mr Mike Sanchez 'Pinjaman Sanchez dan Pajak Perusahaan (Miliarder Pinjaman Perusahaan). Seorang pemberi pinjaman pinjaman swasta yang terdaftar dan sah. Kami menyediakan jasa keuangan (LOAN) dan kami memberikan pinjaman pada tingkat bunga rendah dari 2% untuk membiayai cacat, individu, perusahaan, industri, perusahaan dan orang-orang di masyarakat. Dan juga mensponsori Anda untuk melepaskan bakat Anda dan mencapai tujuan Anda, kami menyediakan pinjaman mulai dari £ 2000 dan di atas ... Kami siap memenuhi kebutuhan Anda, dan bagaimana Anda bisa mendapatkan pinjaman ini secara online dan akses account online. Hubungi kami melalui Email: sanchezloanandtaxcompany@gmail.com

    BalasPadam
  27. Assalammualaikum... bro anuar,

    semoga berjaya dalam contest nie... k.

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan Mohd Selim Zainal... Saya sekadar memeriahkan contest ini... kalau menang, itu rezeki namanya..

      Padam
  28. Semoga berjaya di dalam contest awal tahun ini. Semoga contest seperti ini menajamkan lagi teknik SEO blogger semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fendy... Doakan kejayaan saya yer...

      Padam
  29. Terima kasih bos Anuar kerana senaraikan Amanz. Semoga berjaya, dan jangan lupa belanja bila menang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aman, kerana sudi singgah ke blog saya.. Dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan.... ;)

      Padam
  30. blog otai ni

    pilihan pun semua hebat tu

    moga berjaya bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Tok Puteh, janganlah label saya macam tu... masih belum layak lagi nak mendapat gelaran Otai...

      Padam
  31. wow senarai diatas semuanya hebat!! Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ruby!! Semoga berjaya untuk Ruby juga... Dan tahniah, sekarang ni blog Ruby masih kekal berada di page pertama Google... ;)

      Padam
  32. selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D

    BalasPadam
  33. Hebat! Banyak blog yang high rank tersenarai! Semuanya terbaik termasuklah admin blog ini.
    Semoga berjaya dalam contest ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Blog yang saya senaraikan di atas, antara yang terbaik di Malaysia.. Tapi perjalanan blog saya masih jauh lagi untuk berjaya seperti mereka...

      Semoga berjaya untuk Bro juga...

      Padam
  34. Wow...Naisss hahaha Datang sini baca-baca sket :)

    BalasPadam
  35. Perghh.. tengok PR ya. Semua yg PR tinggi-tinggi gunung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul!! Semua PR blog yang saya pilih jauh lebih tinggi dari blog ini.... Rasa terlalu kerdil jika hendak dibandingkan dengan blog mereka semua... ;)

      Padam
  36. Kesemua yang tersenarai memang power. Blog kita sahaja melukut ditepi gantang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Bro!! Rasa kerdil diri ini jika hendak dibandingkan dengan 10 Malaysia Best Blog 2015 yang saya senaraikan di atas..

      Padam
  37. rata rata menyenaraikan Fatin Liyana. hehe! good luck, semoga dpt apa yg dihajati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai peminat FL.. Saya salah seorang daripadanya... hehehe

      Padam
    2. Yup Nik Khazami.... Fatin Liyana makin femes.... hanya blog kita tiada pengikut setia...,. spa pun jangan lupa pada contest SEO Malaysia Best Blog 2015

      Padam
  38. waaa excited nya blogger baru mcm saya tengok top 10 list tu.... awesome

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abuya, walaupun saya dah lima tahun menulis blog, tapi masih belum mampu sampai ke tahap seperti mereka..

      Padam
    2. Betul tu Muhammad Anuar..... saya dah bertahun-tahun menulis blog dan hanya yang selalu terjah blog adenaihati saja yang mungkin kenal. Apa pun mungkin juga kesilapan kita tak blogwalking ke group dan team lain. Apa pun jangan lupa Malaysia Best Blog 2015

      Padam
  39. Persaingan sengit .. tak lupa mengenai kontest SEO Jom Aktifkan MyKad yang sudah makin ramai peserta masuk bertanding.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Persaingan dalam Contest SEO "Malaysia Best Blog 2015" nampaknya semakin sengit.. Lebih sengit daripada Contest SEO jom aktifkan Mykad... huhuhu

      Padam
    2. Memang betul persaingan
      Malaysia Best Blog 2015 semakin sengit namun begitu jangan lupa pula contest SEO satu lagi Jom Aktifkan Mykad yang belah ramai menyertainya. Semoga berjaya untuk kedua-dua contest tersebut.

      Padam
  40. Hebat hebat blog yang telah dicalonkan. Nampaknya tinggal seminggu lagi contest nie kan. Semoga berjaya kepada semua peserta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Rossaimi.... Tempoh Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 masih ada kira-kira sebulan lagi... Sempat lagi kalau nak atur strategi tu.. ;)

      Padam
    2. Atur strategi macam mana bro, saya pun dah bermacam-macam buat teknik yang blogger SEO sarankan, namun apa yang terjadi ianya semakin ke laut. Ada blogger tu tak buat spa2 pun, entri mereka makin naik.

      Jom Aktifkan Mykad
      dan jangan lupa Malaysia Best Blog 2015

      Padam
  41. Semuanya blog yang berbaloi dibaca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sentiasa Panas.. Terima kasih kerana menyokong "Malaysia Best Blog 2015" yang saya senaraikan di atas

      Padam
  42. Panas! Panas!! Blogger2 OTAI sedang mengatur strategi untuk naik ke rank no 1 dalam Google.. It's not a wait n see game, it's a trick n effort game! Artikel dah SEO, cuma nak create higher quality backlinks in order to up your rank in Google! Sorry, komen bercampur sikit. Good luck to ALL!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempoh tamat pertandingan semakin hampir.. Ramai pakar-pakar SEO mula mengatur strategi... Teringin juga nak usahakan sesuatu, untuk kembali berada di page pertama google..... Tapi macam tak ada masa jer.. huhuhu

      Padam
  43. Adui..., bilalah nak naik rangking ni, asik page 2 saja. Mahu juga pak google sayang blog saya ni. Puas dah buat itu dan ini tapi terus ke dasar laut.

    Jom kunjungi entri berkaitan:
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah bro.. Rasanya entri blog saya pun dah tergelincir ke page ke dua google... Dapat bertahan di page pertama beberapa minggu jer... Bila dah tergelincir ke page kedua, tentu agak sukar untuk masuk ke page pertama balik...

      Padam
  44. Semua blog yang hebat-hebat tuan Anuar.. Moga berjaya dalam contest ini ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Sani Yunus di atas sokongan yang diberikan. .. sebelum ni macam ada harapan nak menang. .. sekarang ni rasanya macam dah tak ada harapan jer.. hehehe..

      Padam
  45. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan.. Good Luck untuk awak juga dalam Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

      Padam
  46. Senarai blog yang jarang saya kunjungi..Dr fatin tu memang dah terkenal la.jap gi nak melawat blg Che Det la :)

    BalasPadam
  47. Kena lawat blog Che Det selalu.. Supaya dapat tahu serba sedikit tentang perkembangan negara daripada kaca mata seorang mantan Perdana menteri..

    BalasPadam
  48. jujurnya.. kak suka baca blog kamu..

    BalasPadam
  49. Wah, semua hebat, saya pun baru buat blog baru semoga bisa jadi best blogger lah.. Gaya modern

    BalasPadam
  50. terbaik! nak berjaya macam dorang

    BalasPadam
  51. kapan ya blog saya bisa seperti merka ... blog yang hebat

    BalasPadam
  52. wah. moga satu hari nanti akan tersenarai juga. hehee

    BalasPadam
  53. idn poker situs judi online dengan deposit termurah hanya 10 ribu rupiah saja untuk bermain, anda juga bisa mendapatkan keuntungan dengan mudah setiap hari bermain di idn poker, ayo klik link di bawah ini untuk bermain di idn poker.
    http://www.aacaa7.org/texas-poker-online-uang-asli-sekarang-udah-bisa-main-di-hp

    BalasPadam
  54. straight from the source my explanation browse around these guys view it now More hints why not find out more

    BalasPadam
  55. Testimoni saya tentang bagaimana saya menjadi ahli Illuminati. Saya ingin bertemu dengan orang yang ingin menyertai Illuminati hebat sebagai ahli hebat Illuminati yang mahukan saya sebagai ahli hebat. Namanya ialah Lord Felix Morgan. Bantulah saya memulihkan hidup saya dari peringkat kematian. Dilepaskan selepas kira-kira 2 tahun dan enam bulan. Selepas dikhianati oleh begitu ramai ahli Illuminati. Selama bertahun-tahun saya putus asa dan kewangan dalam tanah. Tetapi suatu hari semasa melayari internet saya terjumpa jawatan Illuminati Lord Felix Morgan yang hebat dan ia mengatakan bahawa jika anda adalah salah seorang Illuminati yang hebat anda boleh menjadi terkenal, kaya dan berjaya dalam hidup. Saya menghubunginya dan menerangkan segala-galanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam Tata Dunia Illuminati. Selepas itu, mereka memberi saya semua garis panduan dan memberitahu saya bahawa selepas inisiasi, ahli baharu akan diberi ganjaran wang tunai $1,000,000. Dengan bantuan Lord Felix Morgan. Saya telah dimulakan sepenuhnya sebagai ahli penuh Illuminati. Jika nasihat anda ialah anda pernah mencuba penipu sebelum ini atau sedang, terpulang kepada saya untuk membantu anda menyertai, jadi cuba Lord Morgan. Ia adalah peluang terbaik anda untuk menjadi apa yang anda inginkan dalam kehidupan masa depan anda. Hubungi beliau di WhatsApp +2348055459757 atau e-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra