Selasa, 27 Januari 2015

Testimoni SEO 1 : TNB, Masyarakat Orang Asli dan Klinik UPSR Didik Berita Harian 2015

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Banyak sebenarnya kelebihan yang akan kita perolehi.. apabila kita dapat benar-benar menguasai SEO.. Disebabkan itu ramai rakan-rakan blogger, termasuk saya mengesyorkan anda membaca Kitab SEO warna pink.


Supaya anda betul-betul faham apa itu SEO, dan bagaimana ia berfungsi... 

Walaupun ada masanya saya tak berapa faham tentang SEO.. Ada masanya sampai terlupa tips-tips penting, yang menyebabkan blog saya berada di kedudukan yang kurang baik untuk keyword-keyword tertentu... 

Masa inilah kena baca balik Kitab SEO warna pink, supaya dapat 'up'kan semula entri tersebut untuk berada di kedudukan terbaik enjin carian. ;)

Kalau nak tahu sedikit info tentang SEO yang telah saya praktikkan melalui penulisan, boleh baca 2 entri berikut:


Ya!! kedua-dua contoh yang saya berikan berkaitan dengan Contest SEO yang sedang berjalan pada ketika ini.. Melalui entri SEO, secara tidak langsung dapat membantu kita untuk menilai tahap penguasaan SEO blog kita.. 

Sekiranya entri yang kita hasilkan dapat bertahan di page pertama enjin pencarian selama 2 minggu, ini menunjukan teknik SEO yang kita praktikkan berhasil.. 

Lepas tu, kalau dah ramai sangat peserta lain yang join contest ini, terutamanya dari kalangan mereka yang pakar tentang SEO.. Itu kita kenalah redha, seandainya entri kita ditendang ke page yang lain... hehehe



Testimoni SEO 1 : TNB, Masyarakat Orang Asli dan Klinik UPSR Didik Berita Harian 2015


Oklah.. Berbalik semula kepada tajuk entri ini, iaitu Testimoni SEO : TNB, Masyarakat Orang Asli dan Klinik UPSR Didik Berita Harian 2015.. 

Sebenarnya ada beberapa testimoni tentang SEO yang ingin saya kongsikan di blog ini.. Tetapi saya akan cuba buat testimoni SEO secara bersiri..

Testimoni SEO yang pertama berkaitan dengan TNB, Masyarakat Orang Asli dan Klinik UPSR Didik Berita Harian 2015.

Pada pertengahan bulan Januari 2015, saya ada menerima satu email daripada seorang Jurutera TNB yang berminat untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian untuk Masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan Cameron Highlands. 



Email yang saya terima daripada seorang Jurutera TNB yang berminat untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian di Cameron Highlands


          "Assalamua’laikum
Tuan,

Untuk makluman, saya adalah anggota kerja TNB yang bekerja di salah sebuah projek hidroelektrik di Cameron Highlands. Unut tahun 2015, salah satu program CSR kami adalah mengadakan program seperti klinik UPSR ini kepada pelajar-pelajar orang asli di sekitar projek. Terdapat sebuah sekolah berhampiran iaitu Sek. Keb. Pos Telanok yang mana bagi tahun 2015 terdapat 50 orang pelajar yang akan menghadapi UPSR nanti. Oleh itu, saya bercadang ingin mengadakan Klinik UPSR 2015 sebanyak dua(2) kali atas permintaan pihak sekolah, satu pada bulan Jun dan satu lagi pada bulan Ogos. Bolehkan sekirannya Klinik UPSR Didik 2015 ini diadakan disini? Pihak kami akan menyediakan keperluan berdasarkan bajet yang telah disediakan oleh TNB.


Kami sangat-sangat berharap agar ianya dapat diadakan bagi mebantu keperluan sekolah dalam melahirkan masyarakat orang asli yang berilmu dan sebagai tanda sokongan kepada pembangunan sahsiah pelajar demi meningkatkan imej Malaysia.
Sekian, terima kasih."

Sebenarnya saya bukanlah orang Berita Harian, atau Individu yang bertanggungjawab untuk memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian.

Tetapi saya sering mendapat SMS, Panggilan Telefon dan Email daripada ibu bapa pelajar, guru-guru dan mereka yang berminat untuk menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian di kawasan mereka.

Keadaan ini mungkin berlaku, disebabkan oleh penangan SEO yang saya terapkan dalam penulisan entri-entri saya sebelum ini. 

Berkaitan dengan email Jurutera TNB di atas.. Saya telah membalas email tersebut , dengan memberikan senarai nama dan nombor telefon urusetia Klinik UPSR Didik yang boleh beliau hubungi.. 

Syukur Alhamdulillah.. Proses tersebut berjalan lancar.. Dan In Shaa Allah, hajat TNB untuk melaksanakan program CSR bersama masyarakat orang Asli di Cameron Highlands , dengan bantuan Berita Harian akan menjadi kenyataan.. 



Mengimbau Kenangan Bersama Masyarakat Orang Asli Cameron Highlands 


Bila sebut tentang masyarakat Orang Asli Cameron Highlands ini, membuatkan saya teringat kepada kisah lama, sewaktu saya muda-muda dulu..

Kisah tersebut berlaku pada tahun 2002, dan hasil/pengalaman yang kami perolehi daripada kisah tersebut, telah pun dihimpunkan dalam sebuah buku yang bertajuk "Kenali Kami Masyarakat Orang Asli Di Malaysia"

Buku ini dihasilkan oleh beberapa orang pelajar dan pensyarah KUiTTHO..
Nama saya turut berada dalam senarai ;)

Buku ini mengandungi laporan dan ditulis dalam bentuk penulisan Ilmiyah.. Bukan sebuah buku Travelog kisah "pengembaraan" kami menyusuri Banjaran Titiwangsa selama 11 hari, bermula dari Cameron Highlands sehingga ke Kuala Lipis, Pahang..

Kalau saya tulis sebuah buku Travelog, tentang kisah pengembaraan dan pengalaman kami bersama masyarakat Asli di beberapa buah kampung yang terdapat di Banjaran Titiwangsa.. Agak-agak ada orang nak baca tak?

Dalam pengembaraan kami selama 11 hari menerusi Banjaran Titiwangsa, kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut skop kajian masing-masing. Seingat saya terdapat 7 skop kajian iaitu: 
  1. Bentuk Muka Bumi
  2. Merentas Budaya
  3. Tradisi dan Peradaban
  4. Amalan Dan Kepercayaan
  5. Pendidikan
  6. Sosio Ekonomi
  7. Teknologi dan Impaknya
Buku Program ini masih ada dalam simpanan saya sehingga sekarang.. ;)

Saya berada dalam Kumpulan Skop kajian yang ke 7, iaitu Sosio Ekonomi. Masa mula-mula dapat kumpulan tu, tak tahu pun nak kaji apa? Cuma ikut je cakap Ketua Kumpulan yang terdiri daripada abang-abang master dan Fasilitator.. ;) 

Peta perjalanan Jetty 2002 merentasi Banjaran Titiwangsa

Sebelum program ini dijalankan, kami terlebih dahulu diberi taklimat dan latihan tentang bagaimana untuk mengumpul data melalui sesi temuramah.. Maklumlah kami akan berhadapan dengan masyarakat orang asli.. yang berkemungkinan ada "miss Comminication" dalam aktiviti mengumpul data..

Jadi ada satu hari tu semasa berada di Cameron Highland, kami dikehendaki menemuramah mana-mana orang yang kami jumpai di Cameron Hghland.. Dengan syarat orang yang kami temuramah tersebut bukan orang melayu..

Sebagai langkah selamat, saya menemuramah penduduk tempatan berbangsa Cina.. Lebih selamat berbanding saya menemuramah warga negara asing yang banyak bercuti di Cameron Hinghland.. hehehe.. ;)

Selepas majlis Pelancaran Jetty 2002 di Cameron Highland..
Saya duduk di baris hadapan no. 2 dari kanan..

Perjalanan sebenar kami untuk mengumpul data bermula sebaik sahaja selepas perasmian pembukaan tamat.. Dengan diiringi oleh 6 orang komando yang masing-masing turut dilengkapi dengan senjata M16, kami pun bertolak ke kampung Tiat dengan berjalan kaki..


Mingikuti acara sewang di kampung Tiat..
Sekadar untuk bersuka-suka.. bukan mengikuti kepercayaan mereka..
Saya berbaju biru dan memakai jam tangan.. Masa ni badan masih fit lagi .. hehehe.. Sekarang ni dah boroi dah.. ;)

Di kampung tiat, penyelidikan kami bermula.. kami menjalankan penyelidikan mengikut pecahan skop bidang kajian masing-masing.. 

Namun begitu semasa penyelidikan dijalankan, sekiranya kami terjumpa sesuatu perkara yang menarik perhatian, kami dikehendaki merekodkan penemuan tersebut, untuk diberikan kepada kumpulan pengaji yang ada berkaitan dengan penemuan tersebut..

Contohnya, kami terjumpa panel Solar di Kampung... Panel Solar tidak termasuk dalam skop kajian kami.. Tetapi kami perlu merekodkan penemuan tersebut dengan mengambil gambar dan mencatat sedikit info, untuk diberikan kepada kumpulan yang menjalankan kajian tentang Teknologi dan Impaknya.. 


Bergambar bersama kanak-kanak orang asli di Sek. Keb. Lanai, Kg Kuala Boh
(Masa ini kanak-kanak orang asli masih pergi ke sekolah dengan berkaki ayam.. Setelah lebih 10 tahun berlalu, diharap mereka tidak berkaki ayam lagi semasa pergi ke sekolah)

Sempat bermain gendang sewang di kampung kuala Boh ;)


Berkhemah Di Kuala Misung

Sepanjang perjalanan kami, kami sempat merasa beberapa jenis makanan yang tidak pernah kami makan sebelum ini seperti landak, kancil dan rusa.. Abang-abang komando mempunyai kemahiran menangkap landak, kancil dan ikan.. Korang percaya tak ada seorang abang komando ni boleh tangkap ikan sambil menyelam dengan menggunakan pisau.. ;)

Landak yang berjaya ditangkap dan di panggang oleh abang komando.. ;)

Kancil/Pelanduk yang sedang disiang oleh abang komando..

Menaiki bot dari Jeram Perahu ke Kuala Medang..
Saya tukang ambil gambar ;)

Bagi saya program seumpama ini memang menyeronokkan.. Selain menimba pengalaman, kami juga berpeluang untuk menimba banyak perkara baru dalam kehidupan kami.. Sekiranya ada peluang untuk mengikuti program seumpama ini di lain masa, insya Allah sekiranya ada kelapangan masa, saya akan turut serta..

Bergambar semasa majlis penutupan jetty 2002 di Kuala Lipis,  Pahang
Saya berada dihadapan.. No. 1 dari kiri..

Walaupun program ini telah lama berlalu (hampir 10 tahun), namun begitu nostalgianya masih segar dalam ingatan.. lebih-lebih lagi apabila terpandang buku "Kenali kami masyarakat orang asli di Malaysia"..

Melalui program ini.. Secara tidak langsung, saya dapat menyelami kehidupan masyarakat orang asli di Malaysia, yang tinggal di kawasan-kawasan pendalaman di sepanjang Banjaran Titiwangsa. 

Di sesetengah kawasan pedalaman yang terletak jauh di tengah hutan, ada masyarakat orang asli yang takut nak keluar rumah, apabila ternampak kami berada di kampung mereka. 

Dari luar rumah, kami nampak mata mereka sedang melihat kami dari celah-celah dinding buluh yang agak jarang.

Walaupun keadaan mereka begitu, tetapi mereka tetap Rakyat Malaysia yang perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan dan badan-badan koporat.

Jadi, saya sokong 200% usaha yang dilakukan oleh pihak TNB untuk membantu Masyarakat Orang Asli di cameron Highlands, dengan menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian 2015.. 

Sama-samalah kita doakan, semoga usaha tersebut mendapat keredhaan Allah S.W.T... 


7 ulasan:

  1. Lupa nak promote. .. Klinik UPSR Didik Berita Harian Fasa 1 akan diadakan di tempat saya bekerja, pada bulan Mac atau April.. In Shaa Allah, sekiranya dah confirm tarikh nanti, akan saya maklumkan di blog ini..

    BalasPadam
  2. hal teknik seo ni
    memang kena redha saja bila entri kita tiap hari ditendang ke belakang
    sambil2 cari ilmu untuk tendang entri orang lain pula

    BalasPadam
  3. Memang terbukti keberkesanan Kitab Pink ni.Saya pun dah memilikinya.Sekarang harga sudah melambung. :)

    BalasPadam
  4. macam sedap jer landak panggang tu....hihi

    BalasPadam
  5. buku teknik seo merah jambu mmg terbaik. dah ramai pengamal ilmu pink seo berjaya dalam blogging

    BalasPadam
  6. hebatnya penangan SEO bro... !!! terbaik

    Entri terkini Manan : Kuasai Aliran Tunai Anda

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra