Sabtu, 29 November 2014

Koleksi Seni Khat Kufi Pada Harga Promosi!

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hujung minggu lepas, saya berkesempatan pulang ke Kampung isteri di Pusing, Perak.. 

Biasanya dalam tempoh sebulan, memang tak pernah miss pulang ke kampung saya, pulang ke Kampung Isteri, berehat di rumah dan jalan-jalan.. Dalam sebulan ada 4 minggu.. jadi, pandai-pandailah kami mengagih-agihkan masa yang ada, supaya tiada mana-mana pihak yang berkecil hati, terutamanya ibu bapa saya dan ibu bapa mertua saya.. Hati orang tua kena sentiasa di jaga, barulah hidup tenang selalu..

Disebabkan itu, sekiranya ada mana-mana jemputan atau undangan untuk menghadiri seminar, kursus dan sebagainya yang tidak dapat saya hadiri... Janganlah berkecil hati.. Bagi saya urusan keluarga tetap perlu diutamakan.. Kalau dah janji nak balik kampung sekian-sekian haribulan, biasanya memang kami akan balik kampung.. Kecuali sekiranya kami dapat undangan awal, kami boleh tangguhkan masa untuk pulang ke kampung.. 

Baiklah.. Semasa saya pulang ke Kampung isteri baru-baru ini, saya mendapat satu berita baik yang saya rasa wajar dikongsikan kepada pembaca blog ini..

Berita baiknya projek seni Khat Kuhfi yang adik ipar saya usahakan sejak beberapa bulan lalu, telah pun berhasil..

Dah ada orang yang mula membuat tempahan.. Terutamanya rakan sekerja adik ipar saya dan juga saudara mara terdekat..  

Hmmm... Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya.. Jom kita lihat Koleksi Seni Khat Kufi yang telah siap ditempah oleh pelanggan..




Ayat Kursi (Tulisan Hitam, latar belakang putih) : Saiz 2kaki X 4kaki


Ayat Kursi (Tulisan Pink + pink lembut, latar belakang Hitam) : Saiz 2kaki X 4kaki


Ayat Kursi (Tulisan Pink + Kuning, latar belakang Hitam) : Saiz 2kaki X 4kaki
.

Ayat Kursi (Tulisan berwarna-warni, latar belakang Hitam) : Saiz 2kaki X 4kaki

Surah Al-Fatihah (Tulisan Hijau, latar belakang Hitam) : Saiz 2kaki X 3kaki


Surah Al-Fatihah (Tulisan Merah + Pink + Putih, latar belakang Hitam) : Saiz 2kaki X 3kaki


Tasbih dan Tahmim (Tulisan Pink + Putih, latar belakang Hitam) : Saiz 1kaki 6inci x 1kaki 6inci

Surah 4 kul (Tulisan Merah + Hitam, latar belakang putih) : Saiz 2kaki X 2kaki

Surah Al-Asr (Tulisan berwarna warni, latar belakang Hitam) : Saiz 2kaki X 2kaki

Anda boleh menempah Seni Khat Kufi mengikut saiz dan kombinasi warna yang anda inginkan.


Senarai Harga Promosi Seni Khat Kufi :
  1. Allah dan Muhammad  1kaki x 1kaki (RM250/ set)
  2. Bismillah 1kaki x 1kaki (RM150/set)
  3. Tasbih, Tahmit dan takbir  1kaki 6inci x 1kaki 6inci (RM180-RM200)
  4. Surah 3 kul/ surah 4 kul  2kaki x 2kaki (RM300 - RM350)
  5. Surah Al-Asr 2kaki x 2kaki (RM220 -RM330)
  6. Ayat Seribu Dinar 2kaki x 3kaki (RM320 - RM370)
  7. Ayat Kursi 2kaki x 4kaki (RM400 - RM450)
  8. Surah Al-fatihah 2kaki x 3kaki ( RM320 - RM370)
  9. Tempahan Istimewa dibuka untuk Asmaul Husna (99 Nama Allah) 2kaki x 4kaki (RM550 RM600)
Nota : Harga tertakluk kepada bilangan unit yang ditempah, saiz dan kombinasi warna yang diinginkan

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi adik ipar saya 
>> Ikram : 018-5787954



7 ulasan:

  1. Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi adik ipar saya. .

    BalasPadam
  2. Cantik, kali pertama aku tengok seni khat kufi ni.

    BalasPadam
  3. lawa seni khat kufi nie...lain dari yang lain

    BalasPadam
  4. cantik bro... satu usaha yang berbaloi-baloi...

    BalasPadam
  5. okeh.

    memang cantek gak koleksi ni.

    BalasPadam
  6. cantiknya memang lama dah mengidam nak frame kufi ni

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra