Khamis, 27 November 2014

Potongan Harga RM40 Tiket Legoland Malaysia

with 7 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Anak sulung saya (Haikal) dan anak kedua saya (Adam) dah tak sabar nak pergi ke Legoland Malaysia buat kali yang kedua.. 

Masa kali pertama pergi ke Legoland dulu, saje nak bagi peluang kepada isteri dan anak-anak bercuti ke sana.. Kebetulan pula masa tu saya ada program di Johor Bahru.. Jadi, saya ambil kesempatan untuk menunaikan keinginan mereka..

Syukur Alhamdulillah.. Anak-anak dan isteri berasa gembira dapat berpeluang menjejakkan kaki ke sana buat kali yang pertama..

Seminggu selepas itu, anak-anak minta nak pergi ke Legoland buat kali yang kedua.. Seronok sangat katanya..

Kalaulah Legoland tu dekat dan harga tiketnya murah, mungkin tak ada masalah untuk menunaikan keinginan mereka.. Tapi boleh tahan juga mahalnya harga tiket Legoland ni.. Huhuhu..

Disebabkan setiap hari anak-anak sebut.. minta saya bawa mereka pergi ke Legoland.. Sampai tak tahan saya mendengarnya... Jadi, untuk meredakan keadaan, saya pun mengenakan satu syarat kepada mereka.. 


..

..

Syaratnya, mereka perlu dapat keputusan periksa Nombor 1 dalam kelas.. Baru saya bawa mereka pergi ke Legoland sekali lagi pada tahun depan..

..
..

Selepas saya mengenakan syarat tersebut, anak-anak saya dah tak minta saya pergi ke Legoland.. Fuhhh.. Rasa tenang sekejap.. Jimat duit saya.. Rasa lega sebab anak-anak dah tak sebut-sebut lagi nak pergi ke Legoland..

Kelegaan tersebut rupanya tak lama..

Selepas keluar keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014, anak sulung saya (Haikal) meminta saya menunaikan janji.. Bawa mereka ke Legoland, sebab beliau berjaya dapat Nombor 1 dalam kelas dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2014..

Saya rasa macam tak percaya bila dapat tahu keputusan peperiksaan tersebut.. Seronok tu memang lah seronok, sebab anak dapat nombor satu dalam kelas.. Dalam hati memanglah gembira, Tetapi dalam kepala ni hanya Allah sahaja yang tahu.. Manalah nak cari extra income, nak bawa mereka pergi bercuti ke Legoland.. 

Kalau nak dikirakan, kos pergi bercuti ke Legoland untuk kami sekeluarga menelan belanja dekat RM2000.. Dah sama macam kos bercuti ke Sabah/Sarawak atau ke luar negara seperti Indonesia/Thailand.. 

Takperlah... Kalau ada rezeki nanti, saya akan tunaikan janji saya kepada mereka, terutamanya kepada anak sulung saya..


Enjoy RM40 Off Legoland Malaysia Resort Tickets

Berita ini sedikit melegakan saya.. Boleh dapat Voucher potongan harga Tiket Legoland sebanyak RM40 sekiranya mengisi minyak di Petron..


Enjoy RM40 Off Legoland Malaysia Resort Tickets


Potongan harga RM40, banyak juga tu..

Tapi Voucer ini hanya boleh digunakan sehingga 31 Mac 2015..

Untuk maklumat lanjut, boleh baca terma dan syarat di bawah..



Dengan adanya Voucer ini, sekurang-kurangnya dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan ketika bercuti ke Legoland nanti.. ;)

Berminat nak dapatkan Voucher ini? Silalah isi minyak di stesyen minyak petron berhampiran... 


7 ulasan:

  1. Haha..terbaik lahhh..seronok rasanya nk pergi Ke sibi enth bila LA has..hehe

    BalasPadam
  2. wah untung la kalau dapat potongan harga rm40 nie

    BalasPadam
  3. Tahniah Haikal... Nmpknya terpaksalah abah dia rajin2 isi minyak kat di Petron..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dapat 6 free ticket untuk family kita sahaja 204 aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

      Padam
  4. saya suka idea ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bukan kamu bukan sesebuah negeri suka LEGO LAND ini sangat best jangan miss this

      Padam
  5. dulu saya tak tahu saya isi minyak 120 tetapi petron itu tidak bagi kita ticket selepas kita tanya sahaja bagi?

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra