Isnin, 21 Julai 2014

Solat Tarawih Bersama Imam Gaza dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza

with 0 Comment
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah...

Hari ini kita diberi kesempatan untuk berada di hari yang ke 23 Ramadhan.. Masih berpeluang untuk terus bernafas di bumi Allah ini, sambil menghayati saki baki bulan Ramadhan, yang semakin hampir sampai ke penghujungnya bagi tahun 1435 Hijrah..

Buat pembaca blog Coretan Anuar yang budiman.. Sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan.. Ambillah peluang ini.. Rebutlah peluang ini, untuk memperbanyakkan amal ibadah.. 

Semoga dengan izinnya, dapat kita berpeluang untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. Malam yang sangat dirindui ... Malam yang sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang sentiasa beramal dengan amalan soleh.. Malam yang sangat dinantikan oleh golongan yang hidup di dunia ini, semata-mata untuk mengumpulkan bekalan kehidupan di akhirat kelak..

Ya! Semua orang masih ada masa 7 hari lagi untuk menghayati bulan Ramadhan dengan sepenuh jiwa.. Amalan yang sepatutnya yang kita lakukan sebagai hamba Allah S.W.T.. 

Jangan terlalu berharap kepada bulan Ramadhan tahun hadapan untuk menghayatinya.. Ini kerana belum ada jaminan lagi kita dapat hidup setahun lagi.. Dari semasa ke semasa ada sahaja berita yang kurang enak didengari.. Berita-berita yang selama ini kita anggap mustahil boleh terjadi, tetapi kini telah pun terjadi...

Sebelum ini siapa pernah menyangka, rakan-rakan kita yang berada dalam penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam (Belanda) ke Kuala Lumpur (Malaysia) boleh terkorban dalam nahas pesawat..

Sebelum ini siapa pernah menyangka, rakan-rakan kita yang berada dalam penerbangan pesawat MH370 dari Kuala Lumpur (Malaysia) ke Beijing (China) boleh hilang tanpa di kesan..

Pada hari ini banyak perkara mustahil boleh berlaku.. Lebih-lebih lagi dalam dunia akhir zaman... Di mana keimanan umat Islam senipis kulit bawang.. Sedangkan musuh-musuh umat Islam semakin bermaharajalela untuk menghancurkan umat Islam dengan kekerasan seperti yang berlaku di Gaza, Mesir, Syria dan sebagainya.. 

Itu yang dapat kita lihat dengan cara kekerasan... Yang selebihnya mereka lakukan dengan cara halus untuk merosakkan akhlak dan akidah anak-anak kita melalui media massa maya, bercetak dan elektronik...

Pada hari ini, mereka (musuh Islam) boleh melakukan pada sahaja untuk menghancurkan umat Islam... Sebab teknologi berada di bawah kekuasaan mereka.. Mereka yang menguasai media sosial, mereka yang menguasai sistem telekomunikasi, mereka yang menguasai satelit, mereka yang menguasai teknologi penerbangan, mereka juga menguasai kecanggihan teknologi senjata... Kesemuanya berada di bawah penguasaan mereka...

Kita (kebanyakan umat Islam) hanya berperanan sebagai pengguna sahaja... Ya! Itulah kelemahan kita berbanding mereka..

Disebabkan itu kita tidak boleh lagi leka... Kita perlu berjuang untuk mempertahankan Islam di muka bumi ini... 

Kita perlu memperkuatkan jiwa keimanan dan Islam dalam diri kita terlebih dahulu.... Dalam masa yang sama cuba menghulurkan bantuan... Untuk membantu saudara-saudara seislam kita yang sedang berjuang ke jalan Allah... jihad Fisabilillah...

Bantulah mereka dengan apa jua cara yang termampu...  

Bantulah mereka dengan sumbangan harta benda sekiranya kita berkemampuan... Sekiranya tidak berkemampuan dari segi harta benda, bantulah mereka dengan doa kita.. Doa orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan lebih Mustajab..

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka”. 
(Riwayat Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dll. Sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ahmad Syakir dalam ‘Umdah al-Tafsir menilainya sahih).

Allah telah menyebut tentang kewajiban berpuasa pada bulan Ramadan, maka Allah ikuti dengan janjiNYA di mana DIA berfirman (maksudnya):

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk" 
(Surah al-Baqarah: Ayat 186).

Selagi kita hidup dimuka bumi ini, kita berpeluang berpuasa di bulan Ramadan. Doa dimustajabkan apabila kita berpuasa. Puasa itu mendatangkan pahala. Puasa itu juga mendidik rohani agar tunduk kepada kehendak Allah S.W.T. Puasa menyuburkan keikhlasan dalam jiwa. Lantas puasa membentuk kekhusyukan yang luar biasa. Dengan itu doa orang yang berpuasa dimustajabkan.


Solat Tarawih Bersama Imam Gaza dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza



Sempena bulan Ramadhan ini... Pusat Islam Politeknik Sultan Idris Shah, dengan kerjasama Pertubuhan Aqsa Syarif Berhad dan Jabatan Agama Islam Selangor akan menganjurkan Solat Tarawih Bersama Imam Gaza dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza yang diadakan seperti butiran berikut:
  • Tarikh : 21 Julai 2014
  • Masa   : Isnin Malam Selasa
  • Tempat : Pusat Islam, PSIS

Marilah kita bersama-sama turut memeriahkan program ini... Supaya dapat kita bersama-sama mendoakan sahabat-sahabat kita di GAZA.. Disamping menghulurkan sedikit sumbangan untuk membantu  mereka di sana..

P/s : Kepada rakan-rakan yang telah menghulurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin di GAZA, ada tawaran istimewa yang telah saya sediakan... Untuk maklumat lanjut tentang tawaran istimewa tersebut, boleh klik di sini

Info Berkaitan : 

0 comments:

Catat Ulasan

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra