Selasa, 25 Disember 2012

Belajarlah Untuk Memberi.. Semoga tuhan akan memurahkan rezeki anda..

with 6 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Belajarlah untuk memberi... Semoga tuhan akan memurahkan rezeki anda.. 

Percayalah dengan janji-janji Allah dalam Al-Quran.. Sekiranya kita rajin bersedekah, tuhan akan memurahkan rezeki kita..
Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 195
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"


Rezeki yang ada pada kita pada hari ini datangnya daripada Allah S.W.T.. Rezeki tersebut dipinjamkan kepada kita, supaya kita dapat mentakbir rezeki tersebut dengan baik... Dan sebahagiannya perlu digunakan untuk membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan.. 
Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 245
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

Dalam ayat Al-Quran yang lain, Allah S.W.T ada menyebutkan tentang kelebihan orang-orang yang suka bersedekah.. Sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya. Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki seseorang hamba. Allah berfirman:
Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 261 
"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang, mempunyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga harus beringat... Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu  semata-mata, tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.

Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan. Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

Janganlah Bersifat individualistik.. Terlalu mementingkan kekayaan diri sendiri, tanpa mempedulikan kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh orang lain... Belajarlah untuk memberi, walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya. Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita. Sabda Rasulullah:
Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).


Amalan sedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana kita mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pihak yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari amalan bersedekah ini.

Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 265
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.
Walaupun telah banyak ayat-ayat AL-Quran yang menceritakan tentang kelebihan bersedekah, tetapi masih ada lagi yang ragu-ragu untuk bersedekah.. Mereka merasakan dengan bersedekah akan mengurangkan wang mereka.. Sebenarnya perasaan ragu-ragu tersebut berpunca daripada bisikan Syaitan yang menakut-nakutkan kita daripada berbuat kebaikan.. Dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 268 ada menyebut..
Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 268
"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."


Menurut beberapa hadis, memulakan hari kita dengan bersedekah akan menghindarkan kejadian buruk dan tidak diingini. Boleh kita katakan bahawa sedekah itu mampu menolak bencana dan bala. Kerana kita telah bersedekah pada hari itu, Allah akan melindungi kita sepanjang hari kita besedekah. Adakah kita mahu diberkati sepanjang hari? Sudah pasti! Sedekah adalah pembuka amalan yang suci sepanjang hari.

Sedekah juga mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT. 

Menurut kata seorang ustaz... Sekiranya datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan dimarahi dan ditengking golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya walaupun sedikit. Kerana dosa menengking dan menyakiti hatinya adalah lebih besar daripada pahala jika bersedekah dengan separuh harta yang dimiliki. Jangan pula kita menolak orang yang mula-mula mendatangi kita, kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia. Mereka mungkin jin yang diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan harta yang kita miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh Malaikat semasa hari Qiamat.

Justeru itu, marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan untuk membantu Rakyat Palestin di Gaza... 

Anda boleh menghulurkan bantuan untuk membantu rakyat palestin melalui nombor-nombor akaun bank yang tertera pada dua banner di bawah:


Sumber : Aqsa Syarif


Sumber : Aman Palestin 

Sehingga kini ramai yang telah membantu.. Barisan Artis, Pertubuhan NGO, pihak kerajaan, badan-badan berkanun.. Semuanya telah berusaha menghulurkan bantuan... Tapi jumlah kutipan tersebut masih tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan mereka di sana.. Terlalu besar penderitaan dan kesengsaraan yang ditinggalkan oleh tentera Israel kepada mereka... 







Sumber : Klik di sini

Lihat barisan artis di atas... Mereka telah cuba sehabis baik untuk menghulurkan bantuan... Semoga setiap usaha yang kita lakukan akan mendapat keberkatan di akhirat kelak..

Berilah sedekah setakat mana termampu.. kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta." (Riwayat Ahmad).

Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan. 
Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya:

“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).
Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.
Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).





Dalam Surah Al-Imran : Ayat 92"Kamu tidak akan mendapat balasan kebajikan kecuali kamu mendermakan sebahagian apa yang kamu sayangi dan sesuatu apa yang kamu dermakan itu Allah S.W.T mengetahui akannya
Sabda Nabi Muhammad S.A.W"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Semoga dengan bersedekah, Allah akan mengurniakan kepada kita rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri serta anak-anak yang baik dan cemerlang.

Anda juga boleh membaca entri lain berkaitan dengan kempen membantu rakyat Palestin di gaza dengan klik pada senarai link di bawah:


P/S: Klik like pada button facebook yang terdapat pada entri ini supaya dapat menarik minat orang ramai untuk turut sama menghulurkan bantuan.. Terima kasih... 

6 ulasan:

  1. Tangan yang memberi lebih baik drpd tangan yg menerima.. teringin nk p gaza.. huhu

    BalasPadam
  2. bak kata tag dari denaihati : hidup untuk memberi :)

    BalasPadam
  3. Masih dalam proses pembelajaran untuk tidak 'berkira' untuk apa-apa pun... semoge dijauhkan la sifat kedekut dalam diri kita semua :) huhuhu

    BalasPadam
  4. Lagi murah rezeki bila rajin memberi!

    BalasPadam
  5. Memberi mendatangkan bahagia, lagi banyak memberi lagi banyak rezeki datang

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra