Rabu, 21 November 2012

Korban di Gaza terus meningkat.. Ya Allah, bantulah mereka di sana..

with 8 comments
"Bandar Raya Gaza, 21 Nov 2012: Enam lagi penduduk Palestin terkorban dalam serangan di Gaza pagi semalam, selepas malam yang tenang buat kali pertama sejak serangan Israel tujuh hari lalu, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.

Penduduk Palestin membawa jenazah remaja, Osama Shehada yang terkorban dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat, Semenanjung Gaza, semalam.

“Enam penduduk mati syahid dalam dua serbuan di kawasan Mughraqa di selatan Bandar Gaza dan yang ketiga terkorban di Beit Lahiya,” kata Adham Abu Selmiya.

Beliau berkata, korban terbaru dikenali Abdel Rahman Hamed yang terbunuh di Safina dan Mohammed Badr yang terkorban dalam serangan di Deir al-Balah di tengah Gaza.

Kematian terbaru meningkat angka kematian di pihak Palestin kepada 116 orang dengan mereka yang cedera lebih 920 orang."
Sumber : ( Klik Di Sini)

Saya rasa sedih dan bersimpati apabila terbaca berita demi berita tentang penderitaan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.  

Gambar dibawah menunjukkan Penduduk Palestin membawa jenazah remaja, Osama Shehada yang terkorban dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat, Semenanjung Gaza, semalam.

Sumber : ( Klik Di Sini)

Sungguh keterlaluan serangan demi serangan yang telah dilakukan oleh tentera Israil kepada penduduk palestin.. Kadang tu saya terfikir, apalah salah mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa?

Adakah puak rejim Israel yang melakukan serangan ini tidak mempunyai keluarga, anak, isteri dan saudara mara, sehingga sanggup melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini kepada orang lain? Adakah mereka tidak takut sekiranya kezaliman yang mereka lakukan tersebut terkena kepada ahli keluarga sendiri? 

Apa salah kanak-kanak ini? Mereka langsung tidak berdosa. Tetapi mereka telah melalui penderitaan sedahsyat ini..

 

Kanak-kanak ini mungkin sebaya dengan anak-anak saya, anak-anak anda, atau adik-adik anda.. Waktu usia mereka sekecil ini, biasanya seekor nyamuk pun kita tak bagi hinggap ditubuh mereka.. Apatah lagi kecederaan seteruk itu..

Seandainya Anak kita jatuh, luka sedikit pun kita dah rasa susah hati.. Seboleh-bolehnya biarlah kesakitan yang sedang mereka alami tersebut dipindahkan kepada kita.. Biarlah kita yang merasai kesakitan tersebut.. Tak sanggup nak melihat mereka menangis kesakitan..

Itu keadaan hidup kita di Malaysia.. Tetapi keadaannya ternyata jauh berbeza di Gaza.. Lihatlah gambar kanak-kanak di atas.. Betapa kasihannya mereka.. Kita sendiri pun tak sanggup nak melihat penderitaan kanak-kanak tersebut.. Apatah lagi kedua ibu bapa mereka yang mengalaminya.. Kata orang berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. 

Bagaimana agaknya keadaan mereka pada masa hadapan?

Bagaimana mereka hendak melalui alam persekolahan dalam keadaan persekitaran yang huru-hara? 

Di Malaysia anak-anak kita mampu tersenyum melihat percikan bunga api, dentuman meriam, dan letupan mercun.. Kerana mereka tahu, itu adalah simbolik kegembiraan apabila menjelang musim perayaan..

Tetapi kanak-kanak di Palestin hanya mampu mendengar das-das tembakan bertalu-talu, letupan bom yang menggegarkan dunia.. Sehingga setiap saat mereka hidup dalam ketakutan.. 

Kasihannya mereka.. Sampai bilakah mereka akan terus hidup dalam keadaan sedemikian rupa..

Keadaan di Gaza pada ketika ini..

Rakyat palestin hidup dalam kesengsaraan.. 

Pengeboman  secara berleluasa (Kejadian berlaku pada 18 Nov 2012).. 

Tidak sanggup untuk saya menyaksikan Video penderitaan yang sedang di alami oleh rakyat palestin di Gaza.. Tetapi disebabkan nak tahu keadaan yang berlaku di sana, saya gagahkan juga untuk menonton video ini sehingga tamat.. 



Betapa zalimnya rejim Israel, kerana memerangi rakyat Palestin yang tidak berdaya.. Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan berdoa.. Semoga Allah melindungi rakyat Palestin yang tidak berdaya ini..

Rakyat palestin adalah saudara seislam kita..  Mereka kini sedang hidup dalam kesengsaraan.. Tidakkah terlintas di hati kita untuk membantu mereka?

Saya percaya tentu ramai di antara kita yang tidak sanggup untuk melihat kesusahan yang sedang dialami oleh orang lain.. Sememangnya itu jiwa kita rakyat Malaysia.. Masyarakat yang hidup berbilang kaum, tetapi sangat hormat menghormati di antara satu sama lain.. 

Melihat rakan dalam keadaan kesusahan, kita akan sedaya upaya membantu.. Melihat jiran tetangga dalam keadaan kesusahan, kita juga akan sedaya upaya membantu mereka.. Bertuah sungguh kita hidup di Malaysia kerana mempunyai masyarakat yang begitu prihatin dengan nasib yang menimpa orang lain..

Jadi, di atas keprihatinan tersebut, marilah kita bersama-sama membantu rakyat Palestin yang kini sedang hidup dalam kesengsaraan.. 

Bantuan yang boleh kita sumbangkan, bukanlah bantuan ketenteraan.. Mengangkat senjata dan pergi memerangi rejim Israel.. Kita tidak berdaya untuk membantu mereka sehingga ke tahap itu.. 

Jadi, apa yang kita boleh lakukan.. Kita hanya mampu berdoa.. dan dalam masa yang sama kita boleh menyumbangkan dana dalam bentuk wang ringgit untuk membantu mereka.. 

Dana tersebut boleh disumbangkan melalui AQSA SYARIF, yang merupakan satu pertubuhan NGO Malaysia yang menyalurkan bantuan terus ke Palestin.. Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun-akaun berikut:


Untuk meklumat lanjut, anda boleh melayari facebook pertubuhan ini di url berikut: http://www.facebook.com/aqsa.syarif

Bagi memudahkan sebarang urusan berkenaan kutipan derma dan ceramah isu terkini Palestin di tempat anda sila menghubungi Pengurus-pengurus Aqsa Syarif Negeri masing-masing. Melalui pengurus-pengurus negeri juga anda boleh memperolehi hubungan Ketua-ketua Daerah Aqsa Syarif. Pelbagai aktiviti boleh dianjurkan dan penglibatan sukarelawan dari kalangan anak-anak muda, persatuan-persatuan, kelab-kelab dan sebagainya boleh dilaksanakan.




Zon Utara :
- Perlis : Mohamed Radzi - 019-5796684
- Kedah : Abdul Wahab - 013-4327202
- P.Pinang : Prof Dr Md Roslan - 019-4441404
- Perak : Hj Mazli - 019-3327991
-----------------------------------------------------------
Zon Pantai Timur :
- Pahang : Zulkifli - 013-9861910
- Terengganu : Ust M Lokman 019-9818246 / Hj Muzahar 019-9132463
- Kelantan : Dr Othman - 013-9848081 / Ust Nuri 019-3218685
-----------------------------------------------------------
Zon Borneo :
- Sabah : Ust Rapi Manji 016-8304749
- Sarawak : 019-4671364
-----------------------------------------------------------
Zon Lembah Klang (Selangor n Wilayah Persekutuan KL)
Pengurus Selangor : Syed M Radhi 013-3909881
- Gombak : M Isa - 013-2897211
- Kajang - Ust Qamar 013-2061957 / Ust Syazli 012-3614874
- Kuala Langat - Mohd Yusri Dahrumi 019-3866570
- Hulu Langat - Mahathir Said 013-6306607
- Petaling Jaya - Anuar Aris 019-2701194
- Subang jaya - Tengku Shahrom 019-2716292
- Klang - Kamsani Nasir 019-9487544
- Sepang - Norazmi Talib 019-3132246
- Kuala Selangor - Ust Nagmudin b Hussain 019-6426238
- Ampang Jaya - Syed Noh 019-2720855
- Shah Alam - Ismail Sulaiman 019-2677105
- Hulu Selangor - A.Khalil Khamis 019-2677902
- Sabak Bernam - Mohd Azmi 013-3319163
----------------------------------------------------------
Wilayah Persekutuan KL
- Pengurus : Zaharuddin Othman 012-6167819
----------------------------------------------------------
 Negeri Sembilan
- Pengurus : Hasri - 012-3364065
-----------------------------------------------------------
Zon Selatan :
- Melaka : Aris - 017-2525300
- Johor : Dr Faizul 017-7232063

Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar aktiviti sukarelawan pertubuhan ini untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza..



Betapa gembiranya si ibu dan kanak-kanak ini menerima sebahagian daripada sumbangan tersebut..

Marilah kita bersama-sama memberi sokongan kepada Pertubuhan ini, yang mempunyai visi untuk: 

"Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah"


8 ulasan:

  1. yang sedihnya anak-anak kecil menjadi masa.....

    BalasPadam
  2. Mari kita doakan bersama untuk kesejahteraan Gaza

    BalasPadam
  3. insyaAllah sama2 kita menyumbang dan berdoa supaya saudara kita dilindungi Allah.

    BalasPadam
  4. Saya kongsikan bersama mengenai Aqsa Syarif ini di Laman saya ...

    BalasPadam
  5. ckckck
    astagfirullah

    semoga allah mengampuni dosa2 semua korban dari tuw
    aamiin

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra