Ahad, 17 Mac 2013

Larian 10K Untukmu Gaza

with 1 comment
Assalamualaikum dan Salam Sejatera...

Pada bulan Jun ini, akan berlangsungnya satu program yang dikenali sebagai "Larian Gaza 10K" yang dianjurkan oleh Artist KL Production Sdn Bhd dan Aman Palestin Berhad untuk membantu Rakyat Palestin di Gaza.... 

Sumber : Klik Di Sini
Objektif utama acara ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin dan dalam masa yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa apa yang sedang berlaku di Gaza pada ketika ini bukan berkaitan dengan isu agama semata-mata... tetapi turut melibatkan isu kemanusiaan...

Justeru itu, seharusnya seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama perlu tampil menghulurkan bantuan... Sebagai tanda prihatin terhadap kesengsaraan/penderitaan yang sedang dihadapi oleh orang lain...

Sekiranya anda mengikuti perkembangan isu Gaza yang tersiar di dada-dada akhbar dan juga di saluran televisyen tempatan... Tentu anda berasa kasihan melihat beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza tanpa mengira umur dan jantina terpaksa berjuang untuk hidup mereka, walaupun mereka hidup di tanah air mereka sendiri... 

Mereka dibunuh dengan kejam, ditindas dengan teruk, disakiti dan didera dengan kejam.. Yang sepatutnya tidak berlaku dalam dunia pada hari ini. Hak mereka ke atas tanah Palestin sering ditidakkan dan ini menjadikan serangan ke atas Gaza dianggap tidak wajar oleh seluruh penduduk dunia. 

Dalam keadaan rakyat Palestin tidak mempunyai angkatan tentera yang lengkap bersenjata,  untuk mempertahankan tanah air mereka... Rakyat mereka diserang bertubi-tubi dengan menggunakan kecanggihan teknologi senjata moden daripada askar-askar rejim Israel... Tanpa belas kasihan... Sedangkan kuasa-kuasa besar dunia sekadar hanya menjadi pemerhati, tanpa menghulurkan sebarang bantuan...

Jadi, sebagai pertubuhan yang begitu prihatin terhadap nasib yang sedang dialami oleh orang lain... Artist KL Production Sdn Bhd dengan kerjasama Aman Palestin Berhad akan menganjurkan Larian 10K untukmu Gaza pada 9 Jun ini...

Larian untukmu Gaza ini dibahagikan kepada 4 kategori, supaya dapat menarik semua peringkat umur untuk bersama-sama menyertai larian ini.. 
  • Category A ( Men Open ) – 10KM
  • Category B ( Women Open ) – 10KM
  • Category C ( Kids – 12 and below) – 5KM
  • Category D ( Veteran – 50 and above) – 5KM


Jadi, anda boleh pilih untuk berlari dalam kategori mana?... Tepuk dada, tengok pada kad pengenalan... Barulah anda tahu, anda sepatutnya berlari dalam kategori mana...  ;)

Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya berminat untuk menyertai Larian Gaza 10km, saya syorkan anda mengisi borang pendaftaran secara online dengan Klik Di Sini ... 

Semoga dengan sokongan yang anda berikan akan dapat memeriahkan lagi aktiviti ini...  

Anda juga mungkin meminati:

1 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra