Isnin, 10 Disember 2012

Dermalah Seikhlas Hati Untuk GAZA : Hadiah Istimewa Menanti Anda

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Gaza di atas kejayaan mendapat pengiktirafan negara Palestin oleh PBB.. Kejayaan tersebut diperolehi hasil keputusan  undian yang dibuat dalam kalangan negara anggota PBB sendiri... Sebanyak 138 negara anggota PBB memberi sokongan, sembilan negara menentang, manakala 41 anggota lagi berkecuali... 

"Setelah lebih seminggu, akhirnya gencatan senjata di antara Israel dan Hamas tercapai secara rasmi bermula jam 9 malam waktu tempatan atas persetujuan ketetapan perjanjian yang diumumkan di Mesir.
Berita gembira itu tentu sekali melegakan penduduk Gaza.
Penduduk di sekitar Gaza City mula keluar ke jalanan untuk meraikan gencatan senjata itu.
Menurut laporan agensi berita AFP, Israel perlu menghentikan semua serangan sama ada di darat, laut dan udara termasuk yang mensasarkan individu atau premis manakala pihak di Palestin pula diarahkan untuk menghentikan serangan roket dan semua serangan di kawasan sempadan.
Jika gencatan senjata berjaya dikuatkuasakan dalam tempoh 24 jam ini, Israel akan diarahkan untuk melakukan prosedur pembukaan pintu sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan keluar masuk penduduk dan makanan."
-Sumber : (Klik Di Sini)-


Ini merupakan satu berita gembira buat seluruh rakyat Palestin khususnya dan seluruh penduduk dunia amnya yang sama-sama turut membencikan keganasan... 

Kejayaan tersebut telah diraikan oleh puluhan ribu penduduk Gaza di Khateeba Khadrat pada dua hari lepas, sambil turut disertai oleh beberapa orang sukarelawan Misi Solidariti Gaza  2012 dari Malaysia.. Saya bangga melihat ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib sahabat-sahabat kita yang berada di sana... 

Sebegai seorang blogger, saya juga turut terpanggil untuk berusaha bagi membantu dua pertubuhan NGO iaitu Amanz Palestin dan Aqsya Syarif, untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat palestin di Gaza..

Sebelum ini blog Coretan Anuar telah berjaya menerbitkan dua entri untuk berkempen selamatkan Gaza iaitu:

Sesungguhnya saya tidak sanggup melihat penderitaan demi penderitaan yang sedang di alami oleh rakyat Palestin di Gaza pada ketika ini.. 

Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda hanya melihat sahaja nasib rakan-rakan kita di sana tanpa menghulurkan sebarang bantuan?
  • Sudahkan kita mendoakan keselamatan mereka?
  • Sudahkah kita melakukan solat hajat untuk memohon pertolongan kepada Allah untuk membantu mereka?
  • Sudahkah kita menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka?
  • Sudahkah kita memboikot barangan-barangan dari negara barat yang telah memberi dana kepada tentera Israel?

Cuba tanya kepada diri anda tentang persoalan-persoalan tersebut...

Secara peribadi saya akui, sumbangan yang mampu kita berikan mungkinlah tidak sebanyak mana.. Terlalu banyak dana yang kita perlukan untuk membantu mereka.. 

Ramai yang terkorban dan ramai juga yang tercedera.. Mereka memerlukan ubat dan makanan untuk meneruskan hidup. Itu belum lagi tempat berteduh yang musnah di bom, semuanya memerlukan bantuan masyarakat dunia yang prihatin.. 

Disebabkan itu kita perlu mewar-warkan kepada sahabat handai dan saudara mara kita supaya lebih ramai orang turut sama menghulurkan bantuan.. 

Anda boleh menghulurkan bantuan untuk membantu rakyat palestin melalui nombor-nombor akaun bank yang tertera pada dua banner di bawah:


Sumber : Aqsa Syarif


Sumber : Aman Palestin 

Jadi, inilah tujuan utama entri ini ditulis.. iaitu untuk mengajak rakan-rakan blogger dan rakan-rakan pembaca untuk turut sama berkempen dan dalam masa yang sama turut menghulurkan dana bagi membantu rakyat palestin di Gaza.. 

Terutamanya rakan-rakan blogger.. Saya memohon rakan-rakan blogger supaya menulis satu entri bebas untuk berkempen bagi membantu rakyat palestin di Gaza.. Kita perlu menyemaikan perasaan ini ke dalam diri kita.. 
"Kalau bukan diri kita, siapa lagi yang nak membantu rakyat palestin di Gaza".. 
Apabila kita mempunyai perasaan sedimikian, kita akan rasa bertanggungjawab untuk mengusahakan sesuatu bagi membantu mereka di sana.. Marilah kita cuba membantu mana yang termampu.. Seperti usaha-usaha yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita seperti berikut: 

Pada hari ini sekumpulan sukarelawan Perdana Global Peace Organization (PGPO) akan berlepas ke Gaza bagi menghantar bantuan seberat 11 tan yang mengandungi makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk wilayah tersebut.. Misi tersebut akan diketuai oleh Penasihat PGPO, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir...
Sementara itu 56 orang anggota Misi Bantuan Kemanusiaan telah berlepas ke Gaza pada 2 hari lepas untuk menyerahkan sebanyak 430 kotak makanan dan bekalan ubat-ubatan bagi penduduk Palestin. Misi bantuan kemanusiaan ini diketuai presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim..
Di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula diadakan program munajat palestin pada malam minggu (Sabtu, 8 Disember 2012).. Hampir 1000 jemaah dari seluruh negara menghadiri majlis Munajat Palestin dan Solat hajat mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa keganasan rejim Zionis di samping memberikan kesedaran masyarakat tempatan serta mengumpul dana untuk disalurkan kepada penduduk Gaza semalam...   

Walaupun gencatan senjata dipersetujui baru-baru ini, nasib rakyat Palestin belum terjamin. Lebih penting, penderitaan yang mereka tinggalkan bukan sedikit. Kita perlu terus membantu mereka sehingga mereka benar-benar dapat membangunkan semula negara mereka yang telah musnah... 


Selain itu, kita juga perlu mencontohi usaha yang telah dilakukan oleh artis-artis Malaysia yang turut sama berusaha untuk mengumpul dana bagi rakyat palestin... 

Pada bulan November yang lalu,  beberapa orang artis telah berusaha mengumpulkan dana dengan membawa tabung kemanusiaan palestin dengan meminta sumbangan dari orang ramai di pusat membeli belah Pavillion, Kuala Lumpur..

Antara selebriti yang terlibat ialah Yatt Hamzah, Irma Hasmie, Siti Nordiana, Heliza Helmi, Salima AF, Anding AF, Iqram Dinzly, Diana Amir, Maulana  dan Roslan Shah bersemangat mengumpul dana untuk membantu. 

Daripada sumber yang boleh dipercayai, kutipan yang diterima cukup memberangsangkan. Rakyat Malaysia ternyata sangat prihatin dengan isu umat Islam di Gaza. Untuk medapatkan kepastian tentang berita ini, boleh lihat gambar-gambar di bawah:







Sumber : Klik di sini

Selain itu, ramai lagi artis yang bersedia menyingsing lengan untuk membantu usaha Tabung Amal Palestin. Contohnya Afdlin Shauki antara yang lantang meyuarakan pendiriannya mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin melalui laman sosial facebook. Aflin juga berjanji akan menyumbangkan sebahagian keuntungan filem "Pontianak Vs Orang Minyak" yang telah ditayangkan pada 22 November lepas kepada pertubuhan Aqsa Shariff.... Disamping itu beliau juga turut mengikuti rombongan Aqsa Sharif ke Gaza..

Umie Aida pula telah menghulurkan sumbangan dengan menyalurkan semua hasil kutipan jualan tiket pementasan teater "Dr Siti Hasmah-Dari hati Seorang Perempuan" pada 30 Nov untuk mengisi dana Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin.. 

Dan ramai lagi artis tanah air yang turut mengambil inisiatif untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.. Seperti Faizal tahir (melelong tiga trofi yang telah dimenangi untuk mengisi dana tabung kemanusiaan gaza), Aizat, Noh Hujan, Kumpulan Raihan, Tomok, Misha Omar, hafiz dan lain-lain lagi... 

Semoga dengan contoh-contoh yang saya berikan akan dapat menaikkan semangat unda untuk turut sama menghulurkan sumbangan bagi membantu rakyat palestin di Gaza.. 

Saya juga berusaha untuk membantu mereka sehingga ke tahap maksimum.. Tapi apakan daya.. Saya hanya seorang manusia biasa yang hanya bekerja makan gaji.. Apa yang boleh saya usahakan menerusi blog saya, adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya menderma...

Untuk tujuan itu, saya akan menghadiahkan dua ebook hasil tulisan saya kepada para penderma.. 2 ebook yang disenaraikan di bawah akan menjadi milik anda tertakluk kepada terma dan syarat:
  • 7 Strategi Tambah wang saku; dan
  • Mencari Sumber pendapatan di Internet


Mencari Sumber Pendapatan Di Internet
(111 Muka Surat)

Ebook setebal 111 Muka Surat ini mengandungi 8 bab yang mengandungi maklumat seperti berikut:

    Bab 1: Kepentingan Mempelajari Ilmu Keusahawanan
    Bab 2: Keperluan Menceburi Bidang Perniagaan
    Bab 3: Keselamatan Urusan Jual Beli Di Internet
    Bab 4: Produk Fizikal vs Produk Digital Dalam Perniagaan Internet
    Bab 5: PLR, MRR dan RR merupakan produk digital yang menguntungkan
    Bab 6: Bagaimana untuk menjual produk MRR?
    Bab 7: Menjual Produk di Internet Sebagai Usahawan Internet Sebenar
    Bab 8: Menghasilkan Produk Sendiri

Ebook 7 Strategi Tambah Wang Saku pula mengandungi info tentang pengurusan kewangan yang perlu  anda ketahui untuk membantu anda menjadi seorang Jutawan dalam tempoh 30 tahun dari sekarang atau lebih awal daripada tempoh tersebut..

7 Strategi Tambah Wang Saku
(73 Muka Surat)

Ebook setebal 73 Muka Surat ini mengandungi 7 bab yang mengandungi maklumat seperti berikut:
    Bab 1: Strategi Pengurusan Wang
    Bab 2: Strategi Selesaikan Hutang
    Bab 3: Strategi Menggandakan Wang Melalui Simpanan
    Bab 4: Strategi Jutawan dalam Perniagaan
    Bab 5: Strategi Perniagaan Melalui Internet
    Bab 6: Strategi Usahawan Melalui Perniagaan Gaya Pos
    Bab 7: Strategi Jutawan dalam Pelaburan Hartanah
    
Bagi menggalakkan orang ramai supaya menderma... Setiap penderma layak untuk mendapatkan 2 ebook tersebut secara percuma, tertaluk kepada syarat seperti berikut:
  1. Setiap sumbangan bernilai RM10 ke atas dalam satu bukti pembayaran/pemindahan wang ke salah satu akaun bank milik Amanz Palestin atau Aqsya Syarif, anda layak mendapatkan salah satu daripada ebook di atas.
  2. Setiap sumbangan bernilai RM20 ke atas dalam satu bukti pembayaran/pemindahan wang ke salah satu akaun bank milik Amanz Palestin atau Aqsya Syarif, anda layak mendapatkan kedua-dua ebook tersebut.
Cara untuk menuntut ebook tersebut mudah sahaja... Selepas anda melakukan pemindahan wang ke mana-mana akaun bank milik Amanz Palestin atau Aqsya Syarif.. Sila emailkan bukti penghantaran wang tersebut kepada saya menerusi email berikut: nuargto@gmail.com 

Saya akan menghantar ebook tersebut, setelah menyemak bukti penghantaran wang yang telah anda lakukan melalui salah satu akaun bank berikut: 





Semoga setiap usaha kebaikan yang cuba kita lakukan diberkati oleh Allah S.W.T.. Kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan...

Berbisiklah ke dalam hati kita dengan kata-kata motivasi ini:

"Sanggupkah aku melihat rakyat Palestin hidup dalam kesengsaraan, sedangkan aku di sini hidup dalam kesenangan?"
"Apakah sumbangan yang mampu aku berikan untuk membantu mereka?"
"Siapa lagi yang nak membantu mereka, kalau aku sendiri pun buat tak tahu sahaja?"
Insya Allah.. Dengan bisikan-bisikan kecil tersebut akan dapat menyuntik satu semangat dalam diri kita untuk membantu mereka dengan seikhlas hati... 

Semoga segala urusan kita dipermudahkannya... ;)

P/S: Klik like pada button facebook yang terdapat pada entri ini supaya dapat menarik minat orang ramai untuk turut sama menghulurkan bantuan.. Terima kasih... 

3 ulasan:

  1. semoga Allah memberi balasan atas usaha yang dilakukan ini untuk umat Palestin...ameen...

    - www.FaridAdam.com -

    BalasPadam
  2. sikit pun tak rugi jika kita menolong mereka..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra