Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada Berita Baik untuk Pembaca Blog Coretan Anuar.. Sempena Hari Guru pada hari ini, dan sempena penyertaan saya dalam Contest Abang Ensem di Mata Aku, saya ingin menghadiahkan buku berjudul "Jangan Baca Buku Ini" secara PERCUMA ..

 Tetapi ianya tertakluk kepada terma dan syarat.. 

Adakah anda berminat untuk mendapatkan buku berharga RM25 (termasuk kos penghantaran) ini secara PERCUMA?

Sekiranya beminat, jom baca entri ini sehingga habis.... 

Sehingga kini stok Buku fizikal Abang Ensem yang berada di tangan saya masih ada lagi 14 unit. Jadi, hanya ada 14 orang sahaja yang bakal mendapatkan buku ini secara PERCUMA

P/s : Tawaran terhad kepada 14 orang sahaja... Siapa cepat, dia dapat.... 


Abang Ensem Di mata Aku 

Apa pendapat Korang tentang Brader berbaju Pink yang menghiasi Cover Buku Di atas?

Adakah korang rasa dia ni betul-betul Ensem macam Aaron Aziz?...

Ataupun Macho macam Adi Putra?... 

Hmmm.. Korang nilailah sendiri... Apa pandangan korang terhadap Tuan yang empunya diri?... Pandangan secara ikhlas melalui mata hati korang..

Kalau korang kata dia ni betul-betul Ensem, korang bagi tahulah tang mana dia punya keHenseman tu...


Pendapat Saya Terhadap Brader Berbaju Pink ni?

Kalau nak bercerita tentang paras rupa, saya bukanlah orang yang paling layak untuk menilainya... Lebih-lebih lagi agak sukar untuk seorang lelaki membuat penilaian terhadap keenseman seorang lelaki yang lain. Kehenseman sesorang lelaki terlalu subjektif untuk diperkatakan seperti juga kita menilai kecantikan seorang wanita.. Ianya bukan hanya terletak pada paras rupa semata-masa, tetapi terdapat juga faktor-faktor lain yang perlu diambil kira seperti budi bahasa, kebijaksanaan, kematangan, cara berkomunikasi, dan sebagainya.. 

Secara jujurnya, saya menyukai sifat keperibadian Abang Ensem.. Beliau seorang yang berpandangan jauh ke hadapan, mempunyai matlamat yang realistik dan sentiasa berusaha mencapainya, bijak dalam mengatur strategi, mempunyai perancangan kerja yang sistematik, rajin bersedekah, dan yang paling penting sekali Beliau cukup pandai membuat wang...

Ya betul! Beliau cukup pandai membuat wang...

Sekiranya ada sesiapa yang berminat nak cari guru untuk membuat wang... Saya akan syorkan anda menuntut ilmu daripada beliau... 

Walaupun pada hari ini, beliau sudah tidak lagi bekerja makan gaji dengan mana-mana majikan, tetapi beliau mempunyai 8 cabang pendapatan.. Yang menariknya sebahagaian daripada 8 cabang pendapatan tersebut, merupakan pasif Income.. Buat kerja sekali, tetapi makan hasil berkali-kali...

Setakat ini saya mempunyai dua Bisness Kad milik beliau.. Kedua-dua Business Kad ini langsung tiada kaitan dengan pekerjaan utama beliau sebelum ini iaitu seorang pegawai Bank.. Ini kad Perniagaan beliau dengan kehidupan sekarang... Kehidupan setelah "Berpencen awal" daripada bekerja makan gaji...


Satu merupakan kad perniagaan beliau sebagai seorang blogger, dan satu lagi kad perniagaan beliau sebagai seorang Finance/Account Manager bagi sebuah syariat yang mempunyai projek-projek besar di seluruh dunia.. Yang pastinya melalui kedua-dua profession ini mampu memberikan sumber pendapatan yang boleh membuatkan beliau sentiasa tersenyum gembira... ;) 


Abang Ensem merupakan 10 Blogger Terbaik di Malaysia

Bagi saya Abang Ensem merupakan salah seorang daripada 10 Blogger terbaik di Malaysia.. Ini bukan sekadar pendapat peribadi sahaja.. Malah ianya terbukti dengan kejayaan beliau memenangi dua kategori dalam MSMW sebelum ini iaitu Best Business Blog 2014 dan Favourite Business Blog 2013 



Sepanjang saya mengunjungi blog beliau, saya rasa berpuas hati dengan ilmu yang saya perolehi.. 

Melalui gaya penulisan beliau yang santai dan diselitkan dengan unsur-unsur "nakal", "gatal",  "Lucu", "geli-geleman" adakalanya membuatkan rasa nak termuntah apabila membacanya.. Tetapi melalui unsur-unsur tersebut, tanpa kita sedari sebenarnya memudahkan kita untuk menghadam setiap maklumat yang cuba disampaikan.. Beliau cuba untuk mewujudkan  satu kelainan berbanding blog-blog pelaburan hartanah yang sedia ada sekarang ni..

Bukannya senang yer nak mempersembahkan gaya penulisan macam ni... Nak  menulis secara direct maklumat yang cuba kita sampaikan memang mudah.. Sebab itu yang kita belajar semenjak daripada sekolah rendah, sekolah menengah, Universiti, sehinggalah sekarang...

Tetapi untuk menulis dengan "jiwa", kemudian diselitkan dengan sedikit unsur kegatalan dan kecindanan tanpa menjejaskan matlumat yang ingin disampaikan kepada pembaca, pastinya ia tidak semudah seperti yang disangka.. 

Testimoni daripada isteri seorang pembaca Buku Abang Ensem


"Nuar tau tak, semenjak suami akak membaca buku "Jangan Baca Buku Ini" yang nuar jual hari tu.. Suami akak sekarang ni rajin baca blog Abang Ensem"
- Kak Puan Siti Suhana, Sabak Bernam -

Pengalaman Bertemu Abang Ensem

Sepanjang saya menjadi seorang blogger, Abang Ensem merupakan satu-satunya blogger yang kerap saya jumpa berbanding blogger-blogger lain... Maklumlah saya ni bukanya rajin sangat nak join event-event yang melibatkan blogger.. 

Tetapi nak dijadikan cerita, setakat ini event yang pernah saya pergi, Abang Ensem juga ada di situ... Dan setiap kali bertemu, beliau begitu ramah menegur saya, walaupun beliau merupakan seorang blogger terkenal...

Seingat saya, saya pernah berjumpa dengan Abang Ensem sebanyak 5 kali.. Iaitu:
  1. Sewaktu Menyertai Mini Seminar Subsale Abang Ensem yang ke 13
  2. Menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat di rumah kedua Ibu Bapa Abang Ensem di Teluk Intan 
  3. Pengalaman Menghadiri JomNiaga Summit 2013
  4. Di Lapangan Terbang LCCT, Nilai sewaktu menghantar adik saya menyambung Pengajian di Unimas, Sarawak
  5. Pengalaman Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia

DariKiri: Eizil.ComCoretanAnuar.ComFazrol.ComAbangEnsem.comBeautifulNara.ComFaizalPJ.ComSharidawati.Blogspot.Com Sewaktu Menyertai Mini Seminar Subsale Abang Ensem yang ke 13

Setiap kali berjumpa dengan beliau, pastinya ada ilmu baru yang berjaya saya perolehi.. Dan ada kalanya dapat sedikit rezeki yang dikongsikan kepada saya... Contohnya..


Masih ingat lagi, sewaktu sesi memperkenalkan diri ketika menyertai JomNiaga Summit 2013 

- Cik Tom
 "......... Saya seorang blogger sambilan. Url Blog saya Ciktom.com"

- Azwan Anuar
".................... Saya seorang penulis blogger Parttime.. URL blog saya Azwananuar.com dan boladaily.com"

- Najib Asadok
"Saya bekerja sebagai Seorang Suri Rumah Tangga sepenuh masa.. Kerja saya membasuh baju, mengemas rumah, dan sebagainya.. Pekerjaan sambilan saya ialah sebagai seorang Usahawan Internet dan menjadi penceramah Jemputan"

- Abang Ensem
"Nama saya Meor Zaidee Bin Meor Ahmad Rasdi orang panggil saya Abang Ensem... Saya merupakan seorang penulis blog sepenuh masa di Abangensem.com"

Sangat sopan ketika Abang Ensem memperkenalkan diri pada ketika itu... Pijak semut pun tak mati... hehehe..


Belajar Buat Duit Cara Abang Ensem


Selain belajar tentang selok-belok Pelaburan Hartanah daripada Abang Ensem, sebenarnya kita juga berpeluang untuk mempelajari lain-lain ilmu pelaburan dan keusahawanan daripada beliau.. Ini kerana beliau mempunyai banyak pengalaman berharga yang boleh dikongsikan untuk membantu meningkatkan pendapatan orang Melayu.. Antaranya ialah:
  • Beliau mempunyai pengalaman dalam menganjurkan Siri Seminar Pelaburan Hartanah (Subsale)
  • Pengalaman Menganjurkan Seminar Pelaburan Saham
  • Pengalaman Menjadi Penceramah jemputan berkaitan dengan pelaburan hartanah dan pemasaran
  • Pengalaman Membeli dan Memiliki 14 unit hartanah (Pasti ada cerita menarik yang dapat dikongsikan bagi setiap pembelian hartanah)
  • Pengalaman membeli dan menjual saham
  • Pengalaman berurusan dengan penyewa rumah, penjual rumah, peguam, pegawai bank, dan pemaju hartanah (Abang Ensem kata dia tiada pengalaman menjual rumah, sebaliknya dia ada banyak pengalaman membeli rumah)
  • Pengalaman Menerbitkan sebuah buku Fizikal
  • Pengalaman Menulis dan menerbitkan 7 buah ebook
  • Pengalaman Menjadi Penulis Jemputan MajalahNiaga.com
  • Pengalaman Menjadi penulis jemputan dalam Majalah Apartmen Impiana
  • Pengalaman Menjadi Penulis Jemputan di akhbar-akhbar tempatan
  • Pengalaman berhadapan dengan wartawan dan Video Kamera untuk sebuah rancangan televisyen
  • Pengalaman memenangi pelbagai anugarah dalam penulisan blog
  • Pengalaman memenangi Cabaran Affiliate
  • Pengalaman menjadi Personal Coaching
  • dan Sebagainya.. 

Lihat betapa banyaknya pengalaman-pengalaman hidup yang telah Abang Ensem timba.. Bukan semua orang berpeluang untuk melalui pengalaman hidup seperti beliau. Ini disebabkan perbezaan ilmu yang kita miliki. Nak jadi seorang yang berjaya berjaya seperti beliau, kena cari ilmu terlebih dahulu.. 

Sememangnya berbaloi Abang Ensem menyertai Seminar Pelaburan Hartanah yang dianjurkan oleh Tuan Azizi Ali suatu masa dahulu. Walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang besar untuk membayar yuran seminar, tetapi ternyata mampu memberi hasil pulangan berkali-kali ganda. Disebabkan itu pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan terbaik sepanjang zaman.. ;)

Salah satu kejayaan Abang Ensem dalam membuat Duit ialah apabila beliau juga pernah memenangi beberapa cabaran Affiliate.. Lebih menarik lagi, apabila beliau berjaya menyaingi usahawan internet lain, dengan hanya menggunakan blog sebagai  strategi pemasaran..


Komisyen Affiliate + Hadiah Utama Bernilai RM3000 + Lain-lain Hadiah = RM10K++... 
Salah satu kejayaan Abang Ensem menjana pendapatan melalui blog lebih daripada RM10K untuk satu cabaran Affiliate berkaitan dengan Pelaburan Hartanah.. 

Oklah cukup setakat itu saya menulis cerita tentang Abang Ensem... Risau saya nak puji lebih-lebih, takut Abang ensem tak dapat tidur malam apabila membaca entri ini.. hehehe

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang Abang Ensem yang saya kenali, anda bolehlah godek-godek entri terdahulu Blog Coretan Anuar..... In Shaa Allah terdapat lebih banyak maklumat yang akan anda perolehi..... 

Promosi PERCUMA Buku Abang Ensem di Mata Aku Sempena Hari Guru

Sempena hari Guru ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada Abang Ensem, selaku 'Sifu' saya secara rasmi dan tidak rasmi dalam bidang pelaburan hartanah dan cara-cara lain untuk membuat duit.. 

Seperti yang telah saya nyatakan di awal entri ini... Sempena hari Guru ini saya ingin memberikan Buku Abang Ensem di mataku (Seperti gambar di bawah) secara PERCUMA, tetapi ianya tertakluk kepada terma dan syarat..




Syaratnya mudah sahaja... Iaitu anda hanya perlu melakukan Pembelian Minimum bernilai RM60 daripada salah satu link berikut:

Kemudian hantarkan kepada saya bukti pembayaran tersebut menerusi email nuargto@gmail.comberserta maklumat tambahan yang diperlukan untuk tujuan penghantaran buku seperti:
  • Nama :
  • No. Telefon
  • Alamat :

Buku anda akan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja, setelah bukti bayaran diterima..

P/S : Tawaran ini terhad kepada 14 orang sahaja, sementara stok masih ada.