Sabtu, 2 Februari 2013

Syukur Alhamdulillah.. Mendapat Tawaran sebagai "jurujual" jangan baca buku ini

with 2 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapalah yang tahu"

Syukur Alhamdulillah... Kerana telah mendapat Tawaran sebagai Jurujual Buku "Jangan Baca Buku Ini!!", hasil tulisan Abang Ensem atau nama sebenarnya Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi..


Murah rezeki saya pada hari ini kerana bertandang ke Kenduri Kesyukuran di Rumah kedua orang tua beliau di Teluk Intan Perak.. Kehadiran saya ke sana memang betul-betul langkah kaki kanan... Disamping dapat menjamu selera menikmati makanan tengahari yang sungguh menyelerakan, saya juga berpeluang untuk bersembang "face to face" berkongsi cerita dan info tentang Blog dan pelaburan hartanah.. Banyak info yang dapat saya perolehi daripada beliau, yang sememangnya pakar dalam kedua-dua bidang ini..

Dan akhir sekali, saya ditawarkan untuk menjadi salah seorang jurujual buku beliau berjudul "Jangan Baca Buku Ini!!" .. Pucuk Dicita, Ulam Mendatang, Tanpa Dipinta, Tangan Kanan saya Tadahkan.. (Kalau tak betul peribahasa ini, jangan marahkan saya.. hehehe)

Rugilah tolak rezeki.. Orang nak bagi peluang kita berniaga, kita kena terima dengan tangan yang terbuka...



"Jangan Baca Buku Ini!!" menghimpunkan Tips dan Info Hartanah dalam bentuk yang ringkas, padat, santai dan penuh dengan humor bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih mudah.

Buku ini sesuai di baca oleh golongan muda remaja "seperti saya" yang berminat untuk memperlajari selok belok dalam pelaburan hartanah... Tetapi tidak mempunyai masa atau berminat untuk membaca buku yang tebal dengan maklumat yang panjang berjela.. Sehingga boleh membuatkan orang tertidur apabila membacanya...

Jadi, untuk mengatasi masalah "keboringan" kaum remaja membaca buku tentang pelaburan hartanah yang sedia ada di pasaran, maka buku ini adalah penyelesaiannya..

Jangan Baca Buku Ini, kalau anda langsung tak berminat untuk membeli rumah!! 

Tapi bacalah buku ini sehingga tamat, setelah anda mula membacanya... Pasti tak kering gusi anda dibuatnya... ;)




Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku "Jangan Baca Buku Ini" sila hubungi saya menerusi: 


Harga Buku ini Hanya RM25 termasuk kos penghantaran..

Stok adalah terhad.. Dapatkan segera buku ini sebelum kehabisan stok.. Buku ini hanya dijual oleh pengedar tertentu sahaja, dan ianya masih lagi baru di pasaran.. 

P/s: Semoga Abang Ensem sentiasa dimurahkan rezeki.. Selamat pergi dan selamat pulang dengan satu berita gembira.. Insya Allah, semoga Bro sentiasa di bawah perlindungan dan keredhaan Allah S.W.T semasa berada di sana nanti.. 

2 ulasan:

  1. oo,memang rasa nak beli buku ni...pasal hartanah ni memang zero..

    BalasPadam
  2. aku memang nak beli hari tu. terlupa plak.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra