Selasa, 10 Disember 2013

Emas Terpakai Untuk Dijual 2012

with 9 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang ni kita dah masuk ke penghujung tahun 2013.. Pada ketika ini tentu sudah ada pelabur yang mula mengira keuntungan pelaburan mereka sepanjang tahun 2013..

Saya percaya kebanyakan pelabur dekat Malaysia ini tidak tertumpu hanya kepada satu cabang pelaburan sahaja.. Pastinya ada sekurang-kurangnya dua atau tiga cabang pelaburan seperti emas, hartanah, ternakan, Saham, perniagaan dan sebagainya.. 

Tujuannya bukan apa.. Sekiranya salah satu daripada cabang pelaburan tidak mendatangkan keuntungan, ada cabang pelaburan lain yang boleh tolong backup pelaburan tersebut... Maklumlah dalam pelaburan ni ada risiko untung ruginya.. Jadi kita kena bijak mengambil langkah berjaga-jaga... 

Sebagai contoh dalam pelaburana emas... Pada bulan Disember tahun lepas harga emas dunia berada pada paras USD1712.60 per Ounce...  

Sumber : Klik Di Sini

Tetapi pada hari ini harga emas berada pada sekitar USD1240 per Ounce.. Perbezaan harga hampir USD500 per Ounce dalam tempoh satu tahun... Banyak juga perbezaannya tu bagi pelabur kecil-kecilan seperti saya... 

Sumber : Klik Di Sini

Menurut Tuan Azizi Ali, waktu harga emas tengah jatuh macam ni merupakan masa paling sesuai untuk membeli emas.. Sebab pada masa ini kita dapat membeli emas pada harga murah... 

Kemudian apabila harga emas melambung naik nanti, kita boleh jualkannya semula untuk mendapatkan keuntungan tunai segera... Ataupun boleh pajakkannya dekat mana-mana Ar-Rahnu untuk dibuat modal pusingan pelaburan... 


Emas Terpakai Untuk Dijual 2012

Mungkin disebabkan harga emas tengah murah pada ketika ini, ada orang yang yang mencari Emas Terpakai Untuk Dijual 2012 melalui hasil carian google.. Dan tak sangka pula, melalui hasil carian tersebut telah membawa "si pencari" tersebut ke blog ini...  Ianya dapat dibutikan melalui sumber keyword yang menerjah ke blog Coretan Anuar seperti dalam gambar di bawah:


Adakah "si pencari" Keyword Emas Terpakai untuk Dijual 2012 menemui apa yang dicari di blog ini?

Tidak pula saya mengetahui jawapannya... Tetapi saya dapat agak, beliau tidak berjaya menemui apa yang dihajati di blog ini... Sebab saya tidak pernah menulis sebarang entri tentang Emas Terpakai Untuk Dijual..  Ataupun Emas Terpakai Untuk Dijual 2012

Malahan saya tidak pernah menjual sebarang jenis emas terpakai di blog ini... Cuma sebelum ini saya pernah mempromosikan emas dan Perak keluaran syarikat GSR.. Tetapi, mungkin disebabkan terdapat penggabungan keyword hasil daripada analisis yang dibuat oleh enjin carian google, sehingga membolehkan blog Coretan Anuar berada dalam rank terbaik untuk Keyword Emas Terpakai Untuk Dijual 2012..

Inilah kesan daripada teknik SEO yang sukar kita jangka keputusannya.. Untuk tidak menghampakan pengunjung yang mencari Emas Terpakai Untuk Dijual 2012, saya syorkan anda mengunjungi laman web ini

Dekat laman web tersebut anda bukan sahaja berpeluang mendapatkan info tentang harga emas terpakai, malah terdapat pelbagai produk emas dan perak yang mampu membuatkan anda rambang mata melihatnya... ;) 

9 ulasan:

  1. Hasil gabungan SEO yang menarik mungkin telah diterjemah enjin carian utk bawak pencari tu ke sini...

    Boleh panjangkan lagi keyword ni bro! =)

    BalasPadam
  2. alang-alang boleh terus jadi dealer emas terpakai ni bro....heee

    BalasPadam
  3. kalau ada duit memang kena beli emas sebagai saham masa depan.

    BalasPadam
  4. Emas! kalau tahu caranya.. mmg best..

    BalasPadam
  5. Wah mantapnya ilmu seo tuan anuar...

    BalasPadam
  6. Ni kira keyword atau traffic sesat lah ni haha...

    BalasPadam
  7. Untunglah bro.. seo menjadi

    BalasPadam
  8. SEO dan Emas...sape sangka boleh jadi satu kombinasi yang mantap! Hehe..

    BalasPadam
  9. Emas merupakan harta yang cukup menjanjkan ditambah dengan SEo yang yahud

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra