Rabu, 20 November 2013

Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM

with 10 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 2-10 November 2013 baru-baru ini saya terlibat dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)... 

Penyertaan saya pada kali ini adalah sebagai atlit mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam permainan Catur... Jika dalam kejohanan Catur SUKIPT sebelum ini saya terlibat sebagai Jawatankuasa Teknikal dan Pengurus pasukan, tak sangka pula pada kali ini saya terpilih menjadi pemain... Inilah yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... ;) 

Banner Kejohanan Catur Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM ..


Sebenarnya, pada kali ini merupakan penyertaan kedua pasukan KPM dalam permainan catur... Pada tahun lepas, pemain dipilih dalam kalangan staf di kementerian... Tetapi pada kali ini, pemain-pemain dipilih bukan sahaja dalam kalangan staf-staf yang bertugas di kementerian malah di Politeknik dan Kolej Komuniti  yang terdapat di seluruh Malaysia.... Inilah barisan pemain pasukan catur Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Saya berbaju hitam di sebelah kiri.. 

Pasukan lelaki UUM menantang pasukan UPM

Pasukan Lelaki UPSI menentang pasukan UiTM selaku juara bertahan 

Tidak Ramai Pasukan Wanita yang menyertai kejohanan ini..

Semasa saya belajar di Universiti dulu, memang saya aktif bermain catur... Ada sahaja tournement catur yang saya sertai...  Tetapi saya berhenti bermain catur apabila bertugas di Politeknik Mukah, Sarawak... Adalah dekat 6 tahun setengah saya tak menyertai pertandingan-pertandingan besar seumpama ini.. Masa tu ingat dah nak bersara dah... Tak sangka betul, semenjak saya menjejakkan kaki semula ke semenanjung saya boleh terlibat semula bermain catur.... 

Walaubagaimanapun, disebabkan kekangan masa saya tidak berkesempatan untuk menyertai pertandingan-pertandingan catur yang kerap kali diadakan di semenanjung Malaysia... Seingat saya sehingga hari ini baru satu pertandingan besar yang pernah saya sertai iaitu Pertandingan Catur Terbuka Sabak Bernam pada 27 Mei 2012.. Masa tu prestasi permainan saya agak mengecewakan, dan selepas itu langsung tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana pertandingan lagi sehinggalah saya dipanggil untuk menyertai pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)... Nak tahu prestasi permainan saya pada kali ini? Tunggu.... In Shaa Allah, sekiranya berkesempatan, Saya akan kongsikannya dalam entri yang lain...

Kali ini saya nak mengajak anda untuk menyaksikan gambar-gambar yang sempat saya ambil pada malam Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM...


Sebahagian daripada Kontinjen KPM di malam Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia 2013 (SUKUM 38) Di UKM

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman turut sama memeriahkan Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia di Stadium UKM, Bangi.. Terima kasih Datuk kerana terus komited memperjuangkan nasib penjawat awam seperti kami... ;)

Bersiap sedia untuk menyertai perbarisan...

Semua Kontinjen telah berada di dalam stadium..

Di belakang kami ada Kontinjen UPM


Pasukan Pancaragam membuat persembahan...

Sebenarnya saya tak sertai majlis perasmian ini sehingga selesai... Disebabkan mata dah mengantuk yang teramat sangat.... Lagipun hasil tinjauan saya, bilangan kontinjen KPM yang datang agak ramai, jadi bolehlah saya mohon untuk berundur diri... hehehe... ;)

Lagipun pada keesokan harinya, kami ada game... Jadi pada malam tersebut kami perlu berehat untuk menengkan fikiran supaya dapat bermain dalam keadaan segar pada keesokan harinya... 


10 ulasan:

  1. Saya tidak pandai main catur. Kalau main dah apa lagi. Asyik kena titik sahaja.

    BalasPadam
  2. kitorang juga hobi main catur broo,,,

    BalasPadam
  3. yang berbaju kuning tu, serius benor main catur… boleh lepak warung main dam haji ni...

    BalasPadam
  4. perasmian dan raptai buat waktu malam, bagusnya sejuk sikit.

    BalasPadam
  5. Dah tentulah... Pasukan berbaju kuning ni, pasukan UiTM... Pasukan Juara pertandingan Catur 2 tahun berturut-turut..... Kebanyakan pemain berstatus Doktor dan Professor Madya....

    BalasPadam
  6. Dulu memang suka main catur..sekarang ni tak lagi..sebab dah lama tak asah bakat dan skill..hehe

    BalasPadam
  7. Keputusan lelaki ada tak, yg dpt no 1 smpi 3

    BalasPadam
  8. Lomba catur, ingat waktu kuliah :)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra