Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar hari ini?

Semoga anda dan keluarga berada dalam keadaan sihat, tenang dan dipermudahkan segala urusan.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ini, saya ingin mengucapkan...

Selamat Hari Merdeka dan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026

Selamat Hari Merdeka
Selamat Hari Merdeka

Bila sebut tentang “merdeka”, kita selalu terbayangkan kemerdekaan sebuah negara.

Tapi dalam kehidupan kita sendiri, setiap orang mungkin sedang mengejar satu bentuk kemerdekaan yang berbeza.


Ada yang mahu merdeka daripada masalah kewangan.

Ada yang mahu merdeka daripada kerja yang tidak disukai.

Ada yang mahu lebih banyak masa bersama keluarga.

Dan ada juga yang cuma mahu hidup lebih tenang, tanpa terlalu banyak perkara yang membebankan fikiran.



Apa pun bentuk “kemerdekaan” yang sedang anda usahakan, jangan berhenti bergerak.

Tak perlu terlalu laju.

Yang penting, hari ini kita tahu sedikit lebih banyak daripada semalam.

Hari ini kita buat satu langkah yang semalam kita belum buat.

Sebab perubahan besar selalunya bermula daripada langkah-langkah kecil yang dibuat secara konsisten.

Ilmu mungkin tidak mengubah hidup kita dalam sehari. Tetapi satu ilmu yang diamalkan boleh mengubah arah hidup kita untuk bertahun-tahun.

Itulah juga sebabnya Klikjer terus menerbitkan bahan bacaan yang praktikal supaya ilmu bukan sekadar dibaca, tetapi boleh digunakan untuk membantu kita bergerak ke hadapan.

Kalau ada masa santai sempena cuti Merdeka ini, bolehlah singgah dan lihat koleksi bacaan kami di sini:




Mungkin ada satu ilmu di sana yang boleh menjadi titik mula kepada sesuatu yang lebih besar untuk anda. 😊


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026


Sekali lagi,

Selamat Hari Merdeka! 
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026..

Semoga kita terus menjadi bangsa yang berilmu, berusaha dan berani membina kehidupan yang lebih baik.

Salam Merdeka... 

Semoga bermanfaat
@muhamadanuarmarsib MERDEKA : AMANAH GENERASI Dideklamasikan Oleh : Muhamad Anuar Bin Marsib CoretanAnuar.com #Merdeka #SajakMerdeka #Sajak #HariKebangsaan #Malaysia ♬ original sound - blog Zahin Travel

Catat Ulasan

0 Ulasan