Jumaat, 6 September 2013

Antara Konvensyen Usahawan Muslim 2013 dan Program Didik Berita Harian?

with 7 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Esok akan berlangsung Konvensyen Usahawan Muslim 2013 yang akan diadakan seperti butiran berikut: 
  • Nama Program : Konvesyen Usahawan Muslim 2013
  • Tempat : Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.
  • Tarikh :  7 September 2013 (Sabtu)
  • Masa :  9.00 pagi – 6.00 petang
  • Laman Web  : www.KonvensyenUsahawanMuslim.com




Sebelum ini saya telah menyertai Contest yang diadakan untuk mempromosikan Konvensyen ini... Hasil daripada menyertai Contest tersebut, saya telah berjaya mendapatkan 2 tiket PERCUMA yang bernilai RM150 untuk setiap tiket.. 2 tiket PERCUMA ini saya perolehi melalui dua entri penyertaan yang telah saya hasilkan iaitu:


Gambar di bawah menunjukkan salah satu email yang saya terima daripada pihak penganjur meminta saya mengesahkan kehadiran ke konvensyen ini.. 



Semasa mendapat jemputan tu saya gembira sangat... bolehlah saya melihat tokoh-tokoh usahawan Islam secara Live... Terutamanya Chef Li, salah seorang usahawan muslim yang saya minati.. Selain daripada Chef Li saya juga berpeluang untuk bertemu dengan tokoh-tokoh usahawan Islam yang lain seperti berikut:
  • Ustaz Pahrol Mohamad Juoi – Penceramah Bebas
  • Datuk Nadzim Johan – Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  • Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin – Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn. Bhd.
  • Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan – Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd.
  • Dato’ Husammudin Yaacub – CEO Kumpulan Media Karangkraf
  • Dato’ Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) – Mentor Jutawan Senyap (Seronok membaca buku-buku tulisan beliau)



Tetapi apa nak buat... Hajat dihati tidak kesampaian... Pada ketika itu, saya terlibat dalam penganjuran Seminar SPM Berita Harian yang ditaja oleh Pihak Tabung Haji... 




Bak lirik lagu yang didendangkan oleh Amir Ukays dalam lagunya bertajuk "Di sana Menanti Di Sini Menunggu"... Ternyata sukar untuk saya membuat keputusan pada mulanya... Memilih Antara Konvensyen Usahawan Muslim 2013 atau Program Didik Berita Harian? .. 

Tetapi setelah mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk mengenangkan pengorbanan rakan-rakan sekerja semasa menganjurkan Klinik UPSR Didik Berita Harian sebelum ini... Saya terpaksa melupakan keinginan untuk menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim 2013

Mungkin belum sampai masanya untuk saya berpeluang bertemu dengan rakan-rakan blogger yang berpeluang menghadiri konvensyen tersebut... Semoga pihak penganjur dapat menganjurkan lagi konvensyen seumpama ini pada masa akan datang... Supaya saya berpeluang untuk menyertainya... In Shaa Allah... 

7 ulasan:

  1. Insyallah ada rezki boleh ketemu juga...len kali

    BalasPadam
  2. hehe..kalau aku macam ko pun..aku gi event yang satu lagi.

    BalasPadam
  3. seminar spm ni pun tak kurang pentingnya. semoga berjalan lancar dan dipermudahkan yer.

    BalasPadam
  4. dua2nya ada kelebihan
    ikut gerak hati je, bro

    BalasPadam
  5. Bila dalam persimpangan antara yang penting dan yang paling penting mesti keliru.... pilihan yang terbaik... seminar smp tu keperluan tu...

    BalasPadam
  6. Wahh susah gak nak buat pilihan ni kan..emmm

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra