Selasa, 13 Ogos 2013

Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..

with 25 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Penyertaan Dalam Contest SEO pastinya dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda.. Ini berdasarkan pengalaman yang pernah saya timba semasa menyertai dua Contest SEO sebelum ini, iaitu Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati dan Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia...

Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati merupakan Contest SEO pertama yang saya sertai... Masa tu, saya join Contest tersebut sekadar untuk suka-suka sahaja.. Sekadar untuk menguji tahap penguasaan seo yang saya ketahui melalui sumber-sumber yang boleh saya percayai.. Disamping nak belajar ilmu seo daripada rakan-rakan blogger yang lain, disebabkan pemenang Top 5 perlu berkongsikan ilmu SEO yang telah mereka praktikkan sepanjang menyertai contest ini... 


1) Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati


Sumber : Klik Di Sini

Entri Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati telah berjaya mendapat lebih daripada 50 komen...  Dan bilangan komen semakin bertambah dari sehari ke sehari, walaupun tempoh Contest tersebut telah pun tamat... Ini berlaku disebabkan pengaruh Google terhadap Contest ini... 

Jadi, tak rugi saya join contest ini... Pelawat bertambah disebabkan ramai blogger nak meninggalkan komen di blog saya, semata-mata untuk menaikkan rank entri penyertaan mereka di laman web Google... Tak sangka betul, walaupun blog ini hanya mempunyai PR2... Tetapi turut menjadi sasaran blogger yang mempunyai Page Rank lebih tinggi daripada blog saya... Inilah kelebihan menyertai Contest SEO... ;)

Dan yang paling menggembirakan sekali, Blog Coretan Anuar berjaya memenangi tempat ke dua dalam Cabaran SEO ini.... Tak sangka betul boleh menang, memandangkan para peserta yang menyertai contest ini semuanya hebat-hebat belaka.. Berikut saya sertakan senarai pemenang Top 10 Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati 

Sumber : Klik Di Sini

  1. http://www.forblogger.net/2012/07/eyriqazz-vs-denaihati.html
  2. http://www.coretananuar.com/2012/06/cabaran-seo-eyriqazz-vs-denaihati.html
  3. http://www.ciktom.com/eyriqazz-vs-denaihati/
  4. http://profhariz.com/2012/07/eyriqazz-vs-denaihati-blogger-malaysia/
  5. http://akmaomar.wordpress.com/2012/06/23/eyriqazz-vs-denaihati/
  6. http://www.azri.my/2012/06/eyriqazz-vs-denaihati.html
  7. http://jaerul.com/contest/eyriqazz-vs-denaihati/
  8. http://www.azyani.com/eyriqazz-vs-denaihati/
  9. http://www.gnesop.com/2012/06/eyriqazz-vs-denaihati.html
  10. http://blog.irsah.com/2012/07/eyriqazz-vs-denaihati-tercabar-diluar.html
Walaupun blog Coretan Anuar menggunakan platform Blogspot dan mempunyai PR2, tetapi dapat juga menyelitkan diri dalam senarai pemenang top 5.... Syukur Alhamdulillah... 

Dengan kemenangan ini secara tidak langsung telah menambahkan lagi bilangan pengunjung ke blog Coretan Anuar, disebabkan pemenang top 5 Contest ini diwajibkan untuk berkongsikan rahsia kejayaan mereka... 

Jadi, saya pun tulislah dua entri yang menceritakan teknik seo yang telah saya praktikkan.. Saya hanya mampu berkongsikan teknik asas seo yang saya ketahui, disebabkan saya bukanlah seorang pakar seo... Teknik seo yang saya praktikkan boleh dikatakan "try and error".. Tapi syukur alhamdulillah, menjadi... Kalau nak tahu apa teknik SEO yang telah saya gunakan, saya syorkan anda klik pada dua pautan di bawah:



2) Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia

Contest SEO kedua yang pernah saya sertai ialah Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia..

Sumber : Klik Di Sini

Entri 10 Blogger Terbaik Malaysia juga berjaya mendapat lebih daripada 50 komen.. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sudi memberikan sokongan moral sepanjang saya menyertai Contest ini...

Sewaktu menyertai Contest ini, saya terlalu "excited" sehingga terdapat lebih 40 gambar dalam entri penyertaan termasuk dua banner dalam format gif (seperti di bawah) yang turut disertakan kod html bagi setiap banner..


Kesudahannya, Loading page perlahan yang menyebabkan entri ini tidak mendapat "keistimewaan" melalui hasil carian Google... Saya cuba perbaiki keadaan dengan membuang sebahagian besar, untuk meringankan loading page entri tersebut... Syukur alhamdulillah, Loading page berjaya dipercepatkan... tetapi tetap tidak berjaya menawan semula hati Encik Google... Nak buat macam mana, dah bukan rezeki saya...

Walaubagaimanapun saya ucapkan tahniah kepada pemenang Contest ini, seperti yang tertera dalam gambar di bawah:

Sumber : Klik Di Sini

Selepas itu saya dah tak berkesempatan untuk menyertai mana-mana Contest SEO... Bukannya tak nak join... Kalau diikutkan memang nak sangat join... Tapi memandangkan ada perkara lain yang lebih penting lagi yang perlu saya lakukan untuk mempromosikan Hasil kreativiti isteri saya dan program MyKad Smart Shopper yang kini berada di Fasa kedua iaitu fasa pembangunan.. Program ini akan memasuki Fasa ketiga iaitu Fasa pengiklanan pada bulan Januari 2014... 

Jadi, sebelum masuk fasa ke 3, blog Coretan Anuar terlebih dahulu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Contest SEO MyKad Smart Shopper...

Sumber : Klik Di Sini

Apabila Program MyKad Smart Shopper memasuki fasa pengiklanan, saya percaya rakyat Malaysia pasti akan menggunakan platform google untuk mendapatkan sebanyak mungkin info berkaitan dengan Program ini... Pada ketika itu pastinya ada rezeki dari segi bilangan trafik bakal menanti para blogger yang berjaya mendominasi enjin carian Google melalui keyword "MyKad Smart Shopper"... 

Diharap ramai rakan blogger dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya, untuk menarik lebih ramai pengunjung datang ke blog anda melalui Contest SEO MyKad Smart Shopper yang akan berakhir pada 1 September 2013... Good Luck semua... ;)

Anda juga mungkin meminati:


25 ulasan:

  1. Congratz bro..semakin mantap SEO bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bro Eyriqazz... Sampai sekarang saya terus berusaha untuk mempelajari SEO... Kata orang kalau nak jadi pelajar cemerlang kena rajin belajar...

      Padam
  2. Betul kata bro join contest boleh menambah trafik blog..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Ini berdasarkan pengalaman saya... Jadi, jemputlah join Contest seo MyKad Smart Shopper yang sedang dianjurkan di blog ini...

      Padam
  3. puteri setuju..bila kita join contest, memang dapat meningkatkan trafik blog malah blog kita pun akan lebih dikenali :)

    BalasPadam
  4. memang masuk contest dapat tambah traffik. lama tak join contest sekarang ni

    BalasPadam
  5. ada betulnya, tapi akak belum join mana2 contest, kacau2 adalah hehe

    BalasPadam
  6. Teringin sangat nak joint tapi malangnya tak pandai langsung pasal seo ni...tengah belajar dan cuba memahami.

    BalasPadam
  7. tahniah, mmg puashati tgk entry blog berada antara yang teratas di carian google kan ;)

    BalasPadam
  8. terbaik bro.. den masih belum mampu saingi bro..inshaAllah one day berkat usaha tak henti henti..

    BalasPadam
  9. wah... terer ni penah menang tempat kedua contest SEO ;)

    insyaAllah sy cuba cari2 masa join contest smartkad shopper tu

    BalasPadam
  10. wah hebat lah bro anuar nih sejak pr aku jatuh selepas bertukar domain jadi malas pulak nak main seo nih

    BalasPadam
  11. SEO rugi tak belajar, semakin belajar semakin mendalam dan di praktikkan dalam contest dan memenangi hadiah.. Betul, join apa2 contest SEO akan naikkan trafik blog kita.. itu memang setuju..

    BalasPadam
  12. kalau dah pernah masuk top10 contest seo tu memang bro dah dikira hebat..syabas bro.

    BalasPadam
  13. tahniah bro. terbukti banyak kontest dah bro berjaya...

    BalasPadam
  14. Contest SEO ni kan...ada masa seronok sakan..ada masa berduka sakan..emm..

    BalasPadam
  15. betul tu..dulu masa contest iphone 5 saya dapat jumlah komen 100 lebih..pageviews pun hampir 5 ribu

    BalasPadam
  16. terbaiklah....nak kena terjah entri seo bro tu

    thanks bro berkongsi!

    BalasPadam
  17. baru nak berpeluang nak join contest - contest ni. selalunya saya melibatkan diri menjadi penaja contest.

    insyaAllah. jika ada peluang saya join contest yang Bro anjurkan

    BalasPadam
  18. jadi, rajin-rajinlah join contest seo ek. hehe..

    BalasPadam
  19. Did not thought about this until now :)African Mango Extract suppresses the pancreatic from smashing down starch into maltose and dextrin.

    It also ends the production of alpha-amylase enzymes in the entire body.

    Physicians often encourage this to their subjects who are diabetics because the
    African Mango stops the manufacturing of alpha-glucosidase established
    in the intestines from transitioning disaccharides and starches
    into sugar. African Mango benefits also stops sugars and carbohydrate food
    from switching into excess extra fat by blocking
    the production of citrate lyase. Some medical professionals use Garcinia as a laxative to
    help with obstipation or other overall health reasons such as dieting, to reduce anxiety,
    sadness, mood swings and as a help to finding a great night sleep.


    my web page ... african mango dietary supplement

    BalasPadam
  20. Dengan membaca di blog baru saya faham serba sedikit dalam teknik seo. Maklumat yang sangat berguna bagi blogger baru seperti saya

    BalasPadam
  21. terima kasih telah berbagi, saya jadi lebih bersemangat untuk mendalami seo.
    selamat atas kemenangan blog anda.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra