Khamis, 25 Julai 2013

Selamat Menyambut Nuzul Quran

with 3 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Syukur Alhamdulillah... Malam tadi dah masuk malam yang ke 16 kita berada di Bulan Ramadhan.. Pada ketika ini Pak Imam sudah mula mengajak para jemaah menadah tangan membaca doa Qunut pada waktu rakaat terakhir solat Witir.. 


Sumber : Klik Di Sini

Malam ini dah masuk 17 Ramadhan iaitu malam Nuzul Quran.. Ramadhan semakin hari semakin berlalu pergi... Begitu cepat masa berlalu... Hajat di hati nak Khatam satu naskah Al-Quran masih belum lagi kesampaian.. Semoga hajat tersebut berjaya menjadi kenyataan pada bulan Ramadhan kali ini... 


Rugi kalau kita tak dapat Khatam satu Naskah Al-Quran pada bulan Ramadhan.. Ini disebabkan Doa ketika selesai khatam Al-Quran adalah antara doa yang mustajab... Disebabkan itu para sahabat di semasa zaman Rasulullah S.A.W ada yang Khatam Al-Quran pada setiap hari semasa berada di bulan Ramadhan...

Kalau mereka boleh Khatam Al-Quran pada setiap hari, takkan kita tak boleh nak Khatam A-Quran dalam tempoh sebulan... Teruskan berusaha selagi Ramadhan masih ada... In Shaa Allah..

Sumber : Klik Di Sini

Akhir kata... Selamat Menyambut Nuzul Quran... Dan selamat bercuti pada esok hari bagi rakan-rakan yang bercuti.... 

Sekiranya tidak keberatan, mungkin boleh kongsikan sambutan Nuzul Quran yang diadakan di tempat anda diruangan komen di bawah.... Tq

P/s: Diharap dapat Khatam A-Quran pada malam Lailatul Qadar supaya boleh dapat doa yang mustajab untuk tiga peristiwa iaitu:

- Khatam Al-Quran
malam Lailatul Qadar 
- Keberkatan di Bulan Ramadhan

3 ulasan:

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra