Khamis, 25 Julai 2013

Kesyahduan Mendengar Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran daripada Imam-Imam Masjidilharam

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setiap kali Ramadhan tiba, sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran daripada Imam-Imam Masjidilharam... Pada kebiasaannya, saya berkesempatan untuk mendengar bacaan-bacaan tersebut menerusi TV1 pada waktu awal pagi... 

Begitu syahdu mendengar ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Imam-Imam Majidilharam ini.. Sesiapa sahaja yang mendengar bacaan tersebut pasti akan rasa tersentuh.. Gemersik alunan suara dan bacannya begitu menyentuh perasaan, sehinggakan kita yang tak faham Bahasa Arab ni pun kadangkala boleh menitiskan air mata apabila mendengar bacaan tersebut...  

Perkara inilah yang menjadi salah satu faktor kenapa sebilangan rakyat Malaysia terutama daripada golongan mereka yang berkemampuan gemar mengerjakan umrah sewaktu bulan Ramadhan... 

Kebanyakan mereka seolah-olah jatuh cinta dengan suara merdu para imam terpilih ini... Bacaannya begitu menusuk ke seluruh jiwa raga sehingga menjadikan sembahyang yang dilakukan begitu indah dan khusyuk sekali... kalau ada rezeki, satu hari nanti saya juga berharap dapat mendengar bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran daripada Imam-Imam Masjidilharam ini secara Live, pada bulan Ramadhan Al-Mubarak... 

Pada kebiasaannya saya hanya mampu mendengar suara mereka menerusi rancangan di Teklevisyen, radio dan Al-Quran Digital yang telah saya miliki.. tetapi sebelum ini tidak pernah terfikir pun untuk mengetahui nama dan wajah-wajah mereka...

Tetapi setelah terpandang satu artikel dalam Akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 14 Julai 2013 (m/s: 8), saya rasa terpanggil untuk lebih mengenali serba sedikit tentang imam-imam tersebut...

Senarai Imam-Imam Masjidilharam yang perlu kita kenali:
  • Sheikh Dr. Abdur Rahman Bin Abdul Aziz Al Sudais
  • Sheikh Dr. Suud Bin Ibrahim As-Syuraim
  • Sheikh Abdullah Bin Awad Al Juhani
  • Sheikh Mahir Bin Hamid Al-Muaiqili
  • Sheikh Dr. Khalid Al-Ghamidi
  • Sheikh Dr. Shalih Bin Abdillah Al-Humaid
  • Sheikh Dr. Shahlih Bin Muhammad Al Thalib
  • Sheikh Dr. Usamah Bin Abdillah Khayyath


Dan berikut merupakan petikan akhbar yang mengandungi sedikit info tentang latar belakang kesemua imam-imam Masjidilharam  yang disenaraikan di atas:

  • Sheikh Dr. Abdur Rahman Bin Abdul Aziz Al Sudais

Sumber : Mingguan Malaysia

  • Sheikh Dr. Suud Bin Ibrahim As-Syuraim
  • Sheikh Abdullah Bin Awad Al Juhani

Sumber : Mingguan Malaysia

  • Sheikh Mahir Bin Hamid Al-Muaiqili
  • Sheikh Dr. Khalid Al-Ghamidi
  • Sheikh Dr. Shalih Bin Abdillah Al-Humaid

Sumber : Mingguan Malaysia

  • Sheikh Dr. Shahlih Bin Muhammad Al Thalib
  • Sheikh Dr. Usamah Bin Abdillah Khayyath
Sumber : Mingguan Malaysia

Apabila membaca info-info tersebut.. Barulah saya tahu, bukan sebarangan orang mereka ini... Kebanyakan daripada mereka berpendidikan tinggi, dan diantaranya memegang jawatan-jawatan tertentu dalam pentadbiran negara.... Semoga mereka dapat kita jadikan sebagai contoh antara orang yang berjaya dari segi ilmu dunia dan akhirat... In Shaa Allah... 

Berita Sedih.. 

Ada kalanya saya ketinggalan untuk mendengar bacaan-bacaan Ayat-Ayat Al-Quran yang mereka bacakan menerusi TV1 disebabkan terlebih tidur.. hehehe.. ;)

Mujur pula dekat rumahs aya ada internet dan Al-Quran Digital  yang dapat saya gunakan secara berulangkali untuk mendengar bacaan-bacaan tersebut... Tetapi dalam Al-Quran Digital yang saya miliki tidak mempunyai kesemua senarai bacaan Imam-imam tersebut... 

Sumber : Klik Di Sini

 Dalam Al-Quran Digital  tersebut yang ada cuma bacaan Al-Quran oleh:
  • Sheikh Dr. Abdur Rahman Bin Abdul Aziz Al Sudais
  • Sheikh Dr. Suud Bin Ibrahim As-Syuraim
  • Sheikh Abdullah Bin Awad Al Juhani
  • Sheikh Mahir Bin Hamid Al-Muaiqili
  • Sheikh Dr. Khalid Al-Ghamidi
  • Sheikh Dr. Shalih Bin Abdillah Al-Humaid
  • Sheikh Dr. Shahlih Bin Muhammad Al Thalib
  • Sheikh Dr. Usamah Bin Abdillah Khayyath
Hanya terdapat dua sahaja Imam Masjidilharam yang tersenarai dalam Al-Quran Digital yang saya miliki.. Namun begitu saya rasa bersyukur sebab dapat mendengar kesyahduan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Sheikh Dr. Abdur Rahman Bin Abdul Aziz Al Sudais.. 

Disebabkan seronok mendengar bacaan-bacaan tersebut, adakalanya saya suka melaksanakan solat-solat terawih di mana-mana masjid atau surau yang diimamkan oleh para Tahfiz... Bacaan para Tahfiz yang terdapat di Malaysia pun apa kurangnya.. Disebabkan mereka faham dan dalam masa yang sama dapat menghayati setiap bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tersebut dengan begitu baik sekali...

Tetapi pada tahun ini saya tidak berkesempatan untuk melaksanakan solat terawih berimamkan Tahfiz, disebabkan sekolah Tahfiz di kampung saya (Changkat Lada) telah pun ditutup... Jadi, kalau balik kampung dah tak dapat berpeluang mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para Tahfiz... Apa nak buat, bukan rezeki saya.. Jadi setakat ini saya hanya memanfaatkan sumber yang terhad yang terdapat di rumah saya... 

Tak apalah... Dah tak ada rezeki untuk mendapatkan apa yang dihajati... Walaubagaimanapun, yang penting hati sentiasa rasa tenang apabila membaca dan mendengar bacaan ayat-ayat sudi Al-Quran...  

Sumber : Klik Di Sini

Malam ini merupakan malam Nuzul Quran... Jadi, marilah kita memanfaatkan malam ini dengan melaksanakan ibadah yang sepatutnya... Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan selamat menyambut hari Nuzul Quran dan selamat bercuti bagi rakan-rakan yang bercuti esok... ;) 

5 ulasan:

  1. SAya ada beli digital alquran. Pelbagai jenis Qari alunan suara mengaji. Sedap didengar

    BalasPadam
  2. Memang seronok dengar alunan mereka ni..

    BalasPadam
  3. Setakat ni saya selalu dengar bacaan Syeikh Abdur Rahman Sudais ja.

    BalasPadam
  4. mmg best bila dge dorang menagji.. subhanallah

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra