Isnin, 8 Julai 2013

Blogger dan Novelis di Konvokesyen ke 8 PSIS

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Awas : Entri ini mungkin mengandungi cerita syok sendiri... Jadi jangan baca pada bahagian yang mengandungi syok sendiri tersebut sekiranya anda tidak menyukainya.. hehehe

Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri sebelum ini... Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengadakan Majlis Konvokesyen yang ke 8 pada 3 dan 4 Julai 2013

Antara yang turut berada di Majlis Konvokesyen tersebut ialah Blogger dan Novelis terkenal Aireen Erina.. 

Siapa blogger yang turut menghadiri Majlis Konvokesyen ke 8 PSIS pada kali ini?

Sebenarnya dekat PSIS ni ramai blogger.. Cuma kebanyakan blogger sekadar menulis blog untuk berkongsi info kepada pelajar-pelajar kelas mereka sahaja.. 

Blogger tegar macam saya ni tak ramai, cuma mungkin ada seorang dua sahaja... jadi senang cerita blogger yang dimaksudkan dalam entri ini adalah saya sendiri iaitu penulis Blog Coretan Anuar... hehehe.. (Kan saya dah kata ada cerita syok sendiri)...    

Sementara keletihan menjaga pintu masuk dewan Konvokesyen, sempat bergambar dengan Aireen Erina, penulis novel Abah, Adik nak Kahwin! dan Cukup Sekadar Dirimu.. 


Saya dan Novelis terkenal Aireen Erina

Aireen Erina atau nama sebenarnya Puan Anisah Binti Mohd Noor ni nampak simple jer orangnya... tetapi seorang penulis berbakat besar... Walaupun baru berjaya menulis dua buah novel, tetapi nama beliau telah mula disebut-sebut oleh peminat novel tempatan... 

Dengan ceritanya sekarang ni beliau sedang menyiapkan novel ke 3... Harap-harap beliau sudi letak nama saya sebagai salah seorang hero dalam Novel terbaru beliau nanti.. ;) 

Ada dalam kalangan rakan-rakan saya ini juga mempunyai blog... ;)

Penerima Anugerah Pengarah untuk hari yang kedua : Anis Rihan Binti Mohd Rafie

Mantan Ketua Jabatan JKE bergambar bersama rakan-rakan sekerja saya.. 

Antara Orang kuat yang telah menjayakan Majlis Konvokesyen ke 8 PSIS

Penyampai Sijil Pada Hari Kedua : 
Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Politeknik

Dua Folder VVIP telah pun selesai ditandatangani pada hari Kedua..

Barisan VIP yang telah memeriahkan Majlis Konvokesyen ke 8 PSIS

Barisan Penyambut VIP dihadapan pintu masuk dewan @ Pemegang bunga manggar.. ;)

P/s : Diharap ada rakan blogger yang sudi berkunjung ke PSIS pada Konvokesyen ke 9 tahun hadapan..

5 ulasan:

  1. hang tak ajak..camanala nak datang kann. haha

    BalasPadam
  2. meriah ni. tahun depan lagi meriah bila bro jemput blogger...

    BalasPadam
  3. tahniah kepada semua student yang dah habis belajar. jemput datang ke alam pekerjaan pulak

    BalasPadam
  4. nanti ada nama hero dalam novel dia "anuar"..hehe

    BalasPadam
  5. sememangnya blogger dan novelis boleh bergerak seiring dan sejalan..

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra