Rabu, 15 Mei 2013

Tips Berniaga Tanpa Modal : Cara dapat Duit Melalui PPL

with 2 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada kali ini saya ingin berkongsikan satu lagi Tips Perniagaan tanpa modal yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja samada anda seorang suri rumahtangga sepenuh masa, pelajar IPT, pelajar sekolah, penjawat awam, pekerja swasta, buruh binaan, petani, nelayan, penulis buku, penulis blog, peniaga kedai runcit, usahawan dan sebagainya.. 

Ya.. Sesiapa sahaja boleh melaksanakan perniagaan ini... Dengan syarat anda boleh menggunakan komputer dan boleh melayari internet... Memadai memiliki sekurang-kurangnya akaun Facebook... 

Perniagaan tanpa modal yang ingin saya kongsikan pada kali ini dikenali sebagai Pay Per Lead, atau singkatannya adalah PPL. 


Melalui Pay Per Lead (PPL), kita akan menerima komisyen daripada pemilik laman web untuk setiap emel yang mendaftar ke dalam sistem Autoresponder yang di pasang di laman web mereka, hasil daripada promosi yang kita lakukan. Terdapat 4 perkara yang perlu ada dalam proses ini iaitu:

  1. Laman web (Squezze page)
  2. Sistem Autoresponder yang berfungsi untuk mengumpul senarai email sebelum pelancaran sesuatu produk
  3. Hadiah untuk pengunjung laman web berupa ebook, video, audio PERCUMA
  4. Ejen Pemasaran (Affiliater) yang akan mendapat bayaran untuk menghantar setiap pelanggan yang berjaya memuat turun hadiah percuma yang disediakan

Sebagai contoh saya seorang usahawan internet... Saya memerlukan 5000 senarai email sebelum melancarkan produk terbaru saya.. Jadi, untuk mengumpul 5000 senarai email tersebut saya memerlukan bantuan Squeeze Page (Laman web) dan Ejen pemasaran (Affiliater).. 

Di Laman web tersebut biasanya terdapat hadiah yang disediakan untuk pengunjung.. Hadiah tersebut mungkin berupa ebook, Video atau Audio percuma yang disediakan kepada pengunjung dengan syarat mereka mendaftar masuk nama dan email mereka.. 

Peranan anda di sini ialah sebagai Ejen Pemasaran.. Tugas ejen pemasaran (Affiliater) ialah mengajak orang ramai untuk mengunjungi laman web pemilik produk bagi memuat turun hadiah yang disediakan..  Ejen pemasaran yang menghantar pengunjung ke laman web (Squeeze Page), biasanya akan mendapat komisyen sebanyak RM0.10 hingga RM2.00 untuk setiap email yang mendaftar.. Bayaran ini biasanya ditetapkan oleh pemilik laman web..  Anda hanya akan mengetahui berapa bayaran yang ditetapkan, setelah anda mendaftar masuk menjadi seorang ejen pemasaran.

Setakat ini saya telah menyertai beberapa cabaran PPL.. Dan hasilnya ada yang memuaskan, ada yang setakat cukup makan, dan ada pula yang langsung tidak mendapat bayaran.. Ini semua bergantung kepada usaha yang kita lakukan.. Antara contoh PPL yang boleh anda sertai pada ketika ini ialah:

1) Jom Niaga


Sumber : Klik Di Sini

Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM2.00 untuk setiap ejen yang berdaftar hasil daripada promosi yang telah anda lakukan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Jom Niaga, saya syorkan anda Klik Di Sini

2) Panduan Melebatkan Rambut

Sumber : Klik Di Sini

Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.10 untuk setiap orang yang memuat turun ebook ini secara percuma. Dan bayaran hanya akan diberikan sekiranya kita berjaya mendapatkan 10 orang yang berjaya memuat turun ebook ini secara percuma. Dengan erti kata lain minimum pembayaran adalah sebanyak RM1.00.

Selain itu terdapat juga hadiah disediakan untuk 3 Top Affiliate (3 Ejen pemasaran  terbanyak) yang akan menerima hadiah seperti berikut:
  1. Komisyen + RM100
  2. Komisyen + RM50
  3. Komisyen + RM30
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang laman web Panduan Melebatkan Rambut, saya syorkan anda Klik Di Sini


3) Pakar SMS

 
Sumber : Klik Di Sini

Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.50 untuk setiap orang yang memuat turun  secara percuma. Dan bayaran hanya akan diberikan sekiranya kita berjaya mendapatkan 50 orang yang berjaya memuat turun secara percuma. Dengan erti kata lain minimum pembayaran adalah sebanyak RM25.00.

Selain itu terdapat juga hadiah disediakan untuk Top 10 Affiliate (10 Ejen pemasaran  terbanyak) yang akan menerima hadiah seperti berikut:
  1. Komisyen Affiliate + Sony X Peria Z Terbaru bernilai RM 2,250 + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 50 sale)
  2. Komisyen Affiliate + Samsung Galaxy Note 2 Terbaru Bernilai RM 1,950 + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 50 sale)
  3. Komisyen Affiliate + Samsung Tab 2 7.0 Terbaru RM 1,000 + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 50 sale)
  4. Komisyen Affiliate + Beg Laptop Comel + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Bengkel SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri (Minima 40 sale)
  5. Komisyen Affiliate + Power Bank Gempak + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri
  6. (Minima 30 sale)
  7. Hingga Top 10: Komisyen Affiliate + Tiket Ke Seminar SMS Marketing + Makan Malam Ekslusif (Dinner) Bersama Affendi Hussin dan Pemenang 10 Top Affiliate + Hadiah Misteri
  8. (Minima 10 sale)
Nota : Top 10 Affiliate dikira berdasarkan PPL dan juga hasil jualan keseluruhan produk yang dipasarkan di laman web ini. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang laman web ini, saya syorkan anda Klik Di Sini


3) Info tentang Alam Rumah Tangga 

Nota : Jangan layari laman web ini sekiranya anda berumur di bawah 18 tahun atau belum berumah tangga!!!


Sumber : Klik Di Sini


Anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.10 untuk setiap orang yang memuat turun ebook ini secara percuma. Dan bayaran hanya akan diberikan sekiranya kita berjaya mendapatkan 10 orang yang berjaya memuat turun ebook ini secara percuma. Dengan erti kata lain minimum pembayaran adalah sebanyak RM1.00.

Selain itu terdapat juga hadiah disediakan untuk 7 Top Affiliate (7 Ejen pemasaran  terbanyak) yang akan menerima hadiah seperti berikut:
  1. Komisyen + komisyen + Handphone BlackBerry Curve 9320 ATAU SONY Xperia Sola ATAU iPod Touch 16GB
  2. Komisyen + MP3 Player Apple iPod Shuffle
  3. Komisyen + Handphone Nokia X1-01
  4. Komisyen + Handphone Samsung E1080
  5. Komisyen + RM50
  6. Komisyen + RM30
  7. Komisyen + RM10
  8. Tempat ke 8 dan seterusnya hanya akan mendapat komisyen. 
Hadiah istimewa: Pemenang akan pilih secara rawak seorang daripada semua ahli affiliate (kecuali tempat pertama sehingga ke-4) untuk menerima saguhati berupa Handphone BlackBerry Curve 9320 ATAU SONY Xperia Sola ATAU iPod Touch 16GB dengan syarat anda membawa sekurang-kurangnya 20 download (RM2 komisyen). Jadi semua ahli berpeluang memenangi hadiah.

Kesemua cabaran PPL ini mempunyai tempoh tertentu.. Biasanya selama 1-3 bulan atau sekiranya jumlah senarai email yang mereka perlukan telah tercapai. Contohnya sekiranya pemilik laman web mahu mengumpul sebanyak 5000 senarai email. Jadi, setelah mereka berjaya mencapai sasaran tersebut secara automatik cabaran PPL ini akan berakhir.. Jadi, setiap ejen pemasaran perlu lekas bertindak untuk merebut peluang keemasan ini..   

Sebelum ini saya juga pernah menulis beberapa entri tentang perniagaan tanpa modal.. Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca entri-entri tersebut, saya syorkan anda layari pautan-pautan di bawah:
  • Berminat berniaga barangan berunsurkan Islam? Tanpa modal, 100% PERCUMA (Klik Di Sini)
  • Tak sangka boleh dapat no.41 pada tahun 2012 melalui perniagaan tanpa modal (klik di sini)
  • Harga Emas Jatuh : Peluang terbaik untuk membeli emas tanpa modal (klik di sini)
  • Mulakan Perniagaan tanpa modal selepas raya (Klik Di Sini)
  • Kedudukan terkini Top 10 Affiliate Pelaburan emas tanpa modal (klik Di Sini)
  • Jana Pendapatan 5 Angka dengan menjadi super Affiliate (klik Di Sini)
  • Pelaburan Hartanah Tanpa Modal mengungguli top 10 Vendor Jomniaga (klik di sini)

2 ulasan:

  1. fuh, banyak gak program PPL ye. baru tahu ni.

    BalasPadam
  2. Hari yang baik untuk anda semua Saya Mr Jack Warmer, yang sah, wang bereputasi Lender. Kami memberi pinjaman kepada syarikat Perniagaan Lelaki dan wanita yang transaksi perniagaan, kami memberi pinjaman jangka panjang selama tiga hingga 30years maksimum dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3%, dalam ini, anda juga boleh memberitahu kami jumlah yang anda perlukan sebagai pinjaman. Pinjaman yang diberikan pada Pounds euro dan $ USD maksimum yang kita berikan adalah 500,000,000 kedua-dua dalam pound EURO dan $ USD dan minimum £ 5000 euro dan USD $ jadi jika benar-benar anda berminat hubungi kami di (jackwarmer1loanlender@gmail.com) selama lebih maklumat mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman.

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra