Selasa, 8 Januari 2013

Tak sangka boleh dapat No. 41 pada Tahun 2012 menerusi Perniagaan Tanpa Modal

with 12 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada zaman informasi ini, macam-macam perkara boleh berlaku... Suatu ketika dahulu, kalau kita nak berniaga atau membuat pelaburan, kita perlu ada modal.. Sekurang-kurangya beberapa ratus ringgit sehingga ribuan ringgit.. Zaman dahulu, kalau tak ada modal tak usah haraplah nak berniaga atau membuat pelaburan... Lagikan nak meminang anak dara orang.. Huh...

Itu cerita zaman dahulu... Zaman Atok nenek kita... Masa tu mungkin tak ada peluang macam sekarang ni boleh berniaga tanpa modal, boleh membuat Pelaburan Hartanah Tanpa Modal, dan yang terbaru boleh membuat pelaburan emas tanpa modal.. 


Orang zaman sekarang, semakin lama semakin bijak.. Mereka berusaha memerah otak,  untuk meningkatkan pendapatan keluarga.. Dan dalam masa yang sama turut memberi peluang kepada orang lain untuk turut sama menjana pendapatan tanpa mengeluarkan modal..

Hari ini saya nak berkongsi sedikit berita gembira, tentang pencapaian saya pada tahun 2012 dalam menjalankan Perniagaan Tanpa Modal.. Sebenarnya saya sendiri pun sukar nak mempercayai, apabila mendapati nama saya berada di Nombor 41 pada tahun 2012 melalui salah satu perniagaan tanpa modal yang saya sertai.. 


Jadilahkan, walaupun dapat no. 41.. Setidak-tidaknya saya berjaya menjana pendapatan menerusi blog, tanpa perlu mengeluarkan modal walau satu sen pun..

Apabila mendapat tahu berita ini, saya rasa syukur sangat-sangat... Tak sia-sia saya mempelajari SEO selama ini.. 

Dapatlah sedikit rezeki melalui Blog, hasil daripada sedikit maklumat berkaitan dengan SEO yang saya ketahui.. Pada hari ini telah terbukti bahawa, pelaburan ke atas ilmu merupakan pelaburan paling menguntungkan sepanjang zaman.. 

Sebenarnya tak rugi pun kita membeli dan membaca buku/ebook dalam pelbagai perkara... Semakin banyak kita membaca, semakin banyak kita tahu.. Dan semakin banyak info yang dapat kita kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kita.. Ilmu bertambah, dan Insya Allah pahala pun turut bertambah..

Disebabkan itu, kebanyakan pakar dalam pengurusan kewangan mengesyorkan kepada kita, supaya memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan kita untuk membeli buku/menghadiri kursus/menghadiri seminar.. Katakan pendapatan bulanan anda sebanyak RM2000.. Sepatutnya anda memperuntukkan RM200 daripada pendapatan anda untuk membeli buku/menghadiri kursus/menghadiri seminar..  Pastinya ia berbaloi untuk kehidupan masa hadapan anda, samada kehidupan di dunia ataupun di akhirat... 

Info yang saya kongsikan ini, bukanlah suatu cerita dongeng... Ianya satu kenyatan..

Buktinya.. Hasil usaha saya selama ini dalam mencari ilmu tanpa dipaksa, Akhirnya telah membuahkan hasil.. Hasil tersebut telah pun dituai.. Dan sebahagian besar hasil tersebut telah pun dikembalikan semula kepada para pembaca blog ini, menerusi beberapa Pertandingan/Segmen/Contest yang pernah saya anjurkan seperti berikut:

Semoga dengan sedikit info yang saya kongsikan... selepas ini lebih ramai kaum bumiputra yang mahu mengambil peluang untuk mempelajari beberapa strategi untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan tanpa mengeluarkan modal


P/s : Sekiranya anda berminat untuk mempelajari Strategi Pelaburan daripada 5 orang Pakar, sila klik di sini

12 ulasan:

  1. tahniah saudara anuar.. semoga boleh perbaiki lagi kedudukan itu.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Insya Allah akan cuba memperbaiki lagi kedudukan ini pada tahun 2013...

      Padam
  2. tahniah tuan. Semoga tuan terus success

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... Semoga Awak pun terus success dalam bidang penulisan Blog ini..

      Padam
  3. semoga terus jadi kacak ek.

    BalasPadam
  4. Snapshot dari jomniaga ke bro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..Saya Snapshot dari Jomniaga.. Selama ni tak pernah pun buat semakan, sebab confirm jauh ketinggalan berbanding otai-otai usahawan internet dalam Jom Niaga ... Tapi semalam saja jer gatal-gatal tangan buat semakan... Tak sangka adajuga dalam senarai...

      Padam
  5. tahniah!semoga terus sukses untuk 2013..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih... Tahniah dekat Cik Tom juga.. Sebab dapat duduk tempat ke 29... Semoga Cik Tom juga terus success pada tahun 2013..

      Padam
  6. memangterbaik la bro..:) insyallah tahun 2013 tu maybe lagi bagus...

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra