Selasa, 14 Mei 2013

Cuti-Cuti Malaysia di Kuala Gula Sanctuary Resort (Bah. 2)

with 5 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Cuti-cuti Malaysia di Blog Coretan Anuar di teruskan lagi... Sekiranya anda masih ingat lagi, sebelum ini saya pernah menulis tentang Kuala Gula Sanctuari Resort yang merupakan salah satu destinasi percutian menarik yang terletak di kawasan Kuala Kurau, Taiping..  Sekiranya anda ketinggalan untuk membaca entri tersebut saya syorkan anda klik di sini


Destinasi percutian kami pada kali ini ialah di Kuala Gula Sanctuary Resort.. Destinasi ini dipilih oleh ayah mertua saya yang suka memancing... Jadi sambil beliau membawa kami berjalan-jalan seisi keluarga, dalam masa yang sama dapatlah beliau menggunakan kesempatan tersebut memancing ikan... 

Saya dan isteri pun rasa seronok sahaja... Disebabkan anak-anak kami (Adam dan Haikal) juga seronok berada di sini kerana dapat tidur dekat rumah hotel, dapat tengok atuk memancing, boleh pergi zoo Taiping, dan boleh naik keretapi dekat zoo Taiping... ;)

Memandangkan ini kali kedua kami datang ke sini... Jadi target saya pada kali ini ialah untuk memerhatikan matahari terbit dari tempat penginapan kami di samping buat BBQ.. 

Nak tahu gambaran percutian kami ke Kuala Gula Sanctuari Resort  pada kali ini, jom layan gambar-gambar berikut:

Ayah mertua saya memancing di belakang rumah kediaman yang kami sewa

Di seberang sungai terdapat sangkar ikan dan tempat sekawan burung singgah pada musim-musim tertentu


Terdapat jeti dan bot sewa disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk memancing ikan atau pergi "bersiar-siar" di kawasan ini klik di sini

Pemandangan yang indah..

Kegigihan seorang pemancing ikan..


Menemani ayah mertua memancing ikan sekitar pukul 5 pagi


Adam turut menemani atuk memancing ikan sekitar pukul 5 pagi..

menanti terbit Fajar.. dan Solat Subuh..

Ikan terlepas dan fajar mula terbit..

Cahaya semakin terang..

Dan semakin terang..

Sang Suria mula memancarkan cahayanya... Indah sungguh alam ciptaan yang maha ESA

Di sebelah malam pula kami ber BBQ... Maklumlah sekali sekala dapat berkumpul seisi keluarga... Jadi bolehlah layan BBQ, sebab ramai boleh tolong jaga ayam... 

Ayam dan Ikan menjadi menu utama BBQ pada kali ini.. 

Ayam dah hampir masak dan ikan baru mula dipanggang.. 

Tukar strategi guna Aluminium Foil untuk mengelakkan kulit ikan hangus terbakar

Inilah hasil ikan bakar guna Aluminium Foil... Sambal dekat dalam ikan tak tumpah keluar.. 

Aktiviti memanggang ayam diteruskan sehingga habis..


Banyak betul makanan yang kami masak pada kali ini... Sehingga tidak tergamak nak beli Ketam Lembut dekat Restoran Terapung Kuala Gula yang terletak bersebelahan dengan resort penginapan kami.. Takut membazir pula nanti..

Kesudahannya makanan yang kami masak pada malam tu memang betul-betul tak habis.. Kami terpaksa perangatkannya untuk sarapan pagi dan makan tengahari... Itupun tak habis juga, sehingga terpaksa di bawa balik... 

P/s : Selepas itu kami pergi ke zoo Taiping dan keesokan harinya ke Cameron Highland pula..

5 ulasan:

  1. Kalau nak merehatkan mida best ni...

    BalasPadam
  2. wah..ada kuala gula rupanya.

    BalasPadam
  3. Boleh saya tahu nama resort itu dan mcm mana mahu hubungi kerana talian sudah tidak aktif :(

    BalasPadam
  4. Awak boleh mendapatkan maklumat untuk menghubungi Kuala Gula Sanctuary Resort di entri saya yang lain...

    http://www.coretananuar.com/2014/05/menggunakan-aplikasi-mykad-smart.html

    BalasPadam
  5. BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!! BERITA BAIK!!!

    Nama saya fatma Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi tahu semua pencari pinjaman supaya berhati-hati, kerana terdapat penipuan di mana-mana, mereka akan menghantar dokumen perjanjian palsu untuk anda dan mereka akan mengatakan tidak ada bayaran pendahuluan, tetapi mereka adalah orang yang suka bermain, kerana mereka kemudian akan meminta bayaran yuran lesen atau yuran jaminan yuran dan yuran pemindahan, jadi berhati-hati dengan syarikat pinjaman mereka yang curang.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang dari segi kewangan dan terdesak, saya telah tertipu oleh beberapa peminjam dalam talian. Saya hampir kehilangan harapan sehinggalah Tuhan menggunakan kawan saya yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat boleh dipercayai yang dipanggil ibu Theresa, yang memberi pinjaman tanpa jaminan dari USD100,000 dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan dan kadar faedah hanya 2%

    Saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya memohon, dihantar terus ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan.

    Kerana saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik, supaya orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman apa-apa, sila hubungi beliau melalui e-mel sebenar: theresaloancompany@gmail.com dan oleh rahmat Tuhan dia tidak akan pernah mengecewakan anda dalam mendapatkan pinjaman jika anda taat.

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: feyzilfatma@gmail.com dan Sety diperkenalkan dan berbincang mengenai Puan theresa, dia juga mendapat pinjaman baru dari Puan theresa, anda juga boleh menghubunginya melalui e-melnya: martinimarais1986@gmail.com Sekarang, semua yang saya akan lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.

    Satu perkataan cukup untuk orang bijak

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra