Isnin, 28 Januari 2013

Jalan-Jalan Cari Makanan di Restoran Terapong Kuala Gula

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semasa cuti-cuti Malaysia ke Kuala Gula, Taiping.. Kami sekeluarga sempat meneruskan aktiviti jalan-jalan cari makanan di Restoran Terapung Kuala Gula..



Untuk makluman anda, restoran ini dibina di atas air (muara sungai).. Jadi setiap kali ada bot yang merentasi sungai ini, restoran ini akan turut dilambung ombak... Goyang, Goyang..

Melihat kelibat bot-bot nelayan dan Kuala Gula Sanctuari Resort tempat di mana kami menginap yang terletak bersebelahan dengan restoran ini...

Ikan segar yang dihidangkan di ambil daripada sangkar ternakan ikan yang terdapat di restoran ini..

Restoran terapung di atas air..

Ketam dan Ketam Lembut antara makanan Popular di Restoran ini..

Ketam Lembut Goreng Tepung..

Ketam Lembut antara makanan paling femes di Restoran ini.. Kalau nak merasa makan Ketam Lembut di restoran ini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu... Kalau datang baru nak oder ketam lembut, alamatnya ada yang menggigit jari.. Dapat telan air liur sahaja melihat orang lain makan ketam Lembut... 

Nak tahu macamana ketam Lembut ini dihasilkan, saya syorkan anda klik di sini



Sotong Goreng Tepung pun sodap...

Harga makanan di Restoran ini juga berpatutan... 


Ketam Biasa dijual pada harga RM35.00 sekilogram manakala Ketam Lembut dijual pada harga RM6/RM7 seekor bergantung kepada saiz.. Boasanya Ketam lembut mempunyai saiz 35% lebih besar daripada saiz ketam biasa.. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan di antara Ketam Lembut dan Ketam biasa, sila klik di sini..

Ikan Siakap masam manis..

Harga lain masakan di Restoran ini juga berpatutan..

Restoran ini dibuka bermula pada jam 12.00 tengahari sehingga 12.00 tengah malam.. Sekiranya anda berminat untuk datang ke Restoran Terapong Kuala Gula, saya syorkan anda membuat tempahan terlebih dahulu.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi:

En. Jalani Bin Din - 012 564 3019
Pn. Saloma Bt. Sam - 016 541 8751

P/s : Nantikan entri seterusnya tetang Cuti-Cuti Malaysia di Kuala Gula Sanctuary Resort yang terletak bersebelahan dengan Restoran Terapong Kuala Gula..

4 ulasan:

  1. Bestnya dapat pergi tempat macam ni. Saya seorang diri ni tak reti nak drive ke sini sesat la. Kalau ada GPS senang sikit. Bestla makan tepi tepi laut ni...

    BalasPadam
  2. hoho..ada ketam juga. masak merah dan sambal pedas-pedas mesti sedap ni.

    BalasPadam
  3. mcm best je..xpenah mkn ketam lmbut nie..

    BalasPadam
  4. ketam nie kalau masak bercili memang sedap makan ngan nasik panas2x

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower


Info Terkini!! (Wajib Baca)

Pembaca Paling Mesra