Sabtu, 23 Mac 2013

Al-Fatihah untuk Arwah Seorang Pelajar saya

with 6 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Ajal dan maut tidak mengenal usia.. Sesiapa sahaja boleh dijemput oleh Allah S.W.T untuk meninggalkan dunia sementara ini tanpa mengira umur, latar belakang, darjat, dimana kita berada dan sebagainya..

Inilah yang berlaku kepada arwah seorang pelajar saya yang telah pulang ke rahmatullah pada awal bulan Mac akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kampung... 




Abdul Hakim Ahmad merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Idris Shah yang baru berumur 21 tahun... Arwah merupakan salah seorang pelajar yang mengambil kelab Catur untuk kursus Ko-kurikulum 2... Kami bertemu selama 2 jam pada setiap hari Rabu.. 

Walaupun tidak berapa rapat dengan arwah, disebabkan bilangan pelajar dalam kelas tersebut yang agak ramai (48 orang), tetapi arwah antara salah seorang pelajar yang baik dan suka membantu... Baru 2 bulan sahaja saya mengenali beliau dan seperti baru semalam saya menemuinya.. Belum sempat lagi untuk berkenalan dengan lebih jauh lagi.. Tak sangka arwah telah meninggal dunia dalam keadaan usia yang masih lagi muda... 

Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah... Semoga Arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.. 

Kepada kita yang masih lagi diberi kesempatan untuk terus bernafas di bumi ini, kita juga perlu sentiasa beringat.... Ajal dan maut di tangan tuhan.. Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya tentang bila dan dimana  ajal kita akan tiba... 

Ajal kita pasti Tiba... Sebagai manusia kita perlu melengkapkan diri dengan amal ibadah pada setiap masa sebagai persediaan untuk "menemuiNYA".. Sekiranya kita merasakan diri kita masih lagi muda, kita tidak boleh menunggu sehingga hari tua untuk "menghambakan diri" kepadaNYA... Maut akan datang kepada kita pada bila-bila masa sahaja.... 

Jadikan setiap berita kematian yang berlaku di sekeliling kita sebagai peringatan... Supaya kita lebih mendekatkan diri kepadaNYA... 


6 ulasan:

  1. ajal tak pandang umur..semua dah ditetapkan Allah S.W.T, sebab tu kita sentiasa kena bersedia dengan amalan yang kita ada..
    Al-Fatihah

    BalasPadam
  2. Alfatihah.. semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman.. amin..

    BalasPadam
  3. dia cinta pertama dan akn tetap selamanya cinta.. AlFatihah buat awak Hakim.. tunggu saya, insya Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa sedih membaca komen awak.. Saya harap awak dapat bersabar... Janganlah diratapi pemergian Arwah... Sebaliknya perbanyakkan sedekah bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan surah Yassin dan Tahlil.. Semoga roh Arwah tenang di sana.. dan arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.. Amin..

      Padam
    2. insya Allah.. cuma skrg, tmpat arwah tak berganti, dan saya biarkan ksong.. saya jaga diri di sini, utk bertemu dgnnya di sana. tak mungkin lupa.. terima ksih ats nsihat..

      Padam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra