Selasa, 19 Mac 2013

Perlantikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Yang Baru

with 4 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Info ini dihasilkan sebagai makluman kepada semua rakan-rakan Penjawat Awam Di Malaysia bahawa kita telah mempunyai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Yang Baru... 

Dimaklumkan berkuatkuasa 15 Mac 2013, YBhg. Dato' Mohamad Zabidi Zainal, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu.. Jika ada sebarang masalah atau kemuyskilan berkaitan dengan perkhidmatan kita, anda boleh cuba menghubungi beliau melalui no. telefon dan email yang tertera pada banner di bawah:

Dato' Mohamad Zabidi Zainal dilantik sebagai KPPA berkuatkuasa 15 Mac 2013 



Syukur Alhamdulillah... Akhirnya terisi juga Jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam  (KPPA) yang telah dikosongkan sejak 1 Julai 2012 yang lalu berikutan penamatan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah dalam perkhidmatan kerajaan... Saya tak nak ulas dengan lebih lanjut tentang isu ini... Sekiranya anda ketinggalan daripada mengikuti berita ini, saya syorkan anda  Search di Google... 


Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah : Menjadi KPPA bagi tempoh 1 Julai 2010 - 1 Julai 2012

Biasanya  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, diberi amanah untuk memegang jawatan tersebut selama 5 tahun.. Sebagai contoh ketua Perkhidmatan Awam Malaysia yang terdahulu iaitu Tan Sri Ismail Adam yang telah memegang jawatan ini bermula pada 16 Jun 2005 sehingga 30 Jun 2010... Tetapi di atas kepentingan perkhidmatan, ada juga KPPA yang memegang jawatan ini melebihi 5 tahun...  

Tan Sri Ismail Adam : menjadi KPPA bagi tempoh 16 Jun 2005 - 30 Jun 2010

Senarai nama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA) sejak tahun 1934 sehingga tahun 2013
  • Dato' Mohamad Zabidi Zainal :  15 Mac 2013 
  • Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah :  1.7.2010 - 1.7. 2012
  • Tan Sri Ismail Adam : 16.6.2005 - 30.6.2010
  • Tan Sri Jamaluddin Bin Haji Ahmad Damanhuri : 2001 - 2005
  • Tan Sri Dato' Samsudin Bin Osman : 15.12.1998 - 31.1.2001
  • Tan Sri Dr. Mazlan Bin Ahmad : 14.12.1995 - 14.12.1998
  • Tan Sri Dato' Mahmud Bin Taib : 16.4.1990 - Dis 1995
  • Tan Sri Dato' Alwi Bin Jantan : 26.1.1987 - 15.4.1990
  • Tan Sri Rozhan Bin Kuntom : 1.8.1985 - 26.1.1987
  • Tan Sri Osman S.Cassim : 1.12.1980 - 31.7.1985
  • Tan Sri Hashim Bin Aman : 18.6.1978 - 30.11.1980
  • Tan Sri Datuk Abdul Aziz Bin Zakaria : 1.10.1976 - 17.6.1978
  • Tan Sri Datuk Abdullah Bin Mohd. Salleh : 1.8.1974 - 30.9.1976
  • Tan Sri Datuk Abdullah Bin Ayub : 1.7.1972 - 31.7.1974
  • Tan Sri Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan : 1.11.1969 - 29.6.1972
  • Tan Sri Abdul Kadir Bin Shamsuddin : 7.11.1967 - 31.10.1969
  • Tunku Tan Sri Mohamed B. Tunku Besar Burhanuddin : 2.3.1963 - 6.11.1967
  • Tan Sri Ahmad Bin Haji Husin : 5.10.1959 - 1.3.1963
  • H.G.Turner : 8.9.1957 - 1.7.1959
  • A.J. Gracie : 1.7.1954 - 7.9.1957
  • Sir John Huggins : 1934 - 1943
Sumber : Klik Di Sini

Semoga dengan perlantikan Dato' Mohamad Zabidi Zainal sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu, akan dapat melancarkan lagi urusan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia secara keseluruhannya... Insha Allah....  

P/s: Info ini mungkin sangat berguna keoada anda yang nak mohon kerja kerajaan, atau bakal menduduki sesi interview untuk mohon kerja kerajaan 

4 ulasan:

  1. Semoga pekhidmatan awam akan lebih baik. Hehe

    BalasPadam
  2. Buat kerja biar amanah dan ikhlas :)

    http://www.cikguemas.com/2013/03/pentingnya-amanah-ikhlas-dalam.html

    BalasPadam
  3. thanks atas info ni..harap berguna time nak interbiu minggu depan.. (^_^)

    BalasPadam

Muhamad Anuar Marsib. Dikuasakan oleh Blogger.

Senarai Blog Rakan2

Follower

Pembaca Paling Mesra